GOIFEX juga telah berkolaborasi bersama Pure Lifestyle Events dalam menganjurkan GOIFEX Family Fun Run dan juga GOIFEX Zumba Walk sebagai aktiviti luar. GOIFEX juga telah mengadakan dua pertandingan iaitu GOIFEX Fitness Battle dan GOIFEX Kettlebell Championship sebagai salah satu aktiviti iconic di acara GOIFEX ini.
Acara yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Pariwisata, Seni & Budaya Malaysia dan MyCEB (Malaysia Convention & Exhibition, Bureau), turut ditaja oleh Pulse by Prudential selaku Penaja Utama.
Menurut Encik Erik Wong, Ketua Pelanggan dan Pegawai Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, “Kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi GOIFEX yang menjadikan penjagaan kesihatan sebagai keutamaan dalam menjalani kehidupan dan ianya selaras dengan matlamat Prudential”. Turut diperkenalkan aplikasi Pulsem yang menggabungkan penjagaan kesihatan dan teknologi bertujuan memerhati dan mengawal tahap kesihatan pada bila-bila masa sahaja.
Selain Pulse by Prudential, GOIFEX Malaysia turut mendapat tajaan Astro, Eco Life, One FC, REV, JuiceWorks, Sports Direct, Summersault, Under Armour, Pure Lifestyle Events, Cosmopolitan, Jelita, Shape, Spritzer BonRica, Nomu Nutrition dan KraftMan.
Penganjuran selama 3 hari dengan lebih 50 program sukan kecergasan menyaksikan ramai jurulatih antarabangsa hadir dari pelbagai bidang seperti Umar Syarief (Indonesia), David Velez (Columbia), George Lu (Hong Kong), Liza Natalia (Indonesia), atlet-atlet ONE FC Championship: Peter Hugh Davis, Aglian Thani dan Gianni Subba.
Program ini turut menerima pengiktirafan antarabangsa ini diharap dapat memberi impak kepada orang ramai untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama dapat bersuka ria kerana ianya sebuah aktiviti yang juga boleh dibuat bersama keluarga.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ACARA #GOIFEX2019
0 Comments