KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA BERGABUNG DALAM SIRI TERJUNAN BASE 2019 DI MALAYSIA SEPTEMBER INI!






Diam tak diam sudah 18 tahun pihak Menara Kuala Lumpur menganjurkan acara terjunan base, KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) dengan cemerlang. Acara ini telah berjaya menarik perhatian penerjun Base bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga dari seluruh dunia. Sudah pasti, acara KLTIJM menjadi acara penting dalam kalender Menara Kuala Lumpur dan juga pelancongan Malaysia umumnya.

Sebagai info, hanya dua menara di dunia yang menganjurkan acara terjunan BASE antarabangsa iaitu Menara Kuala Lumpur dan Tallinn TV Tower, Estonia. Kelebihan yang dimiliki oleh Menara Kuala Lumpur terutamanya pada aspek keselamatan dan teknikal yang diuruskan oleh pakar menjadikan ia menjadi rujukan utama oleh penganjur terjunan BASE lain. Tahun ini, aspek teknikal dikendalikan oleh ABABIL BASE JUMP CLUB yang cukup berpengalaman dalam menyelaras dan mengendalikan urusan teknikal acara terjunan base.

UCAPAN OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MENARA KL, YBHG. DATUK ROZLAN MOHAMED






Tahun ini juga melakar sejarah buat Menara Kuala Lumpur kerana edisi ke-19 KLTIJM 2019 yang akan berlangsung September ini bergabung dengan 3 lokasi lain menerusi penganjuran siri terjunan BASE. Lokasi yang terlibat Menara Alor Setar, Gua Damai Batu Caves dan Wisma Sanyan, Sibu. Pemilihan lokasi dibuat bagi memberi peluang para penerjun base merasai pengalaman dan cabaran berbeza dari setiap lokasi acara.

PELANCARAN SIRI TERJUNAN BASE 2019





Terjunan akan bermula di Menara Alor Setar (terjunan dari ketinggian 105 meter) pada 11-13 September 2019 diikuti dengan Gua Damai Batu Cave (terjunan pada ketinggian 100 meter) pada 15-17 September 2019, Wisma Sanyan Sibu (terjunan pada ketinggian 125 meter) pada 19-22 September 2019 berakhir di Menara Kuala Lumpur (terjunan pada ketinggian 300 meter) pada 26-29 September 2019.

SESI BERSAMA MEDIA

SIRI TERJUNAN BASE TURUT MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA TOURISM MALAYSIA






Sebagai lokasi terakhir siri terjunan BASE tahun 2019, Menara Kuala Lumpur sekali lagi menawarkan pakej khas 'Sitting On The Edge' dimana pengunjung berpeluang menyaksikan terjunan dari jarak dekat menerusi tebing Sky Deck pada waktu siang dan malam. Pastinya ini adalah peluang yang tidak harus dilepaskan kerana pakej ini hanya dibuka sepanjang acara KL Tower International Jump Malaysia 2019 sahaja. Selain menyaksikan aksi berani mati para penerjun, anda boleh menikmati panorama indah Kuala Lumpur dari tebing Sky Deck.






Jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga 'Early Bird' serendah RM 94 (biasa RM 118) bagi pemegang MyKad dan RM118 (biasa RM 148) tanpa MyKad. Tawaran harga istimewa ini hanya sah dari 1 hingga 20 September 2019.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati akses tanpa had ke Sky Deck berharga RM 220 untuk pemegang MyKad dan RM 300 tanpa MyKad dan pakej ini boleh digunakan selama 4 hari (sepanjang acara) dengan PERCUMA 'Sitting On The Edge' dan satu foto.







Sepanjang acara berlangsung nanti, pihak Menara Kuala Lumpur telah menyusun pelbagai aktiviti dan promosi menarik buat pengunjung antaranya pameran belon panas oleh MyBalloon Adventure, promosi tiket khas daripada Keretapi Tanah Melayu (KTMB), kadar istimewa menginap di OASIA Suite Kuala Lumpur, tawaran istimewa Starbucks, minuman I-Mizu dan banyak lagi.

Berita baik buat pengunjung Menara Alor Setar! Bagi menyemarakkan lagi acara terjunan BASE di Menara Alor Setar, anda boleh mendapatkan akses ke Sky Deck yang akan dibuka buat pertama kali sepanjang acara ini berlangsung nanti. Harga yang ditawarkan adalah RM  48 bagi pemegang MyKad dan RM 58 tanpa MyKad.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman melihat terjunan BASE yang hanya berlangsung setahun sekali ini. Layari laman sesawang rasmi atau media sosial Menara Kuala Lumpur untuk informasi lanjut.

Sekalung penghargaan buat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kerajaan Negeri Kedah, Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Unifi, Keretapi Tanah Melayu (KTMB), Starbucks, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT), MyBalloon Adventure, MYDIN, AirRider, Spectrum Photo Solution, I-Mizu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), OASIA Suite Kuala Lumpur, Star City Hotel Alor Setar, Maxx Sports Sdn Bhd dan Atmosphere 360.



LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SITTINGONTHEEDGE #KLTOWERINTERNATIONALJUMPMALAYSIA

0 Comments