PERKASAKAN BISNES DAN FRANCAIS DENGAN IFEC !






International Franchise & Entrepreneurship Conference 2019, satu lagi usaha jitu Perbadanan Nasional (PNS) dalam memperkasakan industri francais dalam kalangan usahawan terutama dari Malaysia.

Objektif utama IFEC adalah mencipta platform kepada pemain-pemain industri, usahawan dan para pemilik bisnes untuk mempelajari kaedah terkini dalam menguruskan perniagaan masing-masing.

Ilmu-ilmu ini menjadi tangga untuk mereka mendaki dan meletakkan bisnes masing-masing ke tahap lebih tinggi.

Jangan tidak tahu, di persidangan ini jugalah para usahawan akan bertemu dengan rangkaian kerja atau networking yang lebih berbaloi atau networthing. Semua yang hadir, bukan calang-calang kerana antara nama-nama yang disebut pernah duduk di meja penasihat ekonomi negara.

Apa yang dilakukan oleh PNS ini selari dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yakni menyokong agenda kerajaan dalam pembangunan francais dan keusahawanan.

5 tajuk yang akan dibentangkan ialah Braving The Storm oleh Tan Sri Rafidah Aziz, Franchising & Entrepreneurship (Hsein Naidu - Singapura), Women Entrepreneurship, Innovation & Creativity dan Leadership.

IFEC 2019 akan diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 28 November 2019.

Pendaftaran boleh dilakukan di www.ifecmalaysia.com !


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IFECMALAYSIA #IFEC2019

0 Comments