SIIAF 2019 adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan kesenian dan kebudayan kaum Orang Asal selain dapat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keunikkan seni budaya kumpulan ini. Secara tidak langsung, ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari dengan lebih dekat budaya hidup dan kelangsungan kaum Orang Asal, khususnya dari Malaysia.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat merasmikan SIIAF 2019.
Acara SIIAF 2019 dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Orang Asal dalam negara seperti Mah Meri dan Temuan dari Selangor, kaum Semai dari Perak, kaum Seletar dari Johor dan juga kaum Orang Asal dari Sabah dan Sarawak. Tahun ini menyaksikan penyertaan daripada kumpulan Orang Asal dari negara luar antaranya Afrika, Indonesia, Sri Lanka, Chinese Taipei dan Korea Selatan.
Sepanjang 2 hari acara SIIAF 2019 ini berlangsung, pengunjung dihidangkan dengan persembahan kebudayaan secara langsung dari setiap kumpulan Orang Asal yang menyertai acara ini. Aktiviti lain yang ditawarkan sepanjang dua hari ini antaranya adalah Jungle School Lesson oleh Raman Bahtuin, pesara daripada kumpulan Orang Asal Semai, bengkel melukis oleh Shaq Koyok, pelukis dari kaum Temuan yang dibawakan khas oleh LokaLokal. Turut diadakan adalah ujian imbasan kesihatan yang ditawarkan oleh hospital Columbia Asia dan juga pameran galeri foto, Thousand Faces of The Indigenous.
Selangor International Indigenous Arts Festival 2019 (SIIAF) turut dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Antarabangsa Orang Asal Dunia yang jatuh pada Ogos setiap tahun.
Bagi menyemarakkan sambutan acara SIIAF 2019 tahun ini, pihak penganjur turut melancarkan larian yang dipanggil RECREATIONAL ORANG ASAL RUN (ROAR) 2019. Acara larian berjarak 5KM yang julung kali diadakan ini telah disertai lebih 600 peserta. Bilangan ini sudah pasti memberi tanda positif buat pihak penganjur untuk menjadikan acara larian ini sebagai acara tahunan dalam pengisian kalendar SIIAF di masa hadapan.
Pastinya, acara seperti SIIAF 2019 adalah satu usaha murni dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang martabat akan khazanah seni dan budaya kaum Orang Asal.
LAMAN SESAWANG RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SIIAF2019 #SIIAF2019 #DISCOVERSELANGOR
0 Comments