EXPERIENCE TOURISM, MATIC FEST 2019 PROMOSI PRODUK PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA







Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) telah mengadakan program MaTiC Fest 2019 pada 1 hingga 3 November 2019 yang lalu. Program selama tiga hari ini telah berlangsung di Lanai MaTiC dalam suasana cukup meriah dengan kebanjiran pengunjung dari dalam dan luar negara. Majlis pelancaran MaTiC Fest 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Dato’ Mohmed Razip Hasan dan diserikan dengan kehadiran Encik Rudy Irwan Shukaime, Pengarah MaTiC.











Kali terakhir MaTiC Fest dianjurkan adalah pada tahun 2014. Selepas 5 tahun, MaTiC Fest 2019 kembali dengan fokus utama mempromosikan produk pelancongan dan kebudayaan dalam negara. Berbanding MaTiC Fest terdahulu, edisi kali ini menyuntik sedikit kelainan dengan menyediakan variasi aktiviti menarik termasuk gerai jualan khusus buat pengunjung.

Kira-kira 40 tapak reruai dengan penawaran pelbagai produk seni, kraf dan warisan termasuk menu negeri dalam Malaysia seperti Nasi Kerabu, Rojak, Keropok Lekor dan sebagainya. Antara aktiviti yang telah disediakan kepada pengunjung antaranya pertandingan panah tempur, pertandingan gusti lengan, Larian Budaya VM2020, pertandingan Hot Wheels, pertandingan Beyblade, pertandingan gasing, pertandingan papan karom, pertandingan mencanting batik, demontrasi masakan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan hiburan daripada selebriti tempatan seperti Pretty Ugly dan Fitri Haris.















Jelas Encik Rudy Irwan Shukaime, penganjuran MaTiC Fest 2019 bertujuan memberi pengalaman menarik buat pengunjung selaras dengan pendekatan ‘Experience Tourism’ serta menyemarakkan lagi penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020.

Program MaTiC Fest 2019 turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Pejabat MOTAC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Khas Visit Malaysia 2020, BERNAS, Hotel Regency Kuala Lumpur, KL Hop On Hop Off, Touch ‘n Go eWallet, Circus British, First Time Around, MaTiC TV, Adventure Water Desaru, Hotel Concorde dan Angry Bird Activiti Park.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MATICFEST2019 #VM2020

0 Comments