ANDA WANITA HEBAT? SERTAI MISS VIRTUAL MALAYSIA PENCARIAN RATU CANTIK VERSI DIGITAL SEKARANG!






Bukan mudah untuk diiktiraf sebagai ratu. Malah bukan mudah untuk menggalas gelaran yang diimpikan oleh setiap wanita ini. Jika anda wanita yang memiliki personaliti menarik, penuh integriti, punya motivasi dan keyakinan tinggi, dan mampu memberi inspirasi kepada wanita, anda adalah calon ratu yang dicari!

Sebuah program pencarian ratu cantik terbaru, Miss Virtual Malaysia baru sahaja dilancarkan baru-baru ini bertempat di hotel pilihan Four Seasons Kuala Lumpur. Menariknya, pertandingan ini akan menggunakan saluran digital sebagai medium utama proses permohonan. Cara ini memberi peluang kepada wanita yang berada jauh di pedalaman contohnya untuk turut serta dalam Miss Virtual Malaysia.

ANTARA TETAMU YANG HADIR DI PELANCARAN MVM 2019

ANUAR ZAIN MEMBUAT PERSEMBAHAN





Miss Virtual Malaysia (MVM) diwujudkan dengan hasrat membuktikan kekuatan dan kepelbagaian negara ASEAN menerusi bakat dan kebolehan individu dalam pelbagai aspek. Penubuhan MVM ini memberi ruang dalam menghubung jalin bakat dan potensi wanita di luar sana.

Kata Chairman Dez selaku jurucakap bagi pihak Regal Global Nine Sdn Bhd dan Miss Virtual Malaysia, pencarian ratu cantik ini diwujudkan berteraskan 3 prinsip utama iaitu Gaya (Vogue), Rupa (Beauty) dan Pengetahuan (Knowledge) yang akan bertindak sebagai medium mempromosikan budaya, kesungguhan dan keyakinan.

ENCIK CHAIRMAN DEZ (TENGAH) SEDANG DITEMUBUAL





Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan! Hadiah utama berupa wang tunai RM 70 ribu, tiket penerbangan, produk tajaan dan sudah pastinya mahkota dan selempang MVM bakal menanti peserta bertuah.

Walaupun Miss Virtual Malaysia ini baru sahaja di lancarkan, ia menerima sokongan padu daripada pelbagai syarikat besar untuk penajaan.

SYARAT PENYERTAAN:
  1. Wanita warganegara Malaysia
  2. Berumur lingkungan 17 – 27 tahun 
  3. Tidak pernah berkahwin 
  4. Mempunyai ketinggian 168 cm ke atas 
  5. Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris 
  6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan boleh menyertai sebarang aktiviti sepanjang program 
  7. Tidak pernah terlibat dan melakukan apa-apa perbuatan atau aktiviti atau pekerjaan yang tidak munasabah yang boleh dicirikan sebagai tidak jujur, tidak bermoral atau tidak senonoh. 
Setiap pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar permohonan atas talian dengan menyertakan gambar terkini beserta video pengenalan yang menonjolkan kemahiran dan bakat. 40 calon yang disenarai pendek akan dijemput menghadiri ujibakat pusingan akhir pada 4 Julai 2019. Pemilihan dibuat berdasarkan 10 undian paling popular dan 30 undian daripada juri profesional. 16 finalis akan berentap di peringkat akhir yang dijadual akan berlangsung pada 31 Julai 2019 nanti.

Jadi kepada wanita diluar sana, jika anda memiliki apa yang diperlukan oleh Miss Virtual Malaysia, apa ditunggu lagi! Layari laman sesawang https://www.missvirtualmalaysia.com untuk menghantar permohonan anda sekarang. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila emel kepada info@missvirtualmalaysia.com atau layari laman media sosial rasmi Miss Virtual Malaysia.


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MISSVIRTUALMALAYSIA #MVM19


0 Comments