PIER 12 SEAFOOD TAVERN AT OLD MALAYA HIDANG SAJIAN MAKANAN LAUT SEGAR DAN MENU LOKAL!






Antara perkara yang menjadikan Kuala Lumpur terkenal dimata dunia adalah kepelbagaian kulinari. Namakan sahaja jenis makanan yang anda mahu, semua tersedia buat anda untuk membuat pilihan. Sesuai dengan jolokan syurga makanan, Kuala Lumpur pastinya menjadi destinasi pilihan pelancong luar dan dalam negeri khusus mereka yang menggemari makanan.

Antara tempat tumpuan terkini adalah sebuah bangunan kolonial yang telah diberi nafas baru iaitu Old Malaya yang terletak di Lorong Raja Chulan. Disini, anda boleh saksikan deretan premis makanan di sepanjang bangunan ini dengan suasana sekitar yang cukup eksklusif. Antara yang menjadi tumpuan adalah restoran Pier 12 Seafood Tavern, salah satu rangkaian restoran dibawah kendalian Pampas Group.






Pier 12 Seafood Tavern adalah sebuah restoran dua tingkat yang berkonsepkan semi fine dining ini menyajikan variasi masakan tempatan dengan sedikit sentuhan fusion. Seperti namanya, menu utama disini pastinya menu berasaskan hidupan laut segar seperti ikan, ketam dan udang. Walaupun baru berusia 3 tahun, restoran Pier 12 Seafood Tavern kini antara restoran yang menjadi pilihan warga kota untuk menikmati sajian tempatan kerana bukan sahaja keenakkan dan kesegaran menu masakannya , namun ambiance restoran yang cukup privasi dan selesa. Makan malam pastinya indah dapat menyaksikan pemandangan Menara Kuala Lumpur di waktu malam pada jarak cukup dekat. 

  





Saat melangkah masuk ke dalam ruang restoran mengujakan saya. Dekorasi kedai yang cukup simple tapi tampak mewah dengan penggunaan perabot berjaya menaikkan mood makan malam saya. Penambah seri hiasan dalaman disini adalah penggunaan lampu yang dihiasi tali karung yang biasa digunakan para nelayan mencipta suasana perkampungan nelayan. 






Sambil saya menaiki tangga ke ruang atas, saya sedari tangga yang digunakan cukup klasik dan antik. Saya diberitahu bahawa tangga ini adalah binaan asal dalam bangunan ini yang masih dikekalkan.



Di ruang atas, terdapat sebuah bar dan beberapa meja makan dan juga sudut outdoor seating area. Sudut ini adalah lokasi terbaik untuk melihat panorama Menara Kuala Lumpur sambil berbual santai bersama keluarga dan sahabat handai. Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah lukisan dinding wajah wanita yang cukup artistik.









Saya kongsikan beberapa hidangan yang sempat saya cuba sewaktu makan malam di Pier 12 Seafood Tavern.


MULLIGATAWNY SOUP
Hidangan pembuka selera ini cukup unik. Ia diperbuat daripada daging ayam yang dipotong kiub dimasak dengan kari Madras dan pelengkap menu adalah Wild Rice. Sekali suapan terasa seperti menikmati kuah dhal yang cukup lazat. Saya sukakan tekstur sup ini yang just nice dan rasanya tidak terlalu berempah.




PIER 12 GARLIC PRAWNS
Udang segar saute bersama bawang putih, garam, jus lemon dan minyak zaitun. Isi udang masih juicy dan gabungan ramuan menjadikan ia sempurna rasa!




SALT AND PEPPER SOFT SHELL CRAB
Ketam soft shell yang digoreng garing dimasak bersama bawang merah, bawang putih dan daun kari. Boleh saya katakan ia rangup diluar dan lembut isi ketam di dalam. Ringkas masakannya namun rasanya enak!




RENDANG LAMB SHANK
Siapa yang tidak mengenali menu rendang. Kali ini masakan rendang dimasak menggunakan shank kambing dimakan bersama nasi putih dan timun Raita. Isi daging kambingnya cukup lembut sehingga tidak tersekat dicelah gigi. Saya diberitahu shank kambing ini telah direbus berjam-jam. Rasa kuah rendang telah diolah rasa namun tetap menyengat bila dimakan.




GRASS FED GRILL BEEF RIB EYE
Daging lembu panggang dimasak dengan menggunakan rempah khas dihidangkan bersama kentang panggang dan sos Black Peppercorn. Lembut isi dagingnya.




TANDOORI FLAVOURED HALIBUT FISH FILLET
Filet ikan halibut di dimasak di atas pan bersama rempah Tandoori memberi kelainan rasa pada filet ikan ini. Isi ikan cukup juicy dan segar dimakan bersama Mint Yogurt Cucumber Raita.



GRILLED STUFFED CHICKEN BREAST
Dada ayam diapit dengan sayur bayam ditengah memberi rasa enak pada menu ini. Saya cukup sukakan kombinasi sayur bayam yang memberi rasa manis dan isi ayam bahagian dada yang kenyal. Pelengkap rasa adalah homemade brown sauce sebagai pencicah.



TIRAMISU
Menu pencuci mulut saya sebagai penutup makan malam disini.







Secara peribadi, saya jatuh cinta dengan restoran Pier 12 Seafood Tavern. Dari ambiance hinggalah ke menu yang ditawarkan cukup memukau rasa. Walaupun menu disini sudah diolah demi memenuhi selera pengunjung luar, tapi rasa asli menu tersebut masih ada. Malah, bahan yang digunakan dalam setiap masakan adalah dari bahan segar. Restoran Pier 12 Seafood Tavern adalah pilihan terbaik buat anda yang mencari tempat makan berciri eksklusif dan masakan yang enak. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan servis dan kualiti rasa. Senang kata, ianya berbaloi! Oh ya, menu kegemaran saya disini adalah Rendang Lamb Shank dan Grilled Stuffed Chicken Breast. Cubalah nanti! 


LOKASI PIER 12 SEAFOOD TAVERN AT OLD MALAYA 
12, LORONG RAJA CHULAN, 
50200 KUALA LUMPUR 

-

WAKTU OPERASI 

AHAD – KHAMIS: 5 PETANG – 2 PAGI 
JUMAAT – SABTU: 5 PETANG – 3 PAGI 

-

TELEFON : 03-2078 5548 

TEMPAHAN: +60 11 2771 6040 (Azim) 

-

EMEL : nanthini@51.com.my

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIER12OLDMALAYA #PIER12SEAFOODTAVERN

0 Comments