CRÈME DE LA CRÈME CIPTA SEJARAH LAGI! KALI INI KOLABORASI BERSAMA HELLO KITTY!






Selepas kejayaan mencipta Beauty Elixir iaitu aiskrim kecantikan pertama di dunia, Crème De La Crème (CDLC) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dengan menjalinkan kerjasama dengan Sanrio, syarikat pemegang lesen Hello Kitty dari Jepun dengan menghasilkan beberapa siri menu terbaru. Sebagai restoran aiskrim artisan yang pertama di Malaysia, CDLC cukup bertuah kerana dapat menarik perhatian syarikat gergasi Jepun seperti Sanrio untuk kerjasama ini. Pemilihan CDLC sebagai rakan kerjasama adalah bersempena meraikan ulang tahun Hello Kitty yang kini berusia 45 tahun.









Kerjasama diantara CDLC dan Sanrio menyaksikan debut CDLC Hello Kitty istimewa dan juga transformasi CDLC ke dalam Hello Kitty Land yang belum pernah dilihat sebelum ini. Hasilnya, beberapa ciptaan menu terbaru di CDLC merangkumi askrim, petits gateux (kek mini aiskrim) dan juga minuman dihasilkan berdasarkan ilham daripada kehidupan Hello Kitty.

BEAUTY ELIXIR: https://www.thisisreef.com/2019/10/creme-de-la-creme-cdlc-lancar-beauty.html



AISKRIM ARTISAN BUATAN TANGAN





APPLE PIE CRUMBLE


Perasa aiskrim yang diilhamkan daripada pai epal kegemaran Hello Kitty adalah kombinasi vanilla Madagascar, manisan epal asli, kulit kayu manis dan crumble.


STRAWBERRY FANTASY


Letupan gastronomi perisa strawberi sepenunhya dengan kombinasi aiskrim strawberi, jem strawberi buatan tangan dan potongan strawberi segar.




PETITS GÂTEAUX (KEK MINI)



KITTY WHITE


Gabungan aiskrim vanilla Madagascar, sorbet buah strawberi dan buah markisa, krim buah markisa dan salutan coklat putih.


FRIENDSHIP RING


Meraikan perkataan yang disukai Hello Kitty iaitu persahabatan, menu ini dihasilkan dengan gabungan aiskrim keju, sorbet buah pic, jem strawberi buatan tangan, lime crumble dan coklat.



BLOOP! BLOOP! BLOOP!



SUGAR


Ilham daripada nama hamster kesayangan Hello Kitty, minuman ini dihasilkan daripada buah strawberi segar, daun basil, perahan limau dan rasberi segar pasti membuat anda akan memesan lebih daripada secawan.



CHARMMY KITTY


Nama kucing peliharaan Hello Kitty, minuman ini dihasilkan daripada kombinasi susu segar dan strawberi dan dihiasi bersama aiskrim strawberi bersama hirisan buah pic.



Menurut Pengarah Urusan CDLC Lio Lim, kerjasama ini merupakan satu penghormatan buat jenama tempatan seperti CDLC. Pastinya pihak CDLC cukup menggemari Hello Kitty dan tidak sabar untuk meraikan pengalaman nikmati rasa bersama-sama penggemar Hello Kitty.

Ketua Pegawai Operasi Sanrio Wave Hong Kong, Caroline Tsang berkata pihaknya cukup berbesar hati dan teruja dengan kerjasama ini. Ini kerana misi Sanrio untuk menyatukan orang ramai dan mewujudkan kebahagian dapat direalisasikan bersama CDLC selaku pakar askrim artisan berkualiti premium. 

HELLO KITTY LATTE CAPPUCCINO

HELLO KITTY MATCHA LATTE





Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman ‘sekali dalam seumur hidup’ menikmati kelazatan aiskrim CDCL bersama Hello Kitty kerana menu khas ini hanya untuk masa terhad sahaja. Lokasi Crème De La Crème (CDLC) adalah di 35G, Ground Floor, Jalan SS21/60, Damansara Utama dan dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari. Layari laman media sosial CDLC bagi mendapatkan informasi lanjut.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYCDLC #HELLOKITTY


0 Comments