AEON FANTASY kidzooona TINY KINI DIBUKA DI AEON TAMAN MALURI CHERAS!






Cuti sekolah! Pasti kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak bila tiba cuti sekolah. Tak perlu nak buat kerja sekolah, boleh bangun lambat dan paling disukai adalah bermain sepanjang hari! Itulah nikmat menjadi kanak-kanak yang saya rindu. Kalau diberi peluang untuk patah balik masa, saya ingin menjadi kanak-kanak sebab tak perlu stress memikir masalah kehidupan!

Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, saya cuba luangkan masa bersama anak saudara saya memandangkan kebiasaanya jadual saya agak padat. Bagi anda yang tidak tahu, saya memang tinggal dengan keluarga kakak saya, jadi mestilah saya rapat dengan anak-anak kakak saya. Walaupun tinggal sebumbung, saya jarang dapat luangkan masa bersama mereka memandangkan jadual harian saya sentiasa padat. Saya keluar kerja awal pagi mereka masih tidur, bila saya pulang ke rumah lewat malam mereka sudah tidur.


Kebetulan, saya dapat tahu AEON Taman Maluri baru sahaja membuka cawangan AEON Fantasy dimana terdapat dua pusat permainan iaitu kidzooona TINY dan PALO. Alang-alang saya cuti pada hari itu, saya bawa mereka kesini. Tahukan anda bahawa kidzooona TINY ini merupakan pusat permainan dalam bangunan (indoor playground) terulung dengan mempunyai cawangan terbesar di seluruh dunia.









Pasti ramai tertanya-tanya akan maksud kidzooona. Ia berasal dari perkataan KIZUNA yang membawa maksud ikatan perhubungan yang kuat. Jadi pastinya kidzooona ini bukanlah pusat permainan yang biasa anak-anak bermain diluar sana. Kidzooona TINY dicipta untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sahaja. Pastikan anda dan anak-anak memakai stokin semasa berada di kidzooona TINY kerana itu adalah syarat untuk masuk dan bermain ya.

Sebagai info, kidzooona TINY adalah salah sebuah pusat permainan dibawah kendalian AEON Fantasy bercorak hiburan dan pendidikan (edutainment). AEON Fantasy kidzooona TINY ini berasal dari Jepun sejak 2010 cuba memberi pengalaman menarik kepada anak-anak dengan menyediakan persekitaraan permainan yang selamat dan pada masa sama memberi rangsangan minda serta fizikal. AEON Fantasy kidzooona TINY ini mempraktikkan budaya dan hospitaliti warga Jepun ke dalam setiap permainan dengan harapan dapat meningkatkan daya kreativiti, intelektual dan kemahiran sosial di usia muda menerusi pengalaman bermain.




















Apa yang menarik tentang kidzooona TINY ini adalah ia mempunyai beberapa bahagian permainan yang berbeza dalam satu ruang premis.


SAND CORNER



Sudut permainan pasir berwarna ini memberi peluang kanak-kanak bukan sahaja dapat bermain, tapi menerusi aktiviti membentuk pasir kepada objek tertentu menggunakan acuan ini memberi mereka rangsangan minda dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berfikir. 


RIDING CORNER



Sudut mengayuh basikal kecil ini memang menyeronokkan ditambah pula dengan tersedia balapan untuk berlumba, kanak-kanak pasti riang dapat bermain bersama rakan sebaya. Sudut ini dapat menguji keupayaan fizikal kanak-kanak menerusi aktiviti mengayuh dan berlumba dan seterusnya dapat menguatkan otot dan fizikal mereka. 


ROLE PLAY TOWN/ DOWN TOWN kidzooona







Sudut ini yang juga dikenali dengan nama Nakiri dalam bahasa Jepun terbahagi kepada beberapa set-up perniagaan seperti gerai aiskrim, pasar, sudut tata rias wajah, gerai burger, gerai takoyaki da banyak lagi. Menerusi sudut ini, anak-anak boleh belajar untuk mengenali peranan penjual dan pembeli menerusi aktiviti jual beli di kedai. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri. Bukan itu sahaja! Anak-anak juga dapat belajar ilmu pengetahuan asas seperti cara menyambut pelanggan, kepentingan mengikut peraturan dan juga cara bergaul dengan kanak-kanak lain. 


AIR SLIDER


Aktiviti gelongsor memang seronok! Sambil bermain pasti kanak-kanak akan menjerit keriangan. Bukan itu sahaja! Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat merangsang deria keseimbangan badan kanak-kanak menerusi aktiviti memanjat dan gelongsor. 


TOY CORNER




Sudut ini merupakan sudut permainan yang menghimpunkan variasi jenis mainan dari pelbagai negara. Mainan di Toys Corner ini melatih kanak-kanak untuk mengembangkan kreativiti dan pada masa sama dapat melatih jari jemari bergerak dan mencengkam. 


BALL-POOL




Sama juga seperti Air Slider, aktiviti di sudut Ball-Pool ini yang dicipta seperti berada di lautan membantu kanak-kanak merangsang deria keseimbangan badan ketika bermain seolah-olah sedangn berenang di kolam renang. Otot badan mereka juga bergerak cergas dan menjadi lebih kuat serta aktif.


Jangan lupa jika anda punya kelapangan, bawa anak-anak mencuba permainan di kidzooona TINY yang terletak di aras 3 AEON Taman Maluri Cheras. Pada waktu tertentu, maskot kidzooona TINY iaitu Lala, Aeo, Pitant dan Panbit akan membuat kemunculan istimewa bagi memberi keseronokan berganda kepada kanak-kanak. Pasti ramai yang akan bilang harganya pastin mahal. Tidak sebenarnya! Harga yang ditawarkan adalah RM16 untuk hari biasa dan RM22 untuk hujung minggu/cuti umum dan anak anda bukan sahaja boleh main sepanjang hari, mereka dapat belajar sesuatu menerusi aktiviti permainan disini. Pihak kidzooona TINY juga menyediakan ruang untuk para ibu bapa dan penjaga duduk sambil melihat anak-anak bermain.



Selain itu, pihak kidzooona TINY turut menyediakan pakej menarik kepada anda yang ingin mengadakan acara keramaian seperti sambutan hari lahir. Ada juga geng selebriti Malaysia yang anjur majlis hari lahir anak mereka di kidzooona TINY ini seperti Lana Nordin. Layari www.aeonfantasy.com.my atau telefon 03-9201 5398 untuk mendapatkan informasi lanjut.








PAKEJ LALA

  • HARGA: RM25/KANAK-KANAK
  • TEMPOH: 2 JAM
  • WAKTU: ANTARA 10 PAGI SEHINGGA 10 MALAM (WEEKDAYS ONLY)
  • MAIN TANPA HAD SEPANJANG HARI SELEPAS TAMAT MAJLIS


PAKEJ AEO

  • HARGA: RM35/KANAK-KANAK
  • TEMPOH: 2 JAM
  • WAKTU: ANTARA 10.30 PAGI SEHINGGA 1 PETANG (WEEKDAYS ONLY)
  • PERCUMA: KEK 1 KG
  • MAIN TANPA HAD SEPANJANG HARI SELEPAS TAMAT MAJLIS


PAKEJ PITANT

  • HARGA: RM20/KANAK-KANAK
  • TEMPOH: 2 JAM
  • WAKTU: ANTARA 10.30 PAGI SEHINGGA 1 PETANG (WEEKDAYS ONLY)
  • HANYA UNTUK KANAK-KANAK TADIKA SAHAJA
  • MAIN TANPA HAD SEPANJANG HARI SELEPAS TAMAT MAJLIS


PAKEJ PANBIT

  • HARGA: RM300
  • TEMPOH: 2 JAM
  • WAKTU: ANTARA 10.30 PAGI SEHINGGA 1 PETANG (WEEKDAYS ONLY)
  • UPON INVITATION FROM KINDERGARTEN
  • BIRTHDAY PARTY OUTSIDE OF OUTLET AREA
  • SUBJECT TO AVAILABILITY
  • MAIN TANPA HAD SEPANJANG HARI SELEPAS TAMAT MAJLIS



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AEONFANTASY #kidzooona

0 Comments