SIRI KE-7 TOURISM MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2019, A JOURNEY TO VISIT MALAYSIA 2020 DI PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON TARIK LEBIH 5 RIBU PENGUNJUNG!






Siri ketujuh pertandingan memancing berskala besar, Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson baru-baru ini telah berlangsung dalam suasana cukup meriah. Walaupun insiden jerebu masih menghantui negara pada ketika itu, ia tidak mematahkan semangat bagi hampir 2 ribu peserta untuk bersaing dalam merebut gelaran juara. Menariknya, siri kali ini menerima penyertaan paling ramai sejak ia dianjurkan pada awal tahun ini.



















Nasib menyebelahi Mohammad Almuhamin Mustafa, 27, dari Muar, Johor apabila beliau diumumkan juara siri ini muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM70, 000. Beliau berjaya memancing ikan Daun Baru seberat 0.9 kilo pada jam sekitar 11.50 pagi. Manakala tempat kedua dirangkul oleh Mohd Rauf Pedro Barbas, 35, dari Perak (RM12,000) dan tempat ketiga Ahmad Fakrul Razy, 37, dari Pahang (RM5,000).









Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Tourism Malaysia Zulkifly Md Said.

YB Muhammad Bakhtiar berkata, program sebegini mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong baik dalam dan luar negeri. Malah pihaknya giat mempromosikan aktiviti memancing sebagai tarikan pelancongan Malaysia dalam kalangan pelancong luar. Siri ke-7 menjadi contoh terbaik dimana lebih 5 ribu pengunjung datang dari seluruh negara dan pastinya ia juga boleh menarik perhatian orang luar. YB Muhammad Bakhtiar juga berkata, program seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi setempat seperti jualan gerai dan tempahan inap desa serta hotel.















Sebanyak 10 siri jelajah Tourism Malaysia Surfcasting 2019, A Journey to Visit Malaysia 2020 dan berbaki 3 siri lagi yang menanti iaitu di Tambak Pontian Johor (09 November), Pantai Kuala Perlis (7 Disember) dan berakhir di Putrajaya (29 Disember). Siri memancing yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan diuruskan oleh WAKJALI EVENT MANAGEMENT ini menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi di peringkat akhir nanti.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai 3 siri terakhir ini, sila hubungi Wak Jali Management di talian 013-3113911/0196203040 atau layari www.wakjalitour.my .




#TOURISMMALAYSIA #VISITMALAYSIA2020

0 Comments