Baru setahun dalam arena telekomunikasi, Yoodo menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan. Syarikat telko dibawah Celcom Axiata Berhad ini adalah 100% menjalankan perkhidmatan mobil secara digital dan pertama di Malaysia yang memperkenalkan pelan boleh ubah mengikut keperluan dan fleksibiliti pengguna sendiri.
Bagi menghargai sokongan yang tidak berbela bagi para pengguna setia, Yoodo menerusi kempen Yoodo Series telah menganjurkan sebuah mini konsert khas, Community Day yang telah berlangsung di Battle Arena Petaling Jaya baru-baru ini. Konsert yang julung kali diadakan ini membariskan beberapa artis indie tanahair yang berbakat besar antaranya Modescape, An Honest Mistake, A.Ron, Battle Bloom, Nadhira dan Sevencollar T-Shirt. Menariknya, konsert ini juga turut dipancarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Yoodo.
A.RON (KREDIT FOTO OLEH YOODO) |
MODESCAPE (KREDIT FOTO OLEH YOODO) |
NADHIRA (KREDIT FOTO OLEH YOODO) |
AN HONEST MISTAKE (KREDIT FOTO OLEH YOODO) |
PENGACARA MAJLIS |
ENCIK CHOW TUCK MUN |
SEVENCOLLAR T-SHIRT |
BATTLE BLOOM |
Hadir sama pada acara Yoodo Presents Community Day ini adalah Ketua Yoodo, Encik Chow Tuck Mun. Kata beliau, Yoodo Presents adalah sebuah platform terbaik dalam mengetengahkan bakat pemuzik indie tempatan dan harapan beliau acara sebegini dapat memberi inspirasi kepada anak muda dan seterusnya menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk terus mengejar impian.
ENCIK CHOW TUCK MUN, KETUA YOODO |
Sebagai info, Yoodo telah menyokong pelbagai segmen gaya hidup seperti e-sukan antaranya menjadi penaja DIGITAL TELCO for Malaysia’s first Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC), mewujudkan pasukan e-sukan PUBG sendiri yang diberi nama Yoodo Gank serta menganjurkan kejohanan e-sukan PUBG setiap bulan menerusi atas talian. Bukan itu sahaja, pihak Yoodo turut menaja Liga Premier Futsal Malaysia sebagai tanda sokongan kepada bakat tempatan.
Tahniah kepada Yoodo atas kejayaan penganjuran Yoodo Presents: Community Day dan juga sokongan penuh kepada bakat muda tempatan.Ia sedikit sebanyak menyuntik semangat buat bakat muda tanahair untuk terus berkarya dan mempamerkan bakat ke aras tertinggi.
Sebarang informasi lanjut mengenai Yoodo dan juga perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari www.yoodo.com.my atau laman media sosial rasmi Yoodo.
Tahniah kepada Yoodo atas kejayaan penganjuran Yoodo Presents: Community Day dan juga sokongan penuh kepada bakat muda tempatan.Ia sedikit sebanyak menyuntik semangat buat bakat muda tanahair untuk terus berkarya dan mempamerkan bakat ke aras tertinggi.
Sebarang informasi lanjut mengenai Yoodo dan juga perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari www.yoodo.com.my atau laman media sosial rasmi Yoodo.
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #YOODOPESENTS #YOODOCOMMUNITYDAY #ILOVEYOODO
0 Comments