EFFRO, sebuah platform e-bisnes khas untuk penganjuran sebarang acara dari Singapura sejak 2014, kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pelancaran EFFRO untuk pasaran Malaysia ini telah berlangsung dengan dihadiri oleh beberapa selebriti terkenal tanahair seperti Adeline Tsen, Winnie K, Lavin Seow, Rashid Salleh, Ayu Damit, Nita Hamzah, Alif Kadem, Reyhana Yusuf, Winnie K, Raj Aria, Iman Corinne Adrianne dan Joanne Kwan. Sebagai info, Effro adalah platform boleh dipercayai dan mesra pengguna yang menghimpunkan penganjur dan penyendali perkhidmatan untuk sebarang acara di bawah satu bumbung seperti vendor, pemilik tempat acara, influencer dan juga bakat acara.
DARI KIRI: ALIF KADEM, WINNIE K,
REYAHAN YUNUS, ADELINE TSEN, AYU DAMIT, NITA HAMZAH |
MR ADAM TAN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/ PENGASAS EFFRO |
Encik Adam Tan, selaku pengasas Effro mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri berkata, "Faktor yang paling penting dalam menganjurkan acara adalah masa. Jadi saya lihat banyak masa terbuang dalam usaha penganjur acara untuk mencari servis yang tepat untuk acara, isu pentadbiran dan prosedur pembayaran untuk mengendalikan sesebuah acara. Kewujudan Effro diharap dapat mengurangkan masa yang diambil dan memberi pertanggungjawaban kepada semua pihak yang berkenaan."
MR ADAM TAN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/ PENGASAS EFFRO |
Berteraskan kepada 4 kata kunci iaitu EFFICIENT, EFFORTLESS, TRUSTWORTHY, QUALITY, Effro kini mempunyai 1200 bakat dan 300 pelanggan di platform Effro Singapura. Sebagai rekod, Effro Singapura berjaya menjana hasil jualan sebanyak SGD500 ribu pada tahun 2018 dan untuk tahun 2019, mereka mensasarkan angka SGD1 juta.
Malaysia adalah lokasi strategik untuk dijadikan hab acara di Asia Tenggara dan seterusnya memainkan peranan penting dalam pengembangan Effro di rantau ini. Kelebihan ini memberi manfaat buat penyedia perkhidmatan acara di Malaysia untuk mendapat pengktirafan di peringkat serantau seperti di Singapura dan Indonesia.
"Pasukan kami teruja cukup teruja dengan pelancaran Effro di Malaysia, sebuah platform yang cukup berpengaruh di Singapura, Indonesia dan Thailand. Secara tidak langsung, kami dapat memanfaatkan saluran ini untuk memperkenalkan barisan bakat hebat ke pasaran baru dengan selamat kerana Effro diyakini selamat dan yang paling penting memberi perlindungan kepada pelanggan yang menggunapakai perkhidmatan menerusinya”, jelas Encik Terry Wong, Pengasas, The Wave Entertainment Sdn Bhd.
Effro juga telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan E-dagang Johor (JeCA) pada bulan Jun 2019 untuk menyokong Southern University sebagai rakan kongsi.
Dalam misi untuk meningkatkan industri acara, platform Effro turut dilancarkan di negara Thailand pada 1 Ogos 2019 yang lalu dan ia mendapat liputan meluas oleh media tempatan. Pihak Effro begitu optimis dengan perkembangan platform dan perancangan untuk meluaskan pasaran di peringkat Asia Tenggara seperti Indonesia dan Hong Kong menjelang akhor tahun 2019 sedang giat dijalankan. Sebagai permulaan, pihak Effro sudah menandatangani perjanjian persefahaman bersama penyendali aplikasi Usediscover milik warga Malaysia yang berpangkalan di Indonesia. Jadi secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada penyedia perkhidmatan acara untuk meluaskan pasaran di Indonesia.
"Sebut tentang Usediscover, pastinya ia sentiasa berkaitan dengan pengendalian acara yang berkualiti bersama pemain industri dan sumber yang tepat. Malah dengan nilai yang ada pada Effro, sesuai bagi Usediscover untuk meneroka pasaran lebih luas di Indonesia. Kami cukup berbangga menjadi rakan perniagaan Effro yang mewujudkan rangkaian serantau dan memperkenalkan sumber terbaik untuk setiap acara berkualiti, kata Encik Chong Yew Yang, Ketua Pegawai Eksekutif, Usediscover.
Pastinya, platform Effro akan memberi kemudahan kepada bukan sahaja sahaja penyedia perkhidmatan acara, tetapi juga kepada pada pelanggan/penganjur acara yang menggunakan khidmat mereka. Effro turut melancarkan kempen With Its Back Time, Win More Fame dan Win That Deal bagi memudahkan pengguna memahamil lebih dekat platform Effro ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari https://pages.effro.com/win atau www.effro.com.my .
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EFFRO
0 Comments