Tahun ini, pihak Eastin Hotel Kuala Lumpur tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Krismas 2019 dengan menawarkan pelbagai sajian bufet lazat buat pengunjung. Pada 24 Disember 2019, malam sebelum Hari Krismas, anda boleh menjamu selera dengan variasi menu enak di Swez Brasserie bermula jam 6.30 malam hingga 10.30 malam. Antaranya menu wajib cuba adalah seperti Roasted Whole Turkey, Back Lamb Rack with Eggplant Caviar, Roast Duck Breast in Artichoke Cups with Hollandaise, Pumpkin Casserole, Salmon Wellington with Cream Lemon Herbs Sauce dan banyak lagi yang pastinya memukau rasa.
Tawaran penginapan sempena Krismas juga disediakan oleh Eastin Hotel Kuala Lumpur. Dengan harga Cuma RM260 net semalam termasuk bufet sarapan pagi untuk 2 orang pastinya menjadikan percutian anda lebih bahagia. Hanya lakukan tempahan di www.eastin.com dan masukkan kod promo EKLXMAS untuk menikmati harga istimewa ini.
Hubungi 03-76651111 atau layari laman media sosial rasmi Eastin Hotel Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selamah Hari Krismas dan Tahun Baru 2020!
LOKASI EASTIN HOTEL KUALA LUMPUR
13, JALAN 16/11, SEKSYEN 16,
46350 PETALING JAYA, SELANGOR.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EASTINKUALALUMPUR #KRISMAS
0 Comments