Satu lagi isu yang sering berlaku adalah agak sukar untuk mendapatkan haruman badan dan deodorant yang hampir sama bau. Jadi bila sembur wangian di badan bau berbeza dengan bau deodorant jadi hasilnya, gabungan haruman pada badan menjadi pelik. Alangkah baiknya jika ada satu semburan yang boleh memberi manfaat 2 dalam 1 iaitu untuk badan dan ketiak bukan? Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.
Sebagai peneraju dalam pasaran khusus penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki.Maka DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari dengan menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!
Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Tambahan pula, produk terbaru ini dilengkapi dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.
Stok semburan deodoran biasanya hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, namun DASHING DEO + PERFUME dengan formula 100% deodoran, ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan atau sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! Jimat bukan?
Selain itu, reka bentuk botol DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml cukup ringkas, senang digenggam dan mudah untuk di bawa kemana sahaja.
DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY hadir dalam 4 variasi:
- HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.
- ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.
- SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.
- HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.
DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga cukup berpatutan iaitu RM 12.20 sebotol. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk platform pembelian atas talian. Layari laman media sosial rasmi DASHING untuk informasi lanjut.
LAMAN FACEBOOK RASMI DASHING
LAMAN INSTAGRAM RASMI DASHING
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DASHING #DASHINGMALAYSIA
0 Comments