MOMEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2019 #MYBESTRAYAMOMENT

SODA MEN, VOIR GALLERY, VOIR MALAYSIA,





Selamat Hari Raya! Walaupun Syawal sudah menjengah minggu-minggu akhir, kemeriahan sambutan raya masih jelas terasa. Ramai yang masih mengambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka untuk meraikan hari mulia ini terutamanya pada hujung minggu. Kadang kala sampai terpaksa tolak jemputan kerana terlalu banyak jemputan yang diterima dan tak termampu badan untuk pergi. Apa-apa pun, amalan menjemput orang bertandang ke rumah dan menjamu tetamu ini amalan mulia. Murah rezeki orang kata!

Setiap kali Syawal, pasti anda punya kenangan menarik yang barangkali tidak dapat dilupakan. Bak kata orang, best moment! Ya, walaupun hakikatnya Syawal sentiasa disambut setiap tahun, melakukan rutin seperti menghias rumah, masak menu raya, pergi solat Aidilfitri, pergi bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tertangga namun percayalah setiap Syawal itu punya tetap punyai keistimewaan tersendiri.

Kemeriahan Syawal biasanya sudah boleh dirasa pada 2 minggu terakhir Ramadan dimana orang ramai sudah mula sibuk membuat persiapan menyambut raya. Pusat membeli belah dan gedung pakaian memang penuh selautan manusia. Rimas memanglah rimas bila anda terpaksa berasak-asak untuk membeli barang tapi bulan istimewa ini vibes dan suasananya memang lain macam. Saya suka melihat gelagat orang ramai waktu membeli belah untuk raya. Apa yang pasti, setiap dari kita mahukan yang terbaik dan punyai cara berbeza menyambut lebaran.

SODA MEN, VOIR GALLERY, VOIR MALAYSIA,
BAJU DAN SELUAR JEANS OLEH SODA MEN





Seperti saya sendiri, walaupun hakikatnya sambutan raya saya tidaklah semeriah orang lain memandangkan saya sering balik kampung setiap bulan, tapi setiap kali Syawal saya tetap rasa nikmat yang berbeza. Pada tahun ini contohnya, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres kerana selain malas memandu, feel menaiki bas ini cukup menarik. Sepanjang perjalanan terutamanya apabila melalui kawasan kampung, anda boleh lihat cahaya pelita punjut, anak-anak kecil bermain bunga api. Terbuai kenangan masa silam waktu zaman kanak-kanak. Best kan? 

SODA MEN, VOIR GALLERY, VOIR MALAYSIA,
BAJU LENGAN PANJANG DAN SELUAR KHAKI OLEH SODA MEN





Seperkara lagi momen yang saya nantikan bila tiba Syawal adalah tradisi kunjung mengunjung. Inilah masa terbaik untuk menghimpunkan adik-beradik dan sanak-saudara dalam satu masa. Bukan mudah nak berkumpul sama memandangkan ada yang duduk jauh dan punya kekangan masa untuk bertemu. Jadi waktu ini lah saya dapat berbual, berkongsi kisah dan bermaaf-maafan sesama kita. Kalau kanak-kanak yang paling seronok sebab dapat duit raya! I wish I could be kid forever! Hahahaha. 

Oh ya, satu perkara yang saya suka bila hari raya adalah melihat orang ramai segak bergaya dengan persalinan baju raya baru. Kalau klik tanda pagar #ootdraya di media sosial, banjir dengan foto-foto yang wow! Inilah masa untuk melihat orang ramai menjadi model sementara. Hihihi. Saya juga tidak terkecuali. Pastinya saya juga tidak mahu kalah dalam bergaya. Hahahaha. Tahun ini Alhamdulillah, rezeki murah untuk saya beli beberapa persalinan baju Melayu dan kurta. 

KLIK SINI UNTUK BAJU MELAYU RAYA 2019 SAYA:
https://www.thisisreef.com/2019/06/my-ootdraya-for-eid-al-fitr-2019.html

Selain itu, pakaian kasual tidak dilupa dimana tahun ini saya memilih butik Voir Gallery sebagai persalinan baju kasual raya. Kenapa Voir Gallery? Ramai juga yang tanya saya. Sebenarnya Voir Gallery ini sudah lama bertapak dalam industri. Tak silap saya since saya kecil lagi. Mereka menjaga beberapa jenama dalam satu butik antaranya Soda Men untuk pakaian lelaki. Saya sukakan kualiti dan design pakaian disini. Simple and casual look. Material yang digunakan juga tidak panas sesuai dengan aktiviti sewaktu raya. Paling penting, harga yang ditawarkan cukup mesra poket. Berbaloi lah senang kata. Jangan lupa Instagram Voir Malaysia dan Soda Malaysia tau!

SODA MEN, VOIR GALLERY, VOIR MALAYSIA,
BAJU EDISI SURREAL BY SODA DAN SELUAR BELANG OLEH SODA MEN

SODA MEN, VOIR GALLERY, VOIR MALAYSIA,
KEMEJA OLEH SODA MEN





Itulah serba sedikit momen menarik yang berlaku pada saya di Syawal 2019 ini. Apa-apapun, dalam kita bergembira menyambut Syawal, jangan kita lupa kepada mereka yang serba kekurangan ya! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #VGSIMFONIRAYA #VOIRGALLERY #MYBESTRAYAMOMENT

3 Comments