PENGALAMAN SHOPPING BAJU RAYA DI JAKEL MALL KUALA LUMPUR






Masih tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat kalian. Puasa kan sebulan, jadi raya Syawal pun sebulan lah! Hihihi. Saya pasti lebaran ini pasti memberi seribu satu memori kepada anda. Keluarga dapat berhimpun, makan menu raya yang lazat, tradisi kunjung-mengunjung, duit raya adalah amtara momen best yang pasti dinanti oleh anda semua bukan!

Sebut pasal raya ni, sudah pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melaram dengan baju raya baru bukan? Kalau lihat di media sosial, bersepah foto dengan tandapagar ootdraya. Meriah dengan variasi warna dan fesyen. Syawal adalah masa ideal untuk menyaluti tubuh dengan busana lengkap penuh glam.

Sentuh bab baju raya ni, antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai membeli baju raya adalah Jakel. Siapa yang tidak kenal akan nama Jakel, pusat membeli belah kain, pakaian, dan kelengkapan rumah paling popular di Malaysia. Kalau tiba hari raya, anda akan terkejut melihat crowd yang berkunjung di sini. Luar biasa! Pastinya Jakel menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan harga mampu milik dan pada masa sama menjanjikan mutu dan kualiti pada produk.







Saban tahun, saya memang menjadikan Jakel Mall Kuala Lumpur sebagai lubuk mencari baju raya. Ini kerana Jakel menawarkan banyak pilihan baju Melayu dan menariknya, anda akan mendapat sampan dan butang baju melayu secara PERCUMA dengan setiap pembelian. Ini pastinya membeli nilai kepada wang saya memandangkan saya harus berbelanja secara berhemah ditambahkan pula komitmen agak besar untuk saya yang berstatus bujang. Tambahan pula, lokasi Jakel Mall yang mudah diakses dengan menaiki LRT memudahkan saya. Tidak perlu fikir pasal mencari parkir.










Satu perkara yang saya suka bila berbelanja di Jakel adalah hospitaliti yang diberikan. Anda akan dilayan oleh seorang warga kerja Jakel sehingga anda dapat apa yang anda mahukan. Senang kata, anda akan dibantu sepenuhnya oleh warga kerja Jakel.Mahu pilih jenis baju melayu yang sesuai, sampan apa yang sesuai, tanya saja pada pekerja di Jakel yang pastinya pakar dalam bab kain dan fesyen.







Memandangkan tahun ini, pihak Jakel berkolaborasi bersama beberapa selebriti tanahair antaranya Aaron Aziz, Awal Ashaari, Hairul Azreen, Nabil Ahmad, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk bergaya raya dengan seleksi baju melayu daripada artis pujaan masing-masing. Kebetulan waktu saya tiba di Jakel Mall, Hairul Azreen membuat penampilan khas di sini. Bertambah meriah lah Jakel Mall pada masa itu.






Dalam banyak-banyak koleksi, saya jatuh cinta dengan koleksi Awal Ashaari dan Nabil Ahmad kerana ia menawarkan potongan baju melayu moden tanpa pesak dan jenis fabrik tidak panas. Malah siap ada zip di bahagian tepi lengan dan baju bagi memudahkan pemakaian baju.








Sukar juga membuat pilihan dan akhirnya saya memilih koleksi Awal Ashaari sebagai baju melayu raya saya memandangkan saya jatuh cinta dengan warna fabrik baju melayu itu. Saya padankan dengan sampin songket tona warna hijau sebagai pelengkap gaya. Jangan risau, sampin dan butang baju melayu diberikan PERCUMA! Jika nasib baik, anda boleh mendapatkan harga murah bila pihak Jakel mengadakan sesi Happy Hour.

  

Berbaloi ke beli di Jakel? Sudah pasti! Apa lagi yang anda mahukan? Harga mampu milik, kualiti terjamin, barangan percuma, layanan kelas pertama semuanya ada di Jakel. Masih sempat nak membeli-belah di Jakel kerana Syawal kan sebulan! Hihihi.



LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JAKELBARULAHRAYA #OOTDRAYA #JEJAKABERHIAS

0 Comments