SAJIAN BUFET ENAK SEMARAK SAMBUTAN KRISMAS 2019 DAN TAHUN BARU 2020 DORSETT KUALA LUMPUR, TEMA RETRO MENJADI PILIHAN!






Mencipta kelainan dan cuba lari dari tema moden, Dorsett Kuala Lumpur tampil dengan tema retro sempena perayaan Hari Krismas 2019 dan juga Tahun Baru 2020. Dekorasi yang unik, warna menyerlah dan berwarna-warni pastinya menjadi tarikan pengunjung yang hadir. Menariknya, Dorsett Kuala Lumpur tampil berbeza dengan menhiasi pokok Krismas dengan variasi warna sebagai penyeri suasana. Selain itu juga, disediakan satu sudut mesra Instagram untuk sesi bergambar kenangan.

Ini adalah antara inisiatif pihak Dorsett Kuala Lumpur untuk memastikan setiap pengunjung yang singgah di hotel ini sentiasa tampil dan rasa bersemangat seiring dengan tanda pagar #StayVibrant .









Telah berlangsung acara nyalaan pokok Krismas yang telah disempurnakan oleh Ms. Adele And selaku Pengurus Besar Dorsett Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh ramai tetamu undangan khas. Majlis turut diserikan dengan persembahan koir kanak-kanak warga Myanmar daripada Shalom Education Center dan juga hiburan santai daripada kumpulan DMJ Trio mengalunkan seleksi lagu-lagu Krismas.







Sempena dengan Krismas 2019, Dorsett Kuala Lumpur menawarkan seleksi hidangan bufet istimewa sempena Krismas 2019. Pada 24 Disember, anda boleh menikmati sajian makan malam enak di Checker’s Café. Banyak menu menarik daripada masakan Roasted Tom Turkey, Roasted NZ Leg of Lamb, Gingerbread, pencuci mulut dan banyak lagi pasti menepati selera anda. Harga yang ditawarkan adalah RM 118 sahaja termasuk hidangan minuman di Windows Lounge bermula jam 6.30 petang sebelum anda boleh menikmati bufet makan malam pada 7.30 malam. 






 







 










Anda masih mencari lokasi untuk menyambut ambang Tahun Baru? Dorsett Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik buat anda meraikan tahun baru bersama sajian lazat di Checkers Café. Bawa seisi keluarga dan sahabat handai menjamu selera sambil meraikan kedatangan tahun 2020. Harga yang ditawarkan adalah RM118 net untuk seorang bagi sajian bufet lazat di sini. Bukan itu sahaja! Anda akan dibawa ke aras 30 untuk sama-sama menyaksikan acara bunga api sempena sambutan Tahun Baru beserta dengan 2 hidangan minuman.

Hubungi 03-27161000 untuk tempahan sekarang atau layari www.dorsetthotels.com/dorsett-kuala-lumpur dan laman media sosial rasmi Dorsett Kuala Lumpur bagi mendapatkan informasi lanjut.

Stay Vibrant with Dorsett! 


LOKASI DORSETT KUALA LUMPUR 
172, JALAN IMBI, PUDU, 
55100 KUALA LUMPUR


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTKUALALUMPUR #STAYVIBRANT #KRISMAS

0 Comments