PASTA PETAI ANTARA TARIKAN DI LUCKIN KOPI, KOPITIAM HIPSTER DI KUALA LUMPUR






Kuala Lumpur layak di gelar syurga makanan. Boleh dikatakan setiap masa ada sahaja kedengaran kedai makan baru dibuka. Macam-macam jenis kedai makanan boleh didapati di kota metropolitan ini. Salah satu daripada nya adalah Luckin Kopi yang terletak di Jalan Panggong. Barangkali Jalan Panggong agak asing namanya, namun jika disebut di kawasan Pasar Seni pasti anda semua tahu bukan! Apa yang menarik dengan Luckin Kopi ini? Teruskan membaca!

Tidak sukar untuk mencari lokasi kedai yang berkonsepkan kopitiam moden ini. Ini kerana ia terletak berdekatan dengan stesen MRT dan LRT Pasar Seni. Boleh saya katakan berjarak lebih kurang 300 meter sahaja. Jika anda menaiki kereta, terdapat ruang parkir berbayar di hadapan premis ini.







Pasti yang tertanya maksud disebalik Luckin. Sebenarnya luckin diambil daripada perkataan cina yang membawa maksud tuah dan kegembiraan. Pastinya harapan pemilik restoran ini mengharapkan setiap pelanggan gembira dan berpuas hati setiap kali menjamu selera disini. Pemilik restoran ini percaya bahawa kopi adalah ‘senjata’ terbaik dalam menyatukan masyarakat maka, tercetuslah nama Luckin Kopi ini.

Kehadiran saya di Luckin Kopi ini adalah secara kebetulan kerana rakan-rakan mahu mencari kedai makan yang selesa untuk lepak santai dan akhirnya menemukan kami kepada kedai Luckin Kopi ini.







Luckin Kopi yang beroperasi di dalam premis lama dua tingkat yang diberi nafas baru dengan hiasan dalaman gaya hipster menawarkan variasi hidangan masakan tempatan dan barat yang diolah demi citarasa semua. Ia beroperasi seawal jam 7 pagi bagi memenuhi selera sarapan pagi para pengunjung hingga ke menu makan malam.










Satu perkara menarik tentang menu di Luckin Kopi ini adalah anda boleh customize menu mengikut selera anda. Contohnya, anda boleh boleh memesan samada mahu makan Nasi Lemak, Mee Siam atau Indo Mee dan kemudian anda boleh memesan side dish kegemaran anda berdasarkan 9 pilihan dalam senarai tertera. Menarik bukan!

LUCKIN TOAST

INDO MEE

HAINANESE CHICKEN CHOP

SALTED EGG CHICKEN RICE

BIHUN GORENG

SAWADEE PASTA

CHEESY INDO MEE & EGG (2 PAX SHARING)

CHEESY CHICKEN & FRIES (2 PAX SHARING)

HERBAL CHICKEN SOUP

Malah anda akan temui beberapa menu unik di Luckin Kopi ini. Antaranya adalah ban Stim dengan pilihan petai, rendang ayam atau Geng Chow. Bukan itu sahaja! Luckin Kopi turut menawarkan menu pasta dengan petai dan telur masin. Masakan barat dengan selera Malaysia!

PETAI PASTA

PETAI BUN

GENG CHOW CHICKEN BUN

DIM SUM HALAL






Tidak sah menikmati kopi jika berkunjung ke Luckin Kopi ini. Antara kegemaran saya adalah Luckin Kopi Kaw dan Luckin Kopi Kaw Cincau. Ia menggunakan serbuk kopi tempatan dan sudah pasti rasanya cukup menyengat! Tidak suka kopi? Pilihan teh juga tersedia buat anda. Mahukan rasa unik? Pesan saja Satu Malaysia (gabungan kopi, teh dan Milo).

LUCKIN KOPI KAW

LUCKIN KOPI KAW AIS

ABC (AIS BATU CAMPUR)

ROJAK

CHEE CHEONG FUN





Adakah berbaloi menjamu selera di Luckin Kopi? Jawapannya adalah YA! Secara peribadi, saya sukakan seleksi menu disini yang pelbagai dan menepati citarasa saya. Suasana kedai juga begitu selesa dan mempersona. Cukup sesuai dijadikan set pengambaran untuk laman Instagram anda. Saya sukakan konsep kedai makan yang cuba menggabungkan elemen tradisi dan moden kerana pada saya tiada lama tiada baru. Elemen tradisi menjadikan ingatan kepada memori silam terus diingati dan sentuhan dekorasi moden memberi warna kepada momen ketika menjamu selera disini.



LOKASI LUCKIN KOPI 
14, JALAN PANGGONG, 
50000 KUALA LUMPUR.
-

WAKTU OPERASI 
7 PAGI – 9 MALAM 
(SETIAP HARI) 

-

TELEFON: 
03-28562811/016-3976898 (WHATSAPP)

-  

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LUCKINKOPI

0 Comments