APA YANG MENARIK DENGAN KEMEJA PAK MAUN DAN KURTA BATIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF






Kalau anda sedari, fesyen kaum lelaki masa kini sudah semakin kedepan! Boleh saya katakan saban waktu sering ada sahaja trend terkini yang memasuki pasaran fesyen tempatan. Ini membuktikan bahawa kesedaran golongan lelaki tentang fesyen semakin meningkat. Kesedaran ini dapat dilihat dari segi pemilihan stail pakaian, penampilan diri dan permintaan kepada pakaian lelaki di pasaran. Antara stail pakaian yang mendapat tempat di kalangan kaum adam masakini adalah baju kurta, kemeja batik dan bercorak.

Saya sendiri tidak terkecuali menjadi antara mereka yang menggilai fesyen dan sering menjadikan #ootd sebagai paparan perkongsian dalam media sosial peribadi. Malah saya menjadikan stail kasual sebagai panduan dalam penggayaan diri. Memandangkan trend pakaian bercorak batik dan kurta menjadi kegilaan jejaka masakini, saya sering menyarungkan jenis pakaian ini jika berada di luar. Ini kerana kedua-dua jenis pakaian ini boleh dipakai di acara rasmi mahupun digayakan secara santai. Jadi saya boleh berjimat dalam masa sama dengan hanya memerlukan sedikit ilmu dalam mix and match!

Antara jenama kurta dan baju kemeja batik kegemaran saya adalah jenama Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf. Pemilik jenama ini pastinya tidak memerlukan sebarang pengenalan. Imam Muda Asyraf yang mula dikenali menerusi program realiti berbentuk Islamik kini menjadi antara nama yang cukup disegani dalam lapangan agama. Menerusi jenama Aisy Asyraf, Imam Muda Asyraf menampilkan koleksi kurta, jubah dan pakaian lelaki yang lebih moden, kontemporari namun masih patuh syariah.







Memandangkan Syawal bakal menjelma, jadi saya setia memilih jenama Aisy Asyraf sebagai koleksi gaya raya saya pada tahun 2019. Kunjungan saya ke butik Aisy Asyraf cawangan Seksyen 7 Shah Alam baru-baru benar-benar menduga iman. Masakan tidak! Butik Aisy Asyraf bukan sahaja mempunyai banyak pilihan pakaian, malah mereka turut menawarkan potongan harga untuk beberapa koleksi. Antara koleksi yang mencuri tumpuan saya adalah Kemeja Pak Maun dan Kurta Batik.

KEMEJA PAK MAUN











Pasti ramai ternyata-nyata, kenapa Pak Maun? Jika dahulu, kemeja bercorak lengan pendek pernah mendominasi dunia fesyen di era 80-an, kini stail ini kembali dalam arena fesyen semasa. Nama Pak Maun diangkat sebagai simbol fesyen lama kembali menawan penggemar fesyen. 





Saya diberitahu bahawa Kemeja Pak Maun mempunyai lebih 30 jenis corak dengan pilihan dari saiz XS hingga XXXL. Secara peribadi, saya suka koleksi Pak Maun kerana kualiti fabrik yang tidak panas, potongan gaya yang masih mengikut badan walaupun tidak ketat dan pilihan corak yang banyak. Kemeja Pak Maun ini boleh digayakan untuk acara rasmi mahupun secara kasual.


KURTA BATIK







Apa yang menarik tentang Kurta Batik jenam Aisy Asyraf ini adalah ia kurta berlengan panjang dan anda boleh menukar butang baju mengikut kehendak anda seperti butang baju Melayu. Kemasan jahitan dan perincian pada lengan dan poket hadapan menjadikan kurta batik ini wajib berada dalam almari anda! Seperti kemeja Pak Maun, Kemeja Batik Aisy Asyraf bisa digayakan untuk acara rasmi mahupun santai. Saya sendiri sering menjadikan baju batik sebagai persalinan diri untuk pelbagai acara. Kualiti kain batik yang digunakan juga mengagumkan saya kerana ia jenis yang tidak panas, tidak mudah kedut dan senang diseterika. Saiz yang ditawarkan untuk Kurta Batik adalah dari saiz XS hingga XXXL. Jadi kini, semua saiz badan boleh bergaya sakan dengan Kurta Batik oleh Aisy Asyraf.









Selain itu, butik Aisy Asyraf turut menjual beberapa koleksi pakaian lain seperti jubah, kurta biasa serta beberapa pilihan sandal, butang baju Melayu, pewangi dan clutch. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan biasanya butik Aisy Asyraf sering mengadakan jualan murah seperti promosi kombo pada bulan April yang lalu.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, pastinya pihak Aisy Asyraf akan memberikan penawaran harga istimewa buat pelanggan. Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi pakaian Aisy Asyraf sempena lebaran nanti. Selain cawangan Shah Alam, butik Aisy Asyraf turut mempunyai cawangan di Bangi dan Johor Bahru dan boleh dibeli secara atas talian juga! 



LOKASI BUTIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF (SHAH ALAM) 

NO. 18 A, TINGKAT 1, 
JALAN PLUMBUM Q7/Q SEKSYEN 7, 
4000 SHAH ALAM.


WAKTU OPERASI 
11 PAGI HINGGA 8 MALAM


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AISYASYRAF2019 #AISYASYRAF


1 Comments