BIFE CHARCOAL STEAKHOUSE TAWAR BUFET STIK PALING MURAH DI KUALA LUMPUR!






Siapa suka makan stik? Kalau anda suka, saya pasti anda pasti akan lebih suka dengan berita ini. Sebuah restoran baru sahaja dibuka iaitu BIFE CHARCOAL STEAKHOUSE di The LINC KL Jalan Tun Razak dan apa yang menariknya, BIFE Charcoal Steakhouse menawarkan sajian bufet HALAL pada harga murah! Murah yang bagaimana? Pada harga semurah RM39.90++, anda boleh menikmati variasi menu daging stik dan menu barat lain tanpa had!

Restoran BIFE Charcoal Steakhouse ini sudah mula beroperasi pada Oktober 2019 namun pelancaran rasmi baru sahaja diadakan pada 19 Disember 2019 yang lalu. Majlis pelancaran yang bertemakan merah hitam ini berjalan dalam suasana cukup meriah dengan kehadiran tetamu kehormat dan selebriti terkenal tanahair antaranya Dato' Sri Siti Nurhaliza, Farahdhiya, Wak Doyok dan Rebecca Nur Al Islam.















Sebagai info, BIFE (sebutan Bee-Fi) bermaksud daging dalam bahasa Portugal. Jadi restoran ini mengetengah elemen dan gaya masakan dari negara di selatan Eropah ini yang cukup terkenal dengan muzik Latin seperti salsa dan rumba. Apa yang menarik dengan BIFE Charcoal Steakhouse ini? Sudah pastinya hidangan dagingnya yang premium. Pihak BIFE Charcoal Steakhouse sememangnya menitikberatkan akan kualiti daging dan bahan lain yang digunakan supaya setiap pengunjung yang datang menjamu selera disini rasa berbaloi. 








Selain itu, BIFE Charcoal Steakhouse menawarkan konsep bufet untuk makan tengahari dan makan malam. Konsep bufet disini berbeza dengan bufet di tempat lain dimana anda akan dihidangkan menu panggang panas-panas dari ketuhar terus ke meja anda. Cuba perlu terbalikkan token merah/hijau apabila anda mahu pelayan menghidangkan samada daging, kepak ayam, sotong, udang atau itik panggang ke pinggan anda. Sementara menanti menu panggang dibakar, anda boleh menjamu selera dengan menu bufet tersedia antaranya spaghetti, nasi goreng, ayam, salad, buah-buahan dan kuih muih. Menu ini akan bertukar setiap hari untuk memberikan kelainan kepada pengunjung ke BIFE Charcoal Steakhouse. Malah menu bufet makan tengahari dan makan malam juga berbeza sama sekali. 












Jadi anda punya alasan untuk kembali sentiasa ke BIFE Charcoal Steakhouse! Harga yang ditawarkan untuk bufet makan tengahari dengan menu panggang seperti Sirloin, Chicken Wings, Garlic Beef, Lamb Shoulder dan Herb Fish adalah RM39.90++/dewasa manakala bufet makan malam adalah RM89.90++/dewasa termasuk 13 menu panggang antaranya Rump Cap / Picanha, Sirloin, Garlic Beef, BBQ Cheese Beef, Herb Fish, Chicken Wings, Lamb Shoulder, Turkey Ham, BBQ Squid, Prawns. Anda bukan pencinta menu bufet? Jangan risau! BIFE Charcoal Steakhouse turut menawarkan menu secara ala-carte bagi memenuhi selera pengunjung.


CHURASSCO BUFFET LUNCH (12PM – 3PM)
  • KANAK-KANAK 3 TAHUN KE BAWAH: PERCUMA
  • KANAK-KANAK 4 – 11 TAHUN: RM 20++ 
  • DEWASA: RM 39.90++ 

CHURASSCO BUFFET DINNER (6PM – 10PM)

  • KANAK-KANAK 3 TAHUN KE BAWAH: PERCUMA
  • KANAK-KANAK 4 – 11 TAHUN: RM 45++ 
  • DEWASA: RM 89.90++ 


Pastinya penawaran BIFE Charcoal Steakhouse boleh saya katakan adalah cukup berbaloi! Pada harga mampu milik, anda boleh menikmati hidangan daging premium yang biasanya dijual ratusan malah ribuan ringgit di tempat lain. Malah dengan konsep dekorasi restoran yang cukup mesra Instagram, sudah pasti pengunjung bukan sahaja gembira kekenyangan, malah pasti teruja untuk merakam gambar momen bersama yang tercinta di sini. 



Berita baik! Pihak BIFE Charcoal menawarkan potongan harga 40%* untuk setiap malam hari Rabu sempena dengan LADIES NIGHT. Sila bawa rakan atau keluarga jantina wanita untuk menikmati tawaran hebat ini! (*tawaran ini tidak sah untuk cuti umum). 

Apa tunggu lagi! Kunjungi Bife Charcoal Steakhouse sekarang yang beroperasi setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 10 malam. Layari laman sesawang atau media sosial rasmi BIFE CHARCOAL STEAKHOUSE untuk mendapatkan informasi lanjut. 


LOKASI BIFE CHARCOAL STEAKHOUSE 
NO. 1-5 & 1-5-F, 1ST FLOOR, 360, 
THE LINC KL, JALAN TUN RAZAK, 
TAMAN U THANT, 
50400 KUALA LUMPUR. 

TELEFON: +603-2300 6488 

WHATSAPP: +6011-3778-8170 

EMEL: contact@bife-asia.com.my 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BIFEASIA #HOUSEOFMEATBUFFET #FOOD


0 Comments