NIKMATI SAJIAN BUFET SEMPENA KRISMAS 2019 DAN TAHUN BARU DI PULLMAN KLCC !






Antara hotel kegemaran saya! Pullman KLCC sentiasa memberi saya aura dan feel berbeza tatkala berada disini. Tidak kira samada waktu saya menginap disini atau pun sekadar menjamu selera, Pullman KLCC tidak pernah mengecewakan saya dengan perkhidmatan dan kualiti rasa terbaik. Memiliki beberapa jenama restoran di dalam satu bangunan, Pullman KLCC sentiasa tampil segar dan kreatif dalam setiap penyediaan kulinari.









Sempena dengan sambutan Hari Krismas yang bakal menjengah kalendar tidak lama lagi, Pullman KLCC menerusi Sedap Restaurant tampil dengan bufet dengan seleksi sajian enak buat anda. Mencipta kelainan, Pullman KLCC tahun ini menampilkan bukan sahaja menu tradisi Krismas, tetapi menyajikan variasi sajian seperti menu dari Jepun, hidupan laut segar, makanan tempatan dan pelbagai pencuci mulut yang pasti membuatkan air liur anda meleleh.

















   










Antara menu yang ditawarkan sempena Krismas 2019 di Sedap Restaurant Pullman KLCC adalah Cranberry Orange Glazed Chicken Legs, Classic Crispy Duck A I'Orange, Beef Pie, Barramundi Ala Planca, Tomato Bisque and Tapenade, Braised Red Cabbage with Roasted Apple, Crunch Butternut Pumpkin, Honey Glazed Brussels Sprouts with Streaky Beef, Roasted Prime Ribs dan banyak lagi.















24 DECEMBER 2019


  • Christmas Eve Buffet (Dinner, from 6:30pm until 10:30pm)
  • RM178+ PER PERSON (free-flow of juices and soft drinks)
  • RM198+ PER PERSON (free-flow of juices, soft drinks, beer and wine)


25 DECEMBER 2019


  • Christmas Buffet (Lunch, from 12 noon until 3pm)
  • RM138+ PER PERSON (free-flow of juices and soft drinks)
  • RM158+ PER PERSON (free-flow of juices, soft drinks, beer and mulled wine)


  • Christmas Buffet (Dinner, from 6:30pm until 10:30pm)
  • RM158+ PER PERSON (free-flow of juices and soft drinks)
  • RM178+ PER PERSON (free-flow of juices, soft drinks, beer and mulled wine)



TAHUN BARU 2020

Mencari lokasi terbaik meraikan malam tahun baru 2020? Makanan pastinya adalah teman terbaik untuk anda menikmati kehangatan sambutan tahun baru bersama sahabat handai dan keluarga tercinta. Sedap Restaurant tidak mahu ketinggalan mencipta momen indah bersama anda dengan menawarkan sajian bufet sempena Tahun Baru 2020.



31 DECEMBER 2019


  • New Year’s Eve Buffet (Dinner, from 6:30pm until 10:30pm)
  • RM178+ PER PERSON (free-flow of juices and soft drinks, an additional 1 drink voucher at Blu Bar)
  • RM198+ PER PERSON (free-flow of juices, soft drinks, beer and wine, an additional 1 drink voucher at Blu Bar)


1 JANUARY 2020


  • New Year Buffet (Lunch, from 12 noon until 3pm)
  • RM138+ PER PERSON (free-flow of juices and soft drinks)
  • RM158+ PER PERSON (free-flow of juices, soft drinks, beer and wine)



Sambutan Hari Krismas tidak lengkap tanpa sajian lazat terhidang di atas meja. Selain menjamu selera, sudah pasti makanan menjadi mengikat kasih sayang sesama keluarga dan sahabat tercinta. Anda tidak punya masa untuk menyediakan santapan untuk Krismas tahun ini? Jangan risau! Serahkan sahaja kepada Pullman KLCC. Tahun ini, Pullman KLCC berkerjasama dengan syarikat penghantaran Lalamove dengan menyediakan servis penghantaran makanan kepada anda! Anda highlight sudah pasti menu ayam belanda!




TURKEY PACKAGE FOR 8-10 PERSONS | RM750

A’LA CARTE ROASTED TURKEY SINGLE BIRD FOR 6-8 PERSONS | RM380


Selain itu, Pullman KLCC juga tidak ketinggalan menyediakan servis produk hamper untuk dijadikan sebagai hadiah sempena Krismas 2019. Jadi, pasti si penerima akan tersenyum riang mendapat buah tangan istimewa dari anda nanti. Hamper khas Krismas ini berharga RM250* mengandungi Wolf Blass, Bilyara red wine, Ginger bread tree, Chocolate santa, Christmas fruit cupcakes, Christmas candy cane, Strawberry and orange jam, Dried summer fruit stollen.

Ayuh kita ramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Krismas 2019 bersama Pullman KLCC dan cipta dan abadikan kenangan terindah anda bersama yang tersayang. Hubungi Sedap Restaurant menerusi talian +603-2170 8888 atau layari https://www.pullman-kualalumpur-citycentre.com untuk tempahan dan informasi lanjut.

*Harga tertakluk kepada tambahan 6% SST.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PULLMANKLCC #KRISMAS2019

0 Comments