SELAMAT ULANG TAHUN KE- 5 PREMIER CLINIC!






Siapa yang tidak mahu cantik! Cuba anda tanya orang disekeliling anda, pasti mereka setuju dengan saya! Mempunyai kulit dan rupa paras yang cantik memberi lebih keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Bicara soal cantik, saya dapat lihat kepesatan dalam industri kecantikan di Malaysia khususnya dimana banyak syarikat berlumba-lumba mencipta produk penjagaan kulit dan diri. Malah pembukaan klinik estetik seperti cendawan tumbuhan selepas hujan membuktikan bahawa rakyat Malaysia semakin prihatin untuk tampil lebih cantik dan menawan. Ini juga menjadi tanda ukur bahawa demand dalam sektor ini semakin meningkat saban tahun.

Namun, untuk berada dalam liga bisnes ini bukanlah satu jalan yang mudah. Percambahan klinik estetik disana-sini memberi saingan sengit kepada pengamal industri ini. Jadi untuk terus kekal berdaya saing dan terus bertahan, mereka perlu kreatif dan sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Antara klinik estetik yang boleh dijadikan contoh terbaik adalah Premier Clinic. Diam tak diam sudah lima tahun mereka menjadi peneraju dalam dunia estetik tempatan. Sepanjang tempoh itu, Premier Clinic berusaha memberi perkhidmatan terbaik menerusi penggunaan teknologi terkini kepada setiap pelanggan. Hasilnya dapat dibuktikan menerusi pelbagai anugerah yang diterima dari dalam dan luar negara. Malah dengan pembukaan cawangan Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara, Cheras, Puchong dan KL City, Premier Clinic boleh berbangga dengan pencapaian sebagai Top 3 Best Aesthetic Clinic di Malaysia.








Saya sendiri pernah membuat rawatan di Premier Clinic tidak lama dahulu:



Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-5 Premier Clinic, mereka telah mengadakan satu majlis khas dimana saya turut diundang bagi memeriahkan acara. Sambutan Jubli ke-5 ini telah diadakan di cawangan Bangsar baru baru-baru ini. Antara pengisian acara adalah sesi tayangan video testimoni para pelanggan yang berpuas hati dengan rawatan yang dijalan di Premier Clinic, sesi soal jawab bersama Dr. Chen Tai Ho selaku pengasas Premier Clinic dan juga peraduan di media sosial serta Weight Loss Contest. Pada majlis sama, pihak Premier Clinic turut melancarkan bukan satu tapi dua pakej terbaru yang pastinya memberi kepuasan berganda kepada pelanggan setia iaitu Premier X dan Result-Guranteed!











APA ITU PREMIER X?


Premier X merupakan program ganjaran kesetiaan dalam bentuk cashback kepada pelanggan setia Premier Clinic. Ganjaran ini adalah berdasarkan kiraan perbelanjaan terkumpul pakej rawatan yang diambil sepanjang tahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun. Pelanggan yang membelanjakan minimum RM 20 ribu keatas sepanjang tahun layak menerima ganjaran cashback sehingga 30% berdasarkan jumlah perbelanjaan pakej rawatan.

Terma dan syarat untuk menikmati Premier X:

  • Belanja minumun RM 20 ribu dalam satu tahun (dikira dari 1 Januari sehingga 31 Disember).
  • Anda boleh menebus ganjaran sehingga 50% daripada harga asal prosedur rawatan. 
  • Tidak boleh dipindah-milik.
  • Tidak boleh ditukar dengan wang tunai. 
  • Tidak boleh ditukar dengan produk. 
  • Tidak sah untuk harga promosi, diskaun dan sebarang tawaran lain. 
  • Pihak Premier Clinic berhak untuk menarik balik ganjaran sekiranya para pelanggan tidak menepati terma dan syarat. 



RESULT-GURANTEED!



Penawaran ini pastinya memberi senyuman lebar kepada para pelanggan Premier Clinic. Jika anda tiadk berpuas hati dengan hasil rawatan di Premier Clinic, jangan khuatir kerana pihak Premier Clinic menjanjikan jaminan penuh kepada setiap rawatan yang anda lakukan. Ada dikalangan anda yang mengalami pengalaman dimana hasil rawatan tidak seperti yang dijanjikan. Jadi, dengan adanya polisi jaminan oleh Premier Clinic ini, anda akan dirawat sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya tanpa sebarang tambahan kos!



Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanahair, Along Cham yang turut berkongsi pengalaman beliau melakukan rawatan FUE (Follicular Unit Extraction) Beard Transplant di Premier Clinic. Beliau berpuas hati dengan hasil rawatan ini kerana sebelum ini jambang beliau susah untuk tumbuh lebat.



Kami turut dibawa melihat sendiri bagaimana rawatan wajah dilakukan ke atas pesakit dengan lebih dekat. Pesakit tersebut telah melakukan beberapa rawatan pada wajah seperti filler, botox DAN rawatan bawah mata secara serentak dan kami juga dapat melihat hasil rawatan tersebut. Memang tampak berbeza sekali wajah pesakit tersebut sebelum dan selepas rawatan. Sempat juga ditanya samada rawatan tersebut sakit atau tidak, beliau menjawab tidak sakit sama sekali.











Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-5 buat Premier Clinic. Semoga anda terus sukses dalam industri yang diceburi dan terus memberi servis berkualiti kepada setiap pelanggan. Selamat Hari Lahir Premier Clinic! Jika anda ingin mendapatkan rawatan estetik di Premier Clinic, anda boleh tetapkan masa dengan menghubungi talian +6012 - 662 5552 atau layari https://premier-clinic.com untuk info lanjut!





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PREMIERCLINIC #AESTHECALLYYOURS #5YEARSJUBILEE

0 Comments