JOM MERIAHKAN ACARA AMAL ANJURAN DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL PADA 14 DAN 15 DISEMBER 2019!






Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Ungkapan ini jelas menerangkan amalan bantu-membantu dan menderma kepada yang memerlukan merupakan satu amalan yang cukup mulia. Amalan berkongsi rezeki pastinya menjadi amalan yang disanjung tinggi bagi setiap agama. Sempena dengan bulan perayaan ini, sudah pasti amalan menderma amat dialu-alukan bagi membantu meringankan beban bagi masyarakat yang kurang berkemampuan.

Atas sebab itu, Dorsett Hospitality International bersama rangkaian hotel dibawahnya serta Cosmo Hotel KL, Damas Suites & Residences akan menganjurkan acara amal TLC Carnival Day selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Disember 2019. Acara amal ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada rakan strategik iaitu ASEAN Youth Chamber of Commerce dan Kiwanis Club of Bukit Kiara. Acara TLC Carnival Day ini dijadualkan berlangsung di Dorsett Grand Subang dari jam 10 pagi sehingga 5 petang selama 2 hari.

Tujuan acara amal ini diadakan adalah bagi membantu kanak-kanak yang menjalani rawatan perubatan jangka masa panjang. Hasil kutipan daripada acara TLC Carnival ini nanti diharapkan dapat membantu pembiayaan bagi kanak-kanak yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Inisitaif ini akan dibantu oleh Tabung Kemanusiaan Media Prima – NSTP dalam membuat penilaian kepada setiap permohonan bagi memastikan hanya yang betul-betul layak mendapat bantuan ini.

Sepanjang dua hari acara amal TLC Carnival Day ini berlangsung, ada pelbagai aktiviti menarik telah diatur antaranya hampir 70 gerai jualan akan dibuka seperti produk makanan, cenderamata, aksesori fesyen hasil karya ibu tunggal, rawatan tulang tradisional Cina dan banyak lagi. Acara ini turut mendapat sokongan padu daripada pemenang Miss World Malaysia 2019, Alexis Sue Ann yang sudi untuk menjual beberapa barangan peribadi beliau untuk didermakan sepenuhnya kepada tabung amal ini. Aktiviti lain yang turut menyemarakan acara TLC Carnival Day ini adalah sesi Zumba untuk kanak-kanak, lukisan wajah dan pusat e-sukan. Jangan ketinggalan juga untuk bergambar dengan karektor Anna dan Elsa daripada siri animasi terkenal Frozen.

Bukan itu sahaja! Anda berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti seperti Spin The Wheel, The Guessing Game, Cabaran Makan, cabutan bertuah dan banyak lagi. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan termasuk percutian 3 Hari 2 Malam ke Chengdu termasuk tiket penerbangan dan penginapan tajaan Airasia dan juga penginapan 4 Hari 3 Malam di Dorsett City London, hadiah tajaan Dutch Lady dan banyak lagi.

Jom beramai-ramai kita memeriahkan acara amal TLC Carnival Day pada 14 dan 15 Disember 2019 ini. Anda hanya perlu memberi buku kupon bernilai RM50 sahaja untuk digunakan pada acara amal ini nanti. Layari https://www.dorsettbooking.com/tlc untuk pembelian kupon secara atas talian atau anda boleh terus memberi kupon di Dorsett Grand Subang pada hari acara berlangsung nanti. Ayuh, kita tunjukkan semangat Malaysia dengan berbakti kepada yang memerlukan. Nilai RM50 yang anda sumbangkan mampu merubah kehidupan anak-anak ini menjadi lebih baik di masa hadapan.

Peluang juga masih dibuka kepada sesiapa yang ingin menyewa gerai jualan sepanjang acara TLC Carnival Day ini berlangsung. Harga yang ditawarkan adalag RM160 sahaja sepanjang dua hari. Hubungi nombor dibawah bagi mendapatkan informasi lanjut.






  • Thirosha (Penolong Pengurus Komunikasi & Pemasaran Dorsett Putrajaya)
    • E: thirosha.narainasamy@dorsetthotels.com 
    • M: +60 16 2011 786 


  • Nor Faizah (Penolong Pengurus Komunikasi & Pemasaran Silka Hotels, Malaysia)
    • E: nor.faizah@silkahotels.com 
    • M: +6016 668 0736 

#TLCDAY #STAYVIBRANT #CHARITYHEART #CHILDRENINNEED #LENDAHAND #DORSETTHOTELS #SILKAHOTELS #COSMOHOTELKL

0 Comments