ELECTROLUX KINI DIBUKA DI TBM CENTRAL I-CITY SHAH ALAM SEMPENA ULANG TAHUN KE 100!






Tidak lengkap sesebuah rumah tanpa perkakasan elektrik. Ia banyak membantu dalam memudahkan urusan harian kita. Kalau sebut tentang jenama barangan elektrik, siapa yang tidak kenal dengan jenama Electrolux. Jika anda seusia dengan saya, sudah pasti jenama Electrolux adalah jenama yang sentiasa menjadi sebutan sejak dulu lagi. Saya masih ingat sewaktu kecil, bila sebut tentang jenama Electrolux, ramai yang bilang ia adalah jenama untuk orang kaya. Saya cuba hadam kenyataan ini apabila meningkat dewasa dan barulah saya faham kenapa jenama Electrolux diangkat darjatnya begitu tinggi sekali. Ini kerana kualiti setiap produk Electrolux cukup diyakini dari aspek binaannya dan juga kecekapan produk dalam menjalankan kerja. Malah Electrolux sentiasa maju ke depan dalam mencipta evolusi untuk setiap produk yang dikeluarkan supaya ia dapat memudahkan urusan pengguna.

Diam tak diam, sudah 100 tahun jenama Electrolux berada di pasaran serata dunia. Angka ini menunjukkan bahawa orang ramai masih yakin dengan keupayaan setiap produk yang dikeluarkan oleh Electrolux. Sejak tahun 1919, jenama perkakasan elektrik dari Sweden ini telah berjaya membuktikan bahawa rangkaian produk mereka adalah terbaik dari segi kualiti dan inovasi. Senang kata, jenama ini adalah peneraju syarikat perkakasan elektrik global. 






Pihak Electrolux telah membuka cawangan yang terbaru di TBM Central i-City, Shah Alam baru-baru ini. Majlis perasmian yang disambut meriah ini turut diwarnai dengan kehadiran chef terkemuka dari Jerman iaitu Chef Christian Mittermeier. 









Electrolux juga telah mengadakan Taste Experience dengan Chef Christian Mittermeier sempena meraikan kegemilangan 100 tahun jenama Electrolux dalam pasaran global. Saya berpeluang untuk menyaksikan beliau melakukan demonstrasi masakan dengan menggunakan produk Electrolux. 









Sepanjang demonstrasi masakan, beliau seringkali memuji mutu dan kualiti perkakasan dapur Electrolux. Malah beliau sendiri menerangkan secara terperinci tentang keupayaan beberapa perkakasan elektrik seperti ketuhar oven dan juga dapur memasak yang cukup mesra pengguna. Tetamu yang hadir dijamu dengan dua resepi istimewa daripada air tangan chef Christian Mittermeir iaitu Braised Carrot with Miso Cream & Passion fruit dan Rye Sourdough Bread with Whipped Brown Butter & Roasted Buckwheat. 






Sekalung tahniah kepada Electrolux di atas pembukaan stor di dalam ruang kedai elektrik TBM cawangan Central i-City Shah Alam dan menyambut ulang tahun yang ke-100. Semoga jenama ini terus menjadi pilihan pertama pengguna dalam menyelesaikan urusan harian di rumah dan menjadi perintis kepada evolusi produk elektrik. 











Jika anda mencari produk perkakasan untuk kediaman anda, barangkali anda boleh singgah di stor Electrolux di TBM Central i-City Shah Alam. Pelbagai pilihan produk elektrik dari mesin basuh, peti ais, ketuhar oven, vakum dan banyak lagi. Pastinya kualiti dan perkhidmatan di sini adalah terjamin kerana usia 100 tahun jenama ini membuktikan produk Electrolux sentiasa menjadi pilihan ramai.

  
LOKASI TBM CENTRAL I-CITY 
LG-03, LEVEL LOWER GROUND SENTRAL I-CITY, 
PLOT 1, PERSIARAN MULTIMEDIA, SEKSYEN 7, 
40000 SHAH ALAM, SELANGOR 

WAKTU OPERASI: 10 PAGI – 10 MALAM 

TELEFON : 03-5524 5918



LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ELECTROLUXMY #ELECTROLUXTASTEMY #ELECTROLUX100YEARS

0 Comments