3 JUTA PENGUNJUNG BAKAL SERBU STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 DI PWTC







Kemeriahan raya kian terasa! Disana sini, orang ramai sudah mula berpusu-pusu membeli-belah persiapan menyambut lebaran. Banyak jualan raya telah dibuka dengan tawaran harga menarik bagi memenuhi kehendak orang ramai. Antara festival raya yang dinanti-nantikan adalah Star Vendors Mega Raya Fest 2019 yang akan berlangsung bermula 24 Mei 2019 (Jumaat) 10 pagi sehingga 27 Mei 2019 jam 10 pagi. Menariknya, festival Star Vendors ini akan berlangsung tanpa henti selama 72 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Festival Star Vendors, Puan Ifa Raziah berkata beliau optimis dengan projek sulungnya ini dan menyasarkan hampir 3 juta pengunjung bakal hadir selama 3 hari festival Star Vendors ini berkampung di dewan ikonik, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ini adalah peluang terbaik buat orang ramai yang ingin mendapatkan kelengkapan raya seperti baju raya, kuih raya, langsir, alat kosmetik dan 600 jenama popular pada harga murah sambil bertemu dengan 60 selebriti pujaan. Paling mencuri tumpuan adalah sesi pemberian duit raya kepada 1000 pengunjung terawal yang pastinya antara yang ditunggu oleh orang ramai.






















Upacara pelancaran festival Star Vendors Mega Raya Fest 2019 telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di pentas utama PWTC pagi tadi. 











Antara selebriti yang bakal turun sama memeriahkan jualan festival Star Vendors Mega Rata Fest 2019 adalah Fazura, Fattan Amin, Datuk Fizz Fairuz, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra Fazira, Dato’ Aznil Haji Nawawi, Watie, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Festival Star Vendors Mega Raya Fest 2019 telah mendapat sokongan daripada pelbagai syarikat besar antaranya syarikat e-hailing Nuccar yang menjadi penaja dan pengangkutan rasmi festival ini. Selain itu, syarikat Neffos turut terlibat sebagai penaja bersama, Maybank selaku rakan pembayaran nirtunai, radio rasmi Suria Malaysia dan King’s Molten selaku minuman rasmi.

Info menarik untuk dikongsi! Jika anda membuat pembayaran menggunakan kod QR menerusi aplikasi Maybank, anda layak mendapat potongan harga 20%*. Jadi kepada anda, jangan lepaskan peluang untuk membeli belah sepanjang 3 hari tanpa henti, bermula 24 Mei sehingga 27 Mei 2019 di Hall 3 & 4, PWTC sempena festival Star Vendors Mega Ray Fest 2019. Lebih Vogue! Lebih Havoc! Ini Baru Raya!.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.



LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STARVENDORS #STARVENDORSMEGARAYAFEST2019

0 Comments