SPAGHETTI ULAM DAN AIR NANGKA ANTARA MENU UNIK DI KNOWHERE BANGSAR





Biasa orang makan ulam-ulaman bersama nasi putih dan cicah dengan sambal belacan tapi Knowhere Bangsar jadikan ulam sebagai menu spaghetti. Buah Nangka di kisar bersama ais lalu dijadikan minuman. Itulah kelebihan Knowhere Bangsar. Sentiasa kreatif dalam menghasilkan menu yang lari dari kebiasaan dan yang paling penting, ianya sedap!







FYI, ini adalah kunjungan saya kali kedua di Knowhere Bangsar. Sebelum ini, saya pernah menjamu selera di sini bersama beberapa rakan. Saya cukup teruja dapat kembali ke sini kerana sukakan konsep dan seleksi menu unik disini.

KLIK SINI: https://www.thisisreef.com/2018/08/knowhere-bangsar-saji-menu-inspirasi.html

Untuk kunjungan kali ini, saya bersama seorang teman telah memesan beberapa menu antaranya Spaghetti Ulam Pesto, Krispy Burger, Fumed Duck, gabunga pizza (Italian Mutton Kari dan Duck Confit), Pandan Iced Tea dan Icey Nangka.


SPAGHETTI ULAM PESTO 


Menu antarabangsa dengan sedikit sentuhan Malaysia. Spaghetti dimasak bersama ramuan ulam yang dikisar dan kaffir lime pesto. Ini antara menu kegemaran saya!


KRISPY BURGER 


Crispy boneless chicken leg with roasted vegetables bersama lelehan Monterey jack cheese. Hidangan dilengkapi dengan kentang goreng.


FUMED DUCK 


Saya tidak pernah makan daging itik. Namun cubaan pertama jamah menu daging itik disini berbaloi. Daging itik bahagian dada dimasak secara smoked dihidang bersama sherry reduction, kentang lecek, sayuran dan seared plums.


PIZZA (ITALIAN MUTTON KARI & DUCK CONFIT) 


Satu keistimewaan memesan pizza di sini adalah anda boleh gabungankan dua rasa berbeza dalam satu pizza. Jadi saya memilih dua rasa ini kerana ingin mencuba bagaimana kari kambing dimasak ala Itali dan sos tomato dan adakah daging itik bersama onion marmalade, fresh plums enak. Ternyata jawapannya adalah ya! Next time, saya mahu cuba pula pizza nangka disini.


PANDAN ICED TEA 


Iced Lemon Tea sudah terlalu biasa. Jadi kita cuba Teh ais bersama haruman pandan. Sejuk tekak meneguk minuman ini sesejuk mata memandang awak. Cia cia cia!


ICEY NANGKA 


Ini pertama kali saya mendengar buah nangka di jadikan minuman dan lebih mengujakan saya adalah ianya dijadikan ais kisar bersama campuran rasa vanilla. Sedap!



Jika anda berada di kawasan Bangsar, ambil peluang untuk makan di Knowhere Bangsar kerana trust me, anda akan jatuh cinta dengan menu dan dekorasi premis ini. Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal. Senang kata, masih mampu milik dan mesra poket. Hihihihi. Cuma saranan saya, lebih baik anda gunakan perkhidmatan Grab atau teksi untuk ke sini kerana semua sedia maklum Bangsar memang susah hendak dapat tempat parkir. Kalau rajin menapak, boleh sahaja parkir di dalam bangunan Bangsar Village 2. 


LOKASI KNOWHERE BANGSAR

50, JALAN MAAROF, 
59100 BANGSAR BARU, 
KUALA LUMPUR. 

-

WAKTU OPERASI 

ISNIN – SELASA: 4 PETANG – 1 PAGI 

RABU – JUMAAT: 4 PETANG – 2 PAGI 

SABTU: 11 PAGI – 2 PAGI 

AHAD: 11 PAGI – 12 TGH MALAM 

-

TELEFON: 

03-22012358 
010-2202358 (WA) 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KNOWHEREBANGSAR #FOODIE #BAR #EATERY #CIGARS #BANGSAR


1 Comments