THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAWAR CITARASA MALAYSIA SEMPENA BUFET RAMADAN 2019






Saban tahun, bufet Ramadan seperti satu pilihan buat warga kota untuk berbuka puasa. Tambahan pula bila Ramadan sudah menghampiri ke hujung bulan, jadi para ibu khususnya sudah mula menggantung periuk dan kuali untuk memberi tumpuan kepada persiapan Syawal. Namun, bufet Ramadan mana yang berbaloi untuk berbuka puasa? Barangkali, anda boleh mengintai sebuah hotel yang dinobat antara yang tertua di Kuala Lumpur iaitu The Federal Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini di Jalan Bukit Bintang cukup mudah untuk diakses samada menggunakan pengangkutan awam seperti MRT atau Monorel atau kenderaan sendiri.








Tahun ini, The Federal Kuala Lumpur menerusi Kontiki Restaurant membawakan bufet Ramadan bertemakan Citarasa Malaysia. Sudah pasti menu yang cuba ditampilkan kepada pengunjung adalah variasi juadah masakan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tahun ini menyaksikan lebih 100 juadah berbuka puasa yang akan bertukar-tukar setiap hari ditawarkan kepada pengunjung daripada pembuka selera hingga pencuci mulut Menariknya, bufet Ramadan The Federal KL tahun ini menawarkan beberapa lauk pauk kegemaran peribadi bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Antara menu kegemaran Tunku yang wajib anda cuba adalah Ikan Goreng Serai, Daging Kicap dan Kacang Pis, Sambal Udang Petai.









Selain itu, antara menu lain yang mencuri perhatian adalah Ayam Masak Tempayan, Kambing Golek, Sup Gearbox, Nasi Bukhari, Nasi Kerabu, Choy Tau Kuih Goreng, Itik Panggang, Paru Sambal Kacang, Dalca Kambing, Kupang Masak Asam Pedas dan banyak lagi. Mereka turut menyediakan sudut goreng-gorengan seperti aneka udang, sotong, Keropok Lekor, keledek dan keladi goreng.






















Selain itu, anda boleh merasai keenakan aneka Kerabu, kuih muih Melayu, aneka bubur termasuk Bubur Lambuk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.













Sempena bulan mulia ini, pihak The Federal Kuala Lumpur tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan dengan meraikan anak-anak daripada Pusat Jagaan Kasih Murni baru-baru ini. Selain berbuka puasa bersama-sama, pihak hotel turut menyampaikan duit raya dan cenderamata buat insan-insan istimewa ini.




Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu RM148 net bagi dewasa, RM48 net bagi kanak-kanak dan RM74 net bagi warga emas. Berita baik buat ahli Gracious Rewards, FHI Privilege Club dan pemegang kad MAS ENRICH dimana anda boleh mendapatkan harga isitimewa iaitu RM85 net/dewasa. Bufet Ramadan Citarasa Malaysia The Federal Kuala Lumpur bermula daripada jam 7 malam sehingga 9.30 malam sepanjang Ramadan.

Jadi, jika anda masih lagi mencari-cari bufet Ramadan untuk berbuka puasa pada tahun ini, barangkali anda boleh masukkan The Federal Kuala Lumpur dalam senarai anda. Hubungi talian 03-21489166 untuk tempahan dan pertanyaan atau anda boleh terus layari laman sesawang, media sosial rasmi Kontiki Restaurant dan The Federal Kuala Lumpur untuk info segera. Selamat berbuka puasa!


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEFEDERALKL #RAMADANBUFFET2019

0 Comments