SELEKSI MENU MENARIK DI ANT CAFÉ & BAR KUALA LUMPUR






Kuala Lumpur memang meriah dengan lokasi tempat makan menarik baik kedai mamak, warung, kafe hipster. Jadi Pastinya banyak pilihan tempat makan sedap dan menarik di sekitar Kuala Lumpur untuk dicuba. Antara yang menarik perhatian saya adalah ANT Café & Bar.



Terletak di kawasan Jalan Klang Lama, ANT Café & Bar yang telah beroperasi sejak Disember 2017 ini menyajikan variasi menu tempatan dan barat. Tidak sukar untuk mencari lokasi kedai ini kerana ia berada di hadapan laluan utama Jalan Klang Lama. Boleh saya katakan ia adalah sebuah kafe hipster kerana dekorasi ruang premis yang moden serta seleksi menunya.







Melangkah masuk ke ruang ANT Café & Bar ini membuat saya teruja kerana ianya cukup luas dan selesa dijadikan tempat lepak santai bersama keluarga dan sahabat handai. Hiasan pepohon di dinding dan sudut kafe ini memberi mood santai kepada pengunjung. Kafe ini turut mempunyai ruang acara dengan fasiliti karaoke di tingkat atas. Jadi anda boleh menganjurkan sebarang acara seperti sambutan hari lahir disini. Kepada mereka yang beragama Islam, anda boleh menikmati sajian di ANT Café & Bar tanpa was-was kerana menu disini adalah halal.









Antara menu yang sempat saya cuba disini adalah Deep Fried Salmon Pasta, Striploin Steak (with black pepper sauce), Hainan Chicken Chop, Truffle Mushroom Pizza, American Cheese Chicken Burger, Grilled Seabass with Chips, Baked Mushroom Rice, ANT Club Sandwich. Tidak ketinggalan beberapa minuman menarik seperti Yuzu Cheesecake, Lychee Slush, Citrus Galaxy, Pain Fruit Cooler, Cherry Tomato Mojito dan Pineapple Tea Smoothie.


DEEP FRIED SALMON PASTA
Gandingan pasta berkrim dengan isi ikan salmon yang digoreng memberi kelainan rasa kepada menu ini. Saya sukakan tekstur dan kepekatan krim pasta ini yang just nice dan rasanya tidak memuakkan.



STRIPLOIN STEAK (WITH BLACK PEPPER SAUCE)
Siapa yang tidak sukakan stik, tambahan pula stik yang dipanggang mempunyai isi yang juicy dengan perapan rempah. Menu ini dilengkapkan dengan kentang lecek, sos lada hitam dan juga sayuran segar.




HAINAN CHICKEN CHOP
Lihat sahaja sudah terliur, inikan pula memakannya. Rangup di luar, juicy didalam. Pandai chef masak isi ayam untuk menu ini. Menu kegemaran rakyat Malaysia termasuklah saya!




TRUFFLE MUSHROOM PIZZA
Pizza cendawan dengan dough yang nipis menjadikan saya layan menikmati menu ini.




AMERICAN CHEESE CHICKEN BURGER
Isi ayam salad dan dressing istimewa lalu diapit ban arang dan dihidang bersama kentang goreng, coleslow.




GRILLED SEABASS WITH CHIPS
Isi ikan siakap dipanggang sempurna menjadikan isinya cukup manis dan juicy. Tidak lengkap tanpa ketang goreng dan coleslow disisi hidangan.




BAKED MUSHROOM RICE
Sesuatu yang baru bagi saya iaitu nasi digabungkan bersama cendawan lalu dibakar. Rasnya? Enak juga gabungan ini.




ANT CLUB SANDWICH
Walaupun nama menu ini ada di kebanyakan kafe dan restoran, namun rasanya tidak sama. keping roti dengan isi telur mata, kepingan daging bersama salad dan ramuan rahsia menjadikan menu ini harus dicuba di sini!





YUZU CHEESECAKE




LYCHEE SLUSH




CITRUS GALAXY




PAIN FRUIT COOLER




CHERRY TOMATO MOJITO




PINEAPPLE TEA SMOOTHIE




Secara peribadi, hidangan yang ditawarkan di ANT Café & Bar tidak mengecewakan! Boleh saya katakan kesemua yang saya cuba sedap dan menepati piawaian tekak saya. Malah saiz hidangan bagi sesebuah menu agak besar, jadi berbaloi serta memberi nilai kepada wang anda. Setiap pesanan yang dibuat tidak memerlukan tempoh waktu lama untuk sampai ke meja. Senang kata, servis disini saya puji!

Jika anda masih mencari lokasi tempat makan menarik, ANT Café & Bar boleh dimasukkan dalam senarai foodie place anda. Jangan risau tentang parkir kerana anda boleh meletakkan kenderaan anda di bahagian parkir dalam bangunan dengan menyatakan kepada pengawal yang anda mahu makan di ANT Café & Bar.



LOKASI ANT CAFÉ & BAR
G-01, THE PETALZ RESIDENCE
RESIDENCY RIMBUN NO. 2
JALAN 1/132A, OFF JALAN KLANG LAMA
58000 KUALA LUMPUR.

-

WAKTU OPERASI: 
11 PAGI – 12 TENGAH MALAM 

-

TELEFON: 012-306 6999 

-


LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANTCAFEANDBAR #FOOD

2 Comments

  1. Cantik sangat angle shot semua. Makanan pun nmpk sgt menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi bertandang di blig saya.. selamat mencuba makan di sana!

      Delete