APA YANG MENARIK TENTANG THE 3RD PLACE CAFÉ KOTA DAMANSARA






Sebuah lagi tempat makan best yang saya temui di Lembah Klang, lebih spesifik ianya berada di Kota Damansara iaitu The 3rd Place Café. Iya, barangkali ada suara-suara yang akan kata yang kebanyakkan kafe lebih kurang sama sahaja konsep nya. Pada saya, konsep asas sebuah kafe adalah sama iaitu menyediakan servis penyediaan makanan namun apa yang membezakan kafe-kafe ini adakah menunya sedap, ruang kafe nya selesa untuk makan sambil lepak santai adalah harga yang ditawarkan berpatutan. Seperti The 3rd Place Café ini? Apa istimewanya? Kenapa nama ini dipilih?

The 3rd Place Café Kota Damasara ini terletak di bangunan Signature Kitchen Jalan Teknologi. Pada awalnya saya ragu-ragu untuk masuk memandangkan rupa bangunan ini seperti sebuah kilang tapi sebenarnya anda boleh sahaja masuk ke dalam kawasan bangunan ini. Kafe ini terletak dihujung bangunan. Jangan risau jika anda takut sesat kerana anda akan nampak tulisan dan logo The 3rd Place Café di dinding.









Bagaimana idea nama The 3rd Place Café ini timbul? Tempat pertama sudah pasti rumah anda bukan? Tempat kedua biasanya tempat kerja anda dan tempat ketiga pula lebih merujuk kepada tempat anda biasa kunjungi atau lepak bersama yang tersayang. Secara asasnya, The 3rd Place Café ini cuba mencipta satu ruang yang disukai oleh pelanggan seperti anda menyukai kediaman anda. Feels like home!

Saya sukakan konsep ruang kafe ini. Ia dibahagian kepada dua bahagian iaitu indoor dan outdoor yang masih berbumbung. Dekorasi kedai juga cukup simple. Pada saya, tidak perlu deko sarat yang merimaskan mata. Paling penting, ruang kedai selesa dan masih mempunyai elemen Insta-Worthy!








Menu yang ditawarkan di The 3rd Place Café ini cukup menarik. Ada variasi pilihan menu dan terbahagi kepada citarasa barat dan Asia. Antara yang sempat saya cuba adalah The Big English Breakfast, Rosti Potato pancake, Seafood Aglio Olio, Pasta Alla Carbonara, Salted Egg Yolk Soft Shell Crab Pasta, French Confit Chicken, Pan Seared Norwegian Salmon with Mango Salsa, Pan Seared Seabass with Sweet Potato Puree, Signature Nasi Lemak With Rendang Chicken, Char Kuey Teow, Hokkaido Scallop Seafood Fried Rice, Hawaiian Chicken Burger, Signature Club Deckers, Asian Pomelo Salad, Sweet Corn Salad, Mushroom cappuccino, Banana Fritters with Vanilla Ice Cream and Crème Brulee. 


Bagi anda yang mempunyai persoalan akan status halal menu disini, jangan khuatir kerana saya sudah dimaklum bahawa pihak kafe membeli bahan masakan daripada sumber halal kerana mereka menitikberatkan akan kualiti dan kesegaran bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan menu.




THE BIG ENGLISH BREAKFAST 


Menu sarapan pagi yang sempurna! Dua biji telur berprotein tinggi dimasak mengikut pilihan (Sunny/Scrambled), kacang panggang, hash brown, sautéed mushrooms, turkey ham, chicken breakfast sausage with tomato & garden salad.




ROSTI POTATO PANCAKE




Satu lagi pilihan menu sarapan pagi yang wajib dicuba! Kentang Swiss bersama telur ayam Omega, sautéed mushroom, sosej dan dihidangkan bersama sour cream & garlic and garden salad.




SCRAMBLED EGG CROISSANT



Nikmati Croissant Perancis dengan telur omega yang dimasak hancur dan penuh berkrim bersama kepingan turkey ham yang dipanggang dan garden salad sebagai pelengkap gizi.





SEAFOOD AGLIO OLIO



Gabungan menu pasta klasik gaya Itali bersama sautéed udang segar, sotong dan mussels dimasak dengan bawang putih dan cili dan minyak zaitun. Kualiti rasa seperti makan di restoran mewah!




PASTA ALLA CARBONARA



Spaghetti carbonara  yang dimasak bersama kuning yolk cream dan direncahkan dengan kepingan kecil daging hiris (pilihan beef bacon atau turkey ham), cendawan. Lazat!




SALTED EGG YOLK SOFT SHELL CRAB PASTA 


Pasta dengan olahan citarasa tempatan dimasak dengan sos telur asin, cili padi dan dihidang bersama soft shell crab digoreng rangup. Must try!




FRENCH CONFIT CHICKEN 


Menu ini agak popular masakini di kafe dan restoran namun di sini, ianya cukup juicy and tender serta dihidang bersama roasted baby potatoes, grilled broccoli and caramelized onion jam.




PAN SEARED NORWEGIAN SALMON WITH MANGO SALSA 



Ikan Salmon Norwegian yang dipanggang sempurna dan isi yang lemak dan segar serta dihidang bersama tangy mango salsa dan roasted baby potatoes.




PAN SEARED SEABASS WITH SWEET POTATO PUREE 



Ikan siakap segar dari laut dihidang bersama asparagus panggang, puri keledek dan sos lemon.




SIGNATURE NASI LEMAK WITH RENDANG CHICKEN 


Pertama, saya sukakan persembahan menu ini dipinggan. Kreatif! Nasi yang dimasak bersama santan kepala, serai, daun pandan dan halia cukup rasa lemak. Ia dihidang bersama ikan bilis rangup, kacang goreng, acar nyonya, hirisan timun, hanjuku tamago, keropok ikan dan pelengkap adalah sambal manis pedas bersama Rendang Ayam. Perfect menu!




CHAR KUEY TEOW 


Menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ini dimasak sempurna bersama gabungan kuey teow, telur, udang, kek ikan, isi ayam, taugeh segar dan sayur kucai.




HOKKAIDO SCALLOP SEAFOOD FRIED RICE 


Satu lagi menu wajib iaitu nasi goreng yang dimasak bersama Kekapis Hokkaido yang juicy, udang, sayur edamamee, telur dan bawang putih.




HAWAIIAN CHICKEN 


Isi thigh ayam yang dipotong nipis lalu dipanggang atas dapur arang dan diapit dengan toasted ciabatta bread dan hidangan ini lengkap dengan kepingan nenas segar, keju cheddar, tomato, kepingan keju cheddar, fresh lettuce, mayonis dan garden salad.




SIGNATURE CLUB DECKERS 



Sandwich yang diperbuat daripada kepingan turjey ham dan beef bacon bersama telur mata kerbau, tomato, salad segar. Hidangan dilengkapi garden salad dan french fries istimewa. 




GRILLED BEEF BURGER 


Homemade beef patty yang dipanggang sempurna, salad, tomato, kepingan keju cheddar, diapit dengan ban lembut dan dihidang bersama kentang goreng istimewa dan salad.




ASIAN POMELO SALAD




Menu menarik untuk dicuba iaitu salad yang diperbuat dengan ramuab buah limau barli, daun pudina, daun ketumbar, timun, cili merah, bawang merah, kacang panggang dengan dressing sentuhan rasa Thai.




SWEET CORN SALAD




Garden salad with sweet corn, cashew nuts, cucumber, cherry tomatoes and salted egg with Thai dressing.




MUSHROOM CAPPUCCINO 


Rich mushroom soup, served with garlic bread and touch of truffle oil.




SEAFOOD CHOWDER SOUP



Seafood chowder berkrim dimasak menggunakan sup seafood, udang, mussel hitam dan garlic bread.





BANANA FRITTERS WITH VANILLA ICE CREAM 


Pisang yang disalut dengan coklat gelap German Kondima dan dibungkus dengan kulit popiah lalu digoreng sehingga kuning keemasan memberi tekstur rangup diluar dan lembut di dalam. Lengkapi rasa dengan menikmati menu ini bersama satu skoop aiskrim Vanilla.




CRÈME BRULEE


Pilihan menu pencuci mulut adalah menu asli Perancis yang berasaskan kastad dan dilapis dengan gula yang dikaramelisasi di bahagian atas.




CAFFE LATTE





LEMONADE 




Secara peribadi, saya suka akan kualiti rasa menu yang ditawarkan di The 3rd Place Café Kota Damansara ini. Walaupun pada awalnya saya beranggapan bahawa kafe ini sama seperti dengan kafe lain diluar sana, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Setiap menu yang saya rasa cukup rasa dan diolah dengan sempurna. Kredit kepada chef yang mengemudi dapur kafe ini. Pastinya pengalaman 6 tahun dalam bidang masakan dimanfaat sepenuhnya oleh kedua-dua chef ini.

Kafe ini tidak memerlukan dekorasi yang sarat untuk mencipta suasana dimana pilihan konsep moden minimalis mampu memberi best ambiance. Sesuai untuk anda yang mencari tempat lepak santai sambil menikmati secangkir kopi atau teh premium.

My personal favourite menu adalah Salted Egg Yolk Soft Shell Crab Pasta, Pan Seared Norwegian Salmon with Mango Salsa, Pan Seared Seabass with Sweet Potato Puree, Char Kuey Teow, Hawaiian Chicken Burger, Signature Club Deckers, Asian Pomelo Salad, Banana Fritters with Vanilla Ice Cream.

Satu info menarik untuk dikongsi tentang The 3rd Place Café Kota Damansara ini. Barista yang menyediakan minuman disini adalah pemenang tempat ke-3 di salah satu pertandingan Latte Art dan bijih kopi yang digunakan adalah dari Brazil kerana ianya lebih kepada nutty flavour.








Jika anda yang berada di sekitar Damansara, bolehlah masukkan The 3rd Place Café ini dalam senarai carian foodie place anda. Dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 8 pagi sehingga 5 petang manakala waktu operasi pada hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Kafe ini juga menyediakan perkhidmatan katering serta ruang kafe juga boleh digunakan untuk sebarang majlis.


LOKASI THE 3RD PLACE CAFÉ KOTA DAMANSARA 
LOT 24, JALAN TEKNOLOGI TAMAN SAINS SELANGOR 1, 
PJU 5 KOTA DAMANSARA, 
47810 PETALING JAYA, 
SELANGOR. 


TELEFON: 03-6286 7033 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THE3RDPLACE #FOODIE

2 Comments