ASAM PEDAS EKOR, SUP GEAR BOX UTARA, AIS KACANG DURIAN ANTARA JUADAH BUFET RAMADAN 2019 THE BOULEVARD - A ST GILES HOTEL KUALA LUMPUR






Salam Ramadan 2019! Sebuah lagi lokasi bufet Ramadan 2019 yang suka saya kongsikan bersama anda. Hotel yang saya maksudkan adalah The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur yang terletak di pusat membeli belah terkemuka, Mid Valley Megamall. Lokasi hotel bertaraf 4 bintang ini yang cukup strategik menjadikan ia antara hotel pilihan percutian di Lembah Klang.

Sempena bulan Ramadan 2019, pihak The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur juga menawarkan bufet Ramadan yang bertemakan Bazaria Buffet Dinner – Experience Alfresco Dining by the Poolside. Bunyi nya agak menarik bukan? Berbuka puasa di tepi kolam renang adalah sesuatu yang lain dari kebiasaan. Seleksi juadah yang ditawarkan juga bukan biasa-biasa!








Pihak The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur menerusi restoran Wild Rice di aras 9 menawarkan seleksi juadah citarasa Malaysia yang cukup authentic! Antara menu yang mencuri tumpuan saya adalah Sup Gearbox Utara dengan 20 pilihan lauk untuk dinikmati antaranya Daging, Paru, Urat Daging, Lidah Lembu, Mee Hoon dan banyak lagi. Sebelum itu, buka selera anda dengan aneka ulam-ulaman dan Kerabu yang terdapat disini.










Selain itu, menu menarik disini yang wajib cuba adalah Asam Pedas Ekor. Menu ini cukup asing pada saya kerana ini adalah pertama kali saya mendengar Asam Pedas dimasak dengan menggunakan ekor. Ternyata percaturan warga dapur yang diketuai oleh chef Sheng menjadi kerana rasanya cukup enak! Selain itu, menu yang wajib anda rasai disini adalah Nasi Briyani bersama Ayam Rendang Pucuk Ubi, Sambal Udang Petai dan Terung Berlada. Bagi pilihan menu panggang, anda boleh mencuba menu Ayam Percik, Kambing Bakar Berempah, Ikan Bakar, dan juga Ayam Kepak Madu.





 









Pencuci mulut? Pasti ada di bufet Ramadan The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur! Kuih Muih Melayu, Aneka Tapai, Serawa Durian dan yang pasti menjadi rebutan ramai adalah Aiskacang Durian!











Secara peribadi, ini pertama kali saya mencuba sajian di The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur dan ternyata kualiti rasa yang ditawarkan melangkaui jangkaan saya. Saya suka sentuhan rasa Sup Gear box persis masakan orang Utara sebenar dan pastinya Asam Pedas Ekor yang menjadi signatur bufet disini. Belum pernah lagi saya ketemu menu Asam Pedas Ekor di mana-mana bufet Ramadan sebelum ini.

Pastikan Bazaria Buffet Dinner yang dibawakan oleh The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur berada dalam senarai bufet pilihan anda sepanjang Ramadan 2019. Bufet ini bermula daripada 12 Mei 2019 hingga 30 Mei 2019 dari jam 7 malam sehingga 10 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM 98.00++ bagi dewasa dan RM 48.00++ bagi kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun. Hubungi pihak restoran Wild Rice di talian 03-22958124 atau 010-2208124 atau emel di fnbblv@stgiles-hotels.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Layari laman sesawang dan media sosial rasmi The Boulevard – A St Giles Hotel Kuala Lumpur untuk informasi lanjut. 


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BUFETRAMADAN2019 #THEBOULEVARDSTGILES #BAZARIABUFFET


0 Comments