Jenama piza terulung Malaysia, Pizza Hut sentiasa inovatif dalam penghasilan piza. Pizza Hut Malaysia tidak pernah kering idea dalam memberi pengalaman berbeza dalam setiap gigitan piza kepada pelanggan. Pada Oktober yang lalu, Pizza Hut Malaysia telah melancarkan pizza istimewa, Black Volcano Pizza dengan kerak piza berwarna hitam dipadukan dengan limpahan keju dan ketulan isi ayam rangup.
Terkini, Pizza Hut Malaysia memberi kejutan dengan menambah rasa Black Volcano Pizza ini dengan kepedasan cili khusus bagi pelanggan yang sukakan makanan pedas. Masih mengekalkan kerak piza berwarna hitam, limpahan lava berkeju dan juga sarat dengan isi ayam dan ketulan ayam rangup, pastinya Black Volcano Pizza kali ini memberi pengalaman unik kepada anda di penhujung tahun 2019.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler berkata hujung tahun adalah waktu yang ideal untuk sesi berkumpul dan menganjurkan acara keramaian bersama keluarga, rakan pejabat dan sahabat handai. Pastinya detik ini memberi kepuasan berganda menerusi sajian enak seperti Black Volcano Pizza dan memberi pengalaman yang lebih hangat, pedas dan letup buat anda. Tambah beliau, masyarakat Malaysia dan makanan pedas tidak dapat dipisahkan. Jadi dengan penawaran Black Volcano Pizza dengan cili oleh Pizza Hut Malaysia ini dapat menzahirkan keterujaan ketika di meja makan dan sekaligus mengeratkan hubungan serta mencipta kehangatan sambutan akhir tahun anda.
Black Volcano Pizza ini didatangkan dengan kerak piza berwarna hitam dengan 24 ketul kerak piza dipenuhi dengan lava keju, ketulan ayam rangup, isi ayam padat, cili, tomato dan bawang segar. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai keeenakan Black Volcano Pizza edisi terhad ini kerana ia akan berakhir pada 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada. Anda boleh mendapatkannya di rangkaian Pizza Hut Malaysia atau menerusi khidmat penghantaran di seluruh negara. Harga yang ditawarkan adalah RM44.50 untuk piza ala-carte atau anda juga boleh menikmati dalam bentuk kombo. Layari www.pizzahut.com.my untuk maklumat lanjut.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTMALAYSIA #FOOD
0 Comments