THE TOP PENANG TAWAR SAJIAN BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADAN 2019






Apa habaq orang Penang? Kali ini saya alihkan kompaskan bufet Ramadan 2019 nun ke negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang. Tidak dinafikan bahawa Pulau Pinang terkenal dengan variasi tempat makan menarik yang menjadi antara daya tarikan utama. Makanan sedap dan macam-macam pilihan ada! Itulah kekuatan Pulau Pinang Pulau Mutiara. 

Warga Pulau Pinang masih mencari-cari lokasi berbuka puasa pada tahun 2019? Tak payah pening kepala! The Top Penang ada tawaran istimewa buat anda sempena Ramadan 2019. Raikan momen berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai di mercu ikonik Pulau Pinang, The Top Penang menerusi Umi Restaurant di aras 5. Set Ramadan bertemakan Selera Umi ini cuba membawakan anda keenakkan sebenar persis masakan ibunda tercinta.







Orang kata air tangan ibu adalah masakan terbaik didunia bukan? Setiap hari sepanjang bulan Ramadan 2019, Umi Restaurant The Top Penang akan menghidangkan variasai juadah berbuka puasa seperti Gulai Lemak Asam Pedas, Rendang Daging, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam. Selain itu tidak sah kalau anda tidak mencuba menu Kari Ayam Kapitan di Pulau Pinang bukan? Ianya ada di disini! Menariknya, setiap hidangan disajikan menggunakan mangkuk tingkat untuk memberi nostalgia buat pengunjung. 

Satu lagi menu yang wajib cuba di Umi Restaurant The Top Penang adalah Assam Pedas Ikan yang menjadi antara signature dish disini. Tidak lengkap santapan anda tanpa hidangan pencuci mulut bukan? Nikmati seleksi kuih muih Melayu, Ais Kacang, Sirap selasih, Teh Tarik dan banyak lagi. Persembahan kebudayaan turut disediakan.






Sementara itu, di aras 59 bangunan The Top Penang anda berpeluang berbuka puasa di Top View Restaurant sambil melihat panorama indah Pulau Pinang. Restoran ini akan menawarkan bufet Ramadan hasil air tangan Chef Shaikh Fauzi dimana antara menu nya adalah seperti Kepah Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Assam, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Ikan Masak Masam Manis, Sayur Terung Goreng Berlada, Nasi Briyani, Nasi Kerabu.






Ada lagi! Anda wajib juga mencuba menu-menu lain seperti Pasembor, Aneka Kerabu, Kambing Golek, Ayam Percik, Ayam Tandoori, Mee Udang, Assam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar, Bubur Lambuk dan banyak lagi. Pencuci mulut juga disediakan antaranya Bubur Pulut Hitam dan Pengat Ubi Keledek.

Bagi set Ramadan Selera Umi di Umi Restaurant, harga yang ditawarkan adalah RM68++ bagi dewasa dan RM58++ bagi kanak-kanak/warga emas. Manakala Top View Restaurant pula menawarkan bufet Ramadan pada harga RM98++ bagi dewasa dan RM68++ bagi kanak-kanak/warga emas. Anda boleh mendapatkan baucar tempahan awal di Top View Restaurant dengan potongan harga sebanyak 20% sebelum 5 Jun 2019.






Anda boleh menghubungi UMI RESTAURANT di talian +604-2623800 / +6017-5296674 sementara TOP VIEW RESTAURANT di talian +6017-3368286 atau emel di sales@thetop.com.my . Layari laman sesawang dan media sosial rasmi THE TOP PENANG untuk sebarang maklumat lanjut.


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THETOPPENANG #RAMADAN2019 #BUFETRAMADAN2019


0 Comments