FESTIVAL SENI SELAT MELAKA (FSSM) 2019 DISAMBUT MERIAH, MARTABAT WARISAN NUSANTARA!







Meriah dan penuh warna-warni! Itulah yang boleh saya katakan tentang sambutan program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) 2019 yang telah berlangsung dari 18 hingga 20 Oktober 2019. Selama tiga hari festival ini berlangsung di pekarangan Kota A Famosa Jalan Hilir, pelbagai aktiviti berteraskan seni merangkumi budaya, warisan, pelancongan, kelimuan, keusahawaan, gaya hidup telah berjaya menarik ramai pengunjung khususnya dari negeri Melaka serta negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia.

Bertemakan Selat Melaka, Warisan Nusantara, FSSM 2019 menjadi medan pertemuan baharu para karyawan serta mereka yang terlibat dalam industri seni budaya dan warisan di seluruh Malaysia. Antara pengisian sepanjang 3 hari ini adalah persembahan sisipan (showcase) Warna Warni Selat Melaka, Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka, Pusat Tranformasi Rakyat, Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka, Bazaar Selat Melaka: Seni Budaya dan Pelancongan, Joget Lambak @ Melaka dan acara kemuncak Malam Gala Selat Melaka.














Malam Gala Selat Melaka disambut meriah dan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran ribuan pengunjung. Malam gala yang menjadi acara perasmian FSSM 2019 turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil bin Yaakob dan juga YBhg. Tan Sri Hajjah Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Kerajaan negeri Melaka turut mengangkat FSSM 2019 terutamanya Malam Gala yang berkonsepkan muzikal ini sebahagian daripada acara sambutan Hari Jadi ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Pada malam tersebut, para tetamu kehormat telah dibawa menaiki beca oleh Persatuan Beca Warisan diiringi Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis dan Persataun Rebana Keras Klebang Besar ke tapak acara. Kemeriah malam gala ini telah diisi dengan persembahan mengikut segmen seperti Segmen Kabar Berusik Negeri Sembilan oleh JKKN Negeri Sembilan, Segmen Bayu Muara Maharani oleh JKKN Johor dan Segmen Warna-warni Pelangi Dondang Sayang oleh gabungan badan kesenian dalam negeri Melaka.

Selaras dengan visi dan misi FSSM 2019, pihak penganjur telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik buat semua pengunjung seperti Persembahan Apresiasi Rakyat, Sisipan Selat Melaka, Bazaar Citrarasa Inap Desa yang menggabungkan 8 buah inap desa Negeri Melaka dengan sajian masakan kampung, Bazaar Selat Melaka yang menawarkan demontrasi dan jualan produk kesenian seperti hasil rimba, batik, produk dari tanah, khat, tanjak dan banyak lagi. Bazaar ini ini turut memaparkan pameran arkeologi bagi memberi pendedahan kepada pengunjung yang hadir sepanjang program ini. Bukan itu sahaja! Pihak FSSM 2019 turut menyediakan pameran 20 kereta antik dan vintaj yang dikelolakan oleh Big Sumo Autoshow Komuniti Malaysia. 









Sepanjang program FSSM 2019 diadakan, pihak penganjur turut membuka beberapa reruai agensi kerajaan antaranya Zakat Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan Neger Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi memberi kemudahan kepada pengunjung untuk melakukan urusan berkaitan sepanjang FSSM 2019 berlangsung. 
Kemeriahan FSSM 2019 turut diserikan dengan Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka dimana lebih 6 pertandingan utama dipertaruhkan iaitu Pertandingan Mini Lantai Cilik yang merupakan Pertandingan Tarian Kreatif bagi Kategori Sekolah Rendah, Medley Tarian Malaysia untuk Kategori Sekolah Menengah, Pertandingan Tari Joget & Zapin (Terbuka), Pertandingan Bintang Dondang Sayang, Pertandingan Lukisan Potret “Tun Fatimah” Serikandi Melaka, pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden dan pertandingan Memanah Tradisi & Bebas.

Acara penutup FSSM 2019 disambut dengan begitu meriah sekali. Pada acara ini juga telah diadakan beberapa pertandingan akhir seperti Pertarungan Joget & Zapin, Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden, Pertandingan Memanah. Pada acara sama, kempen I LOVE MALAYSIA siri Melaka turut dilancarkan. 











Pastinya sepanjang tiga hari, FSSM 2019 telah berjaya mengangkat seni budaya dan warisan di aras yang tinggi. Penganjuran program seperti ini bukan sahaja dapat memberi hiburan santai, tetapi secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan mienial tentang seni warisan Malaysia. Seiring dengan Tahun Melawat Melaka 2019 dan Tahun Melawat Malaysia 2020, penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan sektor pelancongan negara.

Festival Seni Selat Malaysia (FSSM) 2019 ini adalah hasil inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi dibawahnya yang berkaitan.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FSSM2019

0 Comments