LAYANAN BAK PUTERI SEMPENA PRINCESS NIGHT DI PULLMAN KLCC







Wajah selembut bayu, Lenggang dan lenggokmu, Keperibadian wanita, Ayu. Antara bait lirik lagu Wanita dendangan Dato’ Sheila Majid. Jika diamati, ia cuba menjelaskan maksud yang cukup mendalam menjadi seorang bernama wanita. Besar peranan wanita dalam kehidupan. Contoh terdekat adalah ibu kita sendiri.

Bagi menghargai wanita, Pullman KLCC menerusi Blu Bar & Cigars cukup berbesar hati menganjurkan acara yang dipanggil Princess Night. Acara Princess Night ini diadakan setiap hari Khamis dimana setiap wanita yang berkunjung ke Blu Bar & Cigars akan mendapatkan layanan istimewa persis seorang puteri.









Hanya perlu mengenakan tiara dan selempang seperti para ratu cantik sering gayakan dan anda berpeluang menikmati harga minuman berharga RM5 sahaja. Ya, RM5 untuk setiap cawan minuman yang anda pesan. Jika anda tidak mempunyai tiara dan selempang sendiri, tidak mengapa! Pihak Pullman KLCC turut menyediakan pakej tiara, selempang dan satu minuman pilihan sendiri pada harga cuma RM 15 sahaja. 













Saya sempat meraikan teman baik saya disini baru-baru ini. Tujuannya sekadar ingin memberi penghargaan kepada beliau yang tidak putus-putus membantu saya selalu. Ternyata, beliau cukup teruja dan terharu menerima layanan seperti seorang ratu pada malam tersebut. Terima kasih kerana menjadi sahabat dan sudilah menerima penghargaan dari saya yang tidak seberapa ini.







Penawaran ini sudah pasti berbaloi dan tidak harus dilepaskan buat para wanita. Inilah masanya untuk anda mengaturkan pertemuan santai bersama sahabat wanita di Blu Bar & Cigars Pullman KLCC sambil menikmati minuman kegemaran! Pada masa sama, anda boleh mengajak pasangan anda ke sini untuk bercanda sambil menerima layanan istimewa dari si dia!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran istimewa yang dibawakan khas oleh Blu Bar & Cigars Pullman KLCC. Princess Night ini berlangsung sehingga 31 November 2019 sahaja! Layari https://www.pullman-kualalumpur-citycentre.com untuk info lanjut!


PRINCESS NIGHT DI BLU BAR & CIGARS ARAS 2, PULLMAN KLCC

SETIAP KHAMIS DARI 6 PETANG HINGGA 1 PAGI

PRINCESS DRINKS | RM5 PER DRINK

Drinks at a flat rate all night long for ladies who walk in wearing a tiara and sash

PRINCESS PACKAGE | RM15 PER PACKAGE

No tiara or sash? Our Princess Package includes a tiara, sash and complimentary Princess Cocktail of your choice




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TIARATHURSDAY #PRINCESSNIGHT #BLUBARXCIGARS #PULLMANKLCC

0 Comments