NOORKHIRIAH, AZHAN RANI DAN AZADAN RABBANI IKON UMRAH DE HEARTY 2019






Impak drama siri Nur dan Nur 2 berjaya mencuri emosi dan perhatian penonton drama TV di Malaysia. Lakonan mantap barisan teraju mencetus fenomena baru dalam dunia hiburan tanahair sampaikan babak sup bunjut dalam drama Nur menjadi tular di media sosial. Hebat penangan drama yang mengangkat elemen islamik ini. Populariti drama ini juga sedikit sebanyak berjaya menaikkan nama pelakon Noorkhiriah dan Azhan Rani sehinggakan banyak syarikat dan jenama produk yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Terbaru, kedua-dua figura ini baru sahaja dilantik oleh Maad Travel & Tours Sdn Bhd menjadi ikon Umrah De Hearty 2019. Sebagai info, Umrah De Hearty merupakan pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat ini. Selain Noorkhiriah dan Azhan Rani, pihak Maad Travel & Tours Sdn Bhd juga melantik ahli kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz menggalas tugas sebagai ikon untuk pakej ini.









Pemilihan ketiga-tiga selebriti ini dibuat berdasarkan komitmen mereka yang sudi bekerjasama selain setiap dari mereka mempunyai kelompok peminat yang besar. Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat orang ramai untuk mengerjakan umrah memandangkan tradisi umrah bersama selebriti semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia selain dapat memotivasikan diri selebriti itu sendiri apabila diberikan amanah menjadi ikon masyarakat.

Pemilihan Azadan Abd Aziz atau mesra dengan panggilan Azadan Rabbani adalah tepat kerana beliau sememangnya sudah biasa menggalas tanggungjawab sebagai mutawif dan ketua rombongan umrah dengan beberapa syarikat pengendali pelancongan sebelum ini. 

AZADAN RABBANI





Bagi Noorkhiriah, tugas sebagai ikon Umrah De Hearty 2019 merupakan satu tugas berat kerana beliau merasakan bahawa diri ini masih lagi dalam fasa belajar dan memperbaiki diri dalam bab agama. Namun beliau bersyukur dan cuba menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada nya sebaik mungkin. Noorkhiriah turut merancang untuk membawa suami dan dua anaknya mengerjakan umrah nanti. 

NOORKHIRIAH





Azhan Rani sememangnya tidak pernah menyangka bahawa pihak Maad Travel & Tours Sdn Bhd akan memilih beliau menjadi ikon Umrah De Hearty 2019. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, tawaran ini datang tepat pada masa memandangkan beliau memang merancang untuk mengerjakan umrah buat kali kedua selepas pergi sana buat kali pertama pada tahun 2017. Beliau turut memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana mempermudahkan niat mengerjakan umrah kali ini. 

AZHAN RANI





Pakej Umrah De Hearty 2019 akan berlangsung hujung tahun ini bermula bulan Oktober hingga Disember 2019. Sesuai dengan musim cuti sekolah dan musim sejuk, pihak Maad Travel & Tours Sdn Bhd mensasarkan 1000 jemaah umrah yang akan mengikuti pakej ini. Setakat ini, hampir 400 orang sudah menempah pakej Umrah De Hearty dan ini satu indikator positif buat Maad Travel & Tours Sdn Bhd.

Kelebihan Pakej Umrah De Hearty 2019 adalah:

  • Hotel berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
  • Penginapan hotel 5 bintang 
  • Perkhidmatan mesra pelanggan khusus untuk warga tua dan mereka yang keuzuran 
  • Masakan Malaysia 
  • Bimbingan Umrah sebanyak 4 kali 
  • Lawatan ke Taif 
  • Dua bagasi 20 inci & 24 inci PERCUMA 
  • Kain ihram/telekong diberikan 
  • Mutawif dari Malaysia 
  • Dua kali solat Jumaat 
  • Tiada cas tambahan dan tersembunyi 
  • Penerbangan terus dari Kuala Lumpur 
  • Juadah Nasi Unta 
  • Fullboard Makkah dan Madinah 
  • Mendaki Gunung Hira 
  • Perkhidmatan bas dari JB ke KLIA disediakan 


Berita baik! Pihak Maad Travel & Tours Sdn Bhd turut menawarkan promosi Beli 7 Percuma 1 untuk pakej Umrah De Hearty 2019. Harga pakej adalah RM6999 untuk 12 hari (2 kali Jumaat) dan RM 7999 untuk 20 hari (3 kali Jumaat). Anda tidak perlu khuatir dengan kesahihan syarikat ini kerana mereka adalah pengendali yang sah [KPK/LN: 7078 (IOT) (LKU)] dan mempunyai lesen mengendali pemohonan visa Umrah. Telefon di talian 016-2771717/07-2895212 atau emel di umrahdehearty@gmail.com untuk mendapatkan informasi lanjut. 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #UMRAHDEHREARTY #PAKEJUMRAH


1 Comments

  1. Saya suka drama Nur kerana plotnya menarik.
    Pakej umrah yang disebutkan di sini pun nampak menarik sebab ada dua kali solat Jumaat, hotel dekat dengan masjid, lawatan ke Taif dan dapat makan unta.

    ReplyDelete