Namun, dalam menjadikan sesebuah hasil kerja kreatif ini realiti, banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuh. Iya, anda kagum dengan hasil akhir oleh golongan profesional ini namun hakikatnya, semua ini melalui proses yang cukup rumit dan banyak isu berbangkit yang terpaksa dihadapi. Antara isu yang disering dibangkitkan adalah urusan yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi memastikan setiap arkitek di Malaysia terus relevan dan lebih berdaya saing dalam sektor ini, maka wujudnya archiQ 2019 baru-baru ini.
Persidangan Antarabangsa archiQ 2019 dianjurkan oleh Association of Consulting Architects Malaysia (ACA: M) diadakan bertujuan memberi ruang dalam bentuk perkongsian ilmu dikalangan para arkitek di Malaysia dan seterusnya memperkasa industri seni bina tempatan. Persidangan archiQ ini juga memfokuskan kemahiran perniagaan kepada arkitek di Malaysia agar terus memacu pasaran semasa.
PERSIDANGAN ARCHIQ 2019 |
AR. JASMEET SINGH SIDHU, PRESIDEN ACA: M DAN PENGARAH ARCHIQ 2019 |
AR. ZAIRUL AZIDIN BIN BADRI, PRESIDEN LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA (LAM) |
ANTARA PESERTA YANG HADIR KE ARCHIQ 2019 |
Sepanjang dua hari persidangan archiQ 2019 ini berlangsung di Consist College, seramai 10 speaker dari pelbagai latar belakang diundang untuk berkongsi ilmu berkaitan. Antaranya adalah:
HARI PERTAMA
- Ahmed Subactogin, CEO/MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd
- Topik - Specialist Food Facilities Design
- Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artist
- Topik - Art: The Next Financial Equity
- Feisal Noor, VP, AECOM South-East Asia
- Topik - Challenges of the River of Life
- M. Puravalen, Partner, Valen, Oh & Partners, Solicitors
- Topik - Strict Liability: How it Affects Architects
- Aminah bte Abd Rahman, General Manager, Construction Research Institute Malaysia
- Topik - Timely Construction Permits
HARI KEDUA
- Dato' Nitin Nadkarni, Partner, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors
- Topik - Staying Safe in a Litigious Society
- Christopher Chang, Director of IFS Advisory Services Sdn Bhd
- Topik - Taxation Principles for Architects
- Ir Nirinder Singh Johl, Managing Director, TNBX Sdn Bhd
- Topik - Solar: Is it a Viable Option in Malaysia
- Girish Ramachandran, Executive Director of 27 Advisory Sdn Bhd
- Topik - Investible Masterplans
- Adj Prof Anthony Wong, Board Member, Malaysia Green Building Council
- Topik - Replacing Waste Water Treatment Plants with Structured Wetlands
Sebagai info, persidangan archiQ ditubuhkan bertujuan membantu para arkitek di Malaysia meningkatkan kemahiran dan sentiasa releven dalam industri yang cukup berdaya saing. Persidangan archiQ ini adalah acara tahunan yang dikendalikan oleh Association of Consulting Architects Malaysia (ACA: M) dengan mendapat sokongan daripada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
SIDANG MEDIA |
Fokus utama ACA: M dalam industri seni bina Malaysia adalah menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan perniagaan sektor seni bina dan menyokong firma-firma senibina dalam usaha mereka untuk memberikan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
Jadi, para arkitek diluar sana yang masih tergapai-gapai dalam mencari arah tuju dalam sektor ini, adalah digalakkan untuk menyertai persidangan antarabangsa archiQ kerana anda akan dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran perniagaan dalam industri ini.
Untuk menyertai ACA: M:
Untuk pembaharuan penyertaan, yuran yang dikenakan ialah RM400. Keahlian hanya dibuka kepada pemilik firma arkitek dan setiap firma terhad kepada 2 pengarah sahaja. Bagi acara kecil yang dianjurkan oleh ACA: M, yuran adalah PERCUMA kepada ahli. Kedua-dua pengarah dengan keahlian ACA: M dari firma yang sama boleh menghadirinya. Manakala bagi bukan ahli (arkitek) mereka perlu membayar yuran nominal untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh ACA: M. Bagi acara besar seperti archiQ, setiap peserta perlu membayar dan ahli akan mendapat diskaun untuk yuran. Walaupun dikenakan bayaran, ianya berbaloi buat arkitek menyertai archiQ kerana setiap kehadiran akan layak mendapat mata CPD. Mata ini diperlukan sekiranya anda ingin memperbaharui pendaftaran sebagai Arkitek Bertauliah. Anda boleh menghubungi seketariat ACA: M di talian 018-3284339 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
LAMAN FACEBOOK RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ARCHIQ #ACAM
0 Comments