Penawaran ini adalah sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kepada pelanggan yang setia menyokong bisnes Wadihana Islamic Steakhouse sejak dibuka Februari lalu.
TENTANG WADIHANA
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha. Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

JUNE TALIB, PEMILIK WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE |
Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.
“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.
Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.
Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.
Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran atas talian (online) telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana Islamic Steakhouse.
“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.
Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding jenama lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.
“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya. Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.
June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza). Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.
Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.
“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup. Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WADIHANAISLAMICSTEAKHOUSE

Wadihana Islamic Steakhouse menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com .
LOKASI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE
36-38, JALAN ALIFF HARMONI 3,
TAMAN DAMANSARA ALIFF,
81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
-
TELEFON: 07-2442422
-
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WADIHANAISLAMICSTEAKHOUSE
0 Comments