BUAT PEMINAT KPOP, JOOX MEMBAWAKAN ANDA ACARA MMA DAN MAMA 2019!






Ada cara yang lebih baik untuk mengakhiri tahun anda secara besar-besaran, kuat dan mengasyikkan ketika anda menyanyi dan menari dengan idola K-Pop anda! JOOX, aplikasi aliran muzik Asia yang paling popular dan destinasi nombor satu untuk mendapatkan aura K-Pop anda, meraikan 2019 dengan dua penghargaan muzik Korea akhir tahun ini iaitu Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) 2019 untuk pengguna JOOX di Malaysia!

JOOX akan meraikan dua anugerah muzik terbesar dan paling berprestij di Korea, MMA dan MAMA 2019, untuk tahun ketiga berturut-turut dengan menonjolkan komitmennya untuk menawarkan perjalanan muzik kepada pengguna dengan menyediakan pengalaman hiburan muzik yang berbeza dan memberikan pencinta K-Pop peluang untuk menari dan berteriak dengan penuh keselesaan di rumah sendiri atau betul-betul di hadapan idola mereka! Kedua-dua program ini akan menyediakan sarikata dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris bagi keselesaan dan kemudahan peminat Kpop di Malaysia.


MMA 2019







Artis K-Pop kegemaran anda akan berhimpun dan berpesta di Gocheok Sky Dome pada 30 November, dengan barisan penghibur semua bintang termasuk BTS, MAMAMOO, JANNABI, ChungHa and Heize! Peminat muzik K-Pop boleh melihat idola mereka secara langsung menerusi livestream eksklusif JOOX di  telefon bimbit, desktop, atau di laman web. Pastinya anda tidak mahu ketinggalan persembahan bersejarah oleh BTS!


Tandakan kalendar anda! Jadual Livestream pada 30 November adalah seperti berikut:

MMA 2019 ( Melon Music Awards )
30 November 2019
6 PETANG (Waktu Malaysia)



MAMA 2019







K-Pop telah tersebar di serata pelusuk dunia dan terkini, muzik dari Korea bakal mendapat di Jepun! Pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang meraikan kehangatan muzik dari idola anda pada 4 Disember ini sempena Mnet Asian Music Awards 2019 (MAMA 2019). Bakal menggegarkan Nagoya Dome di Jepun dengan tema "The Next DIMENSION: MUSIC", anda akan terpesona dengan persembahan BTS, GOT7, TWICE, MAMAMOO, Monsta X, IZ * ONE, ChungHa, Seventeen, dan juga penyanyi Dua Lipa dari Britain, yang pernah bekerjasama dengan BLACKPINK tahun lepas!


Pencinta muzik JOOX boleh menikmati siaran ini secara eksklusif pada tarikh dan masa berikut:

MAMA Japan 2019 (Mnet Asian Music Awards)
4 Disember 2019
6 PETANG (Waktu Malaysia)



Kini, anda boleh mengumpul syiling JOOX dan menghantar hadiah-hadiah kepada idol-idol kesayangn anda di MMA dan MAMA 2019!

Tidak puas dan mahukan lebih banyak muzik K-Pop? Tunggu lebih banyak muzik, acara dan program pada tahun 2020, dibawa kepada anda oleh JOOX!

Nikmati muzik K-Pop kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di kedua-dua Apple App Store dan Google Play Store, atau mengakses laman web JOOX .

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JOOX #MUZIK #MAMA2019 #MMA2019

0 Comments