HARD ROCK CAFÉ MELAKA LANCAR MENU BURGER BARU SENTUHAN LOKAL INSPIRASI DUNIA, UNTUK TEMPOH TERHAD!






Jenama ini tidak memerlukan sebarang pengenalan. Boleh saya katakan disetiap pelusuk dunia jenama ini mempunyai cawangan nya samada dalam bentuk kafe atau rangkaian hotel. Malah, ada dikalangan traveller menjadikan jenama Hard Rock sebagai himpunan koleksi kembara peribadi. Di Malaysia sahaja, sudah terdapat beberapa cawangan Hard Rock Café antaranya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Melaka. Saya berkesempatan berkunjung ke Hard Rock Cafe Melaka baru-baru ini.











Kunjungan saya ke sini adalah untuk menyaksikan pelancaran beberapa menu burger dan minuman baru dimana menu ini adalah hasil daripada pertandingan Hard Rock’s BurgerRocker yang dijalankan setiap tahun. Pada tahun 2019, pihak Hard Rock Café telah memilih 3 burger dan 3 sliders (burger mini) sebagai menu untuk tempoh masa terhad.

Antara menu baru ini adalah DOUBLE-DECKER DOUBLE CHEESEBURGER, TEX- MEX CHEESEBURGER, BBQ BACON CHEESEBURGER, ALL-AMERICAN SLIDERS, MANGO FRUIT SLIDERS DAN BUFFALO-STYLE SLIDERS.


DOUBLE-DECKER DOUBLE CHEESEBURGER


Burger ini dicipta dengan mengambil inspirasi daripada burger dari London, Down Home Double Decker Burger yang pertama kali dicipta pada tahun 1971. Burger ini terdiri daripada 1 Pound daging burger lembut bersama keju Cheddar, mayonis, salad, tomato, bawang merah dan diapit dengan ban bakar. Menu ini dihidang bersama sos dan kentang goreng.


TEX-MEX CHEESEBURGER


Burger ini berasal dari Chicago dan dinobatkan sebagai BurgerRocker sepanjang tahun di sana. Ianya dihasilkan dengan gandingan keju Jack cair dituang di antara dua tortilla rangup, dan dilengkapi dengan guacamole, pico de gallo, salad, tomato, bawang dan ban bakar. Juga dihidangkan bersama kentang goreng dan sos.


BBQ BACON CHEESEBURGER


Burger ini dihasilkan menggunakan sos BBQ istimewa, keju Cheddar cair, kepingan daging ayam Belanda rangup, hirisan halus bawang yang digoreng menjadi seperti bebenang, salad, tomato bersama ban bakar dan kentang goreng.


MANGO FRUIT SLIDERS


Hidangan ini didatangkan dengan 3 ketul burger mini dengan keju Cheddar penuh krim, chimichurri aioli, jem buah mangga manis dan kepingan daging ayam Belanda, avokado rangup dan diapit oleh ban bakar. Menu ini juara pertandingan BurgerRocker dari Costa Rica.


ALL-AMERICAN SLIDERS

 
Hidangan ini pula terdiri daripada 3 ketul burger mini yang dihasilkan oleh keju Cheddar cair, bawang cincin rangup dan dilengkapkan dengan coleslaw krim dan ban bakar.


BUFFALO-STYLE SLIDERS


Hidangan ini diperbuat daripada bawang cincin rangup, sos Buffalo klasik, bersama pilihan cooling ranch atau blue cheese dressing.


Selain menu burger, anda boleh mencuba beberapa menu minuman terbaru seperti Cookies and Cream Milkshake dan Pineapple Lemonade. Anda boleh mendapatkan kesemua menu ini bermula daripada 1 Mei 2019 di seluruh rangkaian Hard Rock Café seluruh negara.

Saya cukup kagum dengan idea Hard Rock Café yang cuba membawakan menu terbaik dari serata dunia untuk dicuba di tempat anda. Kiranya adan tidak perlu terbang jauh semata-mata untuk merasai sendiri menu terbaik ini. Jadi ambil peluang ini untuk merasai keenakan dan kelazatan menu terbaru daripada Hard Rock Café sementara ianya masih ada kerana menu ini adalah UNTUK TEMPOH TERHAD! Layari laman sesawang www.hardrock.com untuk mendapatkan informasi lanjut. Anda boleh terjah dan ikuti laman media sosial rasmi Hard Rock Café Melaka untuk maklumat segera.



LOKASI HARD ROCK CAFÉ MELAKA
28, LORONG HANG JEBAT,
75200 MELAKA. 

-

TELEFON: +606-2925188 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HARDROCKCAFEMELAKA

1 Comments

  1. bestnya. plan ke melaka jun nih. tapi tak sure sempat ke tak nk ke sini. burger depa mengancam btoi

    ReplyDelete