Merancang percutian ke Melbourne? Barangkali kisah saya yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit idea mengenai perancangan anda untuk meneroka bumi Melbourne. Saya sambung kisah
#ReefTravels di bumi Melbourne dibahagian kedua. Jika anda terlepas cerita kisah saya di bahagian pertama, anda boleh klik pautan dibawah ya! Bagi yang tanya tentang permohonan ETA,
VISA AUSTRALIA RM 20 .
https://www.thisisreef.com/2019/04/trip-to-melbourne-australia-2019.html
HARI KETIGA saya sudah tetapkan untuk melawat Puffing Billy Railway yang terletak di Belgrave. Ini kerana kunjungan saya ke Melbourne sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk mencuba keretapi lokomotif ini. Apa yang menarik dengan Puffing Billy Railway ini? Boleh klik pautan ini:
https://puffingbilly.com.au/about .
|
LALUAN REL PUFFING BILLY RAILWAY |
|
HARGA TIKET |
Jarak perjalanan dari bandar Melbourne ke Belgrave menerusi mod keretapi memakan masa 1 jam. Tambang train satu hala hanya AUD 4.40 dari Parliament station ke Belgrave station. Tidak sukar untuk mencari Puffing Billy ini kerana anda keluar sahaja daripada stesen Belgrave, anda akan nampak tanda arah laluan ke lokasi ini dan jaraknya cuma memakan masa kurang 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen Belgrave. Memandangkan saya membeli tiket jam 11.10 pagi dan tiba awal di Belgrave, jadi saya dan rakan lepak seketika sambil minum kopi di sebuah cafe yang terletak dalam pekan yang terletak bersebelahan dengan stesen Belgrave.
|
KITA KE ARAH KANAN DAHULU CARI KAFE! |
|
AKAN NAMPAK WALL INI |
|
DAH SAMPAI PEKAN BELGRAVE |
|
KAMI LEPAK KAFE INI |
|
SEDAP MUFFIN DISINI! |
|
IKUT ARAH KE PUFFING BILLY |
|
ANDA AKAN JUMPA PAPAN TANDA INI |
|
JALAN SIKIT LAGI |
|
DAH SAMPAI |
|
KAWASAN HADAPAN KAUNTER |
|
BELGRAVE |
|
HI UNCLE! |
|
KLASIK |
|
INI TRIP LEBIH AWAL DARI KAMI |
|
RAMAI JUGA PELANCONG! |
|
MY TICKET! |
|
STANDBY UNTUK DEPART |
|
KONDUKTOR KAMI |
|
POSE DULU! |
|
DISINI ADALAH ANTARA TEMPAT WAJIB AMBIL GAMBAR |
|
LETS GO! |
|
BERHENTI SEBENTAR UNTUK TURUNKAN PENUMPANG |
|
BERHENTI DALAM 5 MINIT |
|
ANTARA PANORAMA YANG DAPAT DILIHAT |
|
DAH SAMPAI LAKESIDE! |
|
ACAH-ACAH! |
|
ANDA BOLEH PILIH NAK BALIK BELGRAVE JAM BERAPA |
|
BOLEH PIKNIK DISINI |
|
HEADING TO TASIK |
|
SEMENTARA TUNGGU TRAIN KITA ALAS PERUT DULU |
|
LAPAR YA BURUNG! |
|
BOLEH BUAT TEH TARIK NI! |
|
KEDAI CENDERAMATA |
Harga tiket yang ditawarkan mengikut stesen mana anda hendak turun. Saya mengambil tiket pergi balik dari Belgrave ke Lakeside. Tiket boleh didapati di kaunter atau menerusi laman sesawang Puffing Billy. Saya berjaya mendapatkan tiket pada harga lebih murah menerusi laman sesawang KLOOK. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui kawasan hutan dengan sekali sekala akan menikmati panorama indah kawasan sekitar. Sampai di stesen Lakeside jam 12.30 tenghari, saya dan rakan lepak seketika menikmati kawasan sekitar sementara menantikan keretapi pulang ke Belgrave pada jam 2.25 petang. Kenapa tidak membeli tiket terus ke Gembrook? Saya sempat membaca beberapa review dan kebanyakan review menyatakan nothing much you can do at Gembrook.
Pendapat peribadi? Puffing Billy Railway bukanlah perkara wajib dalam list kembara anda di bumi Melbourne namun jika anda rasakan kos bukan isu, then cubalah rasai pengalaman menaiki keretapi lama ini. Pengalaman yang cukup menarik. Setahu saya di Malaysia, servis keretapi seperti ini hanya terdapat di Sabah iaitu North Borneo Steam Railway dan kos tiketnya jauh lebih mahal.
HARI KEEMPAT kami di bumi Melbourne diisi dengan meninjau kawasan yang cukup dengan dengan Bathing Boxes berwarna-warni iaitu di Brighton Beach. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kunjungan ke Melbourne kali ini adalah untuk meneroka beberapa attraction yang tidak sempat kami teroka pada tahun 2014 dan Brighton Beach adalah salah satu daripadanya. Ramai yang bilang, tidak sah kunjungan anda ke Melbourne jika tidak singgah di Brighton Bathing Boxes ini. Untuk kesini tidak sukar, anda hanya perlu menaiki train laluan Sandrigham dan turun samada di stesen Brighton Beach atau atau stesen Middle Brighton. Kalau sekadar untuk melawat Bathing Boxes, saya sarankan anda turun di stesen Middle Brighton. Saya dan rakan turun di stesen Brighton Beach kerana ingin menyusuri sepanjang pantai.
|
PEKAN MIDDLE BRIGHTON |
|
PEKAN INI TENANG SAHAJA |
|
STESEN MIDDLE BRIGHTON |
|
JOM PULANG KE BANDAR |
HARI KELIMA adalah hari terakhir kami di Melbourne. Usai daftar keluar hotel jam 10 pagi, saya dan rakan terus ke Southern Cross Station untuk menyimpan bagasi. Terdapat banyak lokar penyimpanan bagasi di stesen ini dan bayaran dikenakan berpatutan. Memandangkan flight kami adalah pada jam 10.35 malam dan kebetulan kad Myki masih berbaki, aktiviti pada hari terakhir diisi dengan melawat Queen Victoria Market dan St. Kilda Beach. Anda ingin membeli cenderamata bolehlah dapatkan Queen Victoria Market. Pasar ini tutup pada setiap hari Isnin dan Rabu.
|
STESEN YANG PALING DEKAT DENGAN HOTEL KAMI |
|
SOUTHERN CROSS STATION |
|
SIMPAN BAGASI DISINI. KAMI BAYAR AUD14 UNTUK 1 HARI |
|
CUACA AGAK BAIK |
|
KE QUEEN VICTORIA MARKET NAIK TRAM SAHAJA |
|
DAH SAMPAI |
Untuk ke St Kilda Beach, anda naiki tram bernombor 16 dan turun di stesen The Esplanade. Apa yang menarik di St. Kilda Beach ini? Pantai disini lebih terjaga dari segi insfastruktur dan kebersihan. Malah terdapat sebuah taman tema terkenal iaitu Luna Park disini. Jika anda datang pada waktu malam, anda berpeluang melihat penguin di celahan batu di pantai ini.
Sebelum bergerak ke Avalon Aiport pada jam 6.40 petang, kami sempat berjalan-jalan di Spencer Outlet Centre yang terdapat di dalam bangunan Southern Cross Station. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti pakaian dengan harga murah. Saya sempat membeli sepasang sut lelaki dengan harga AUD 100 sahaja. Malah saya turut mendapat sehelai kemeja, stoking dan 2 helai sapu tangan secara PERCUMA di kedai sama. Great deal!
|
TERIMA KASIH TRAVEL RECOMMENDS KERANA MEMUDAHKAN URUSAN SAYA DI MELBOURNE! |
|
SPENCER OUTLET CENTRE |
Langsung ke Avalon Airport untuk pulang. Lapangan terbang ini tidak sibuk dan saya diberitahu hanya ada satu penerbangan antarabangsa Airasia di lapangan terbang ini iaitu laluan Kuala Lumpur. Malah penerbangan domestik penerbangan Jetstar pun hanya ada beberapa penerbangan sahaja dalam satu hari. Cuma satu lagi cerita kurang enak untuk dikongsi. Saya sangkakan urusan imigresen hanya ketat pada waktu tiba sahaja, namun waktu keluar juga tidak kurang hebatnya. Seperti biasa, beg anda akan diperiksa dua kali dan passport anda juga akan disemak dua peringkat dimana peringkat pertama menggunakan mesin dan peringkat kedua adalah menerusi pegawai di kaunter. Belum berakhir disitu! Sebelum masuk ke boarding gate, penumpang akan disoal oleh pegawai imigresen dengan soalan yang sama sewaktu kami tiba di Melbourne tempoh hari. Paling annoying adalah soalan berapa baki duit yang tinggal. Seriously annoying! Ini adalah pertama kali dalam sejarah kembara saya berhadapan dengan situasi sebegini. Mereka boleh sahaja semak berapa lama pelancong itu berada di negara mereka menerusi sistem jika punya keraguan. Saya sempat juga bertanya kepada pegawai berkenaan dengan soalan That’s All dalam nada sinis. Hihihi!
Secara peribadi, Melbourne yang saya kenal pada 2014 agak berbeza. Perbezaan yang saya maksudkan adalah kota ini semakin kotor dengan sampah sarap dimana-mana. Siap di dalam train dibuangnya kotak bersama tulang KFC di atas lantai, botol air mineral dibuang di atas kerusi dalam gerabak. Warga kota tidak seramah dahulu malah agak kasar sikapnya (berdasarkan pengalaman saya) dan isu imigresen di lapangan terbang di awal cerita saya seolah-olah tidak menyambut mesra kedatangan pelancong ke negara ini. Ini pendapat saya. Bukan menidakkan tugas mereka, cuma pendekatan yang digunapakai tidak begitu sesuai terutamanya situasi disoal baki duit yang tinggal sewaktu menanti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Saya kurang pasti samada releven atau tidak soalan baki duit itu.
|
INI BUKTI SAMPAH DI DALAM TRAIN |
Sayang sekali kerana negara anda punya variasi tarikan yang cukup mempersona untuk meningkatkan industri pelancongan. Bagaimana saya mahu mempromosi negara anda jika saya sendiri tidak rasa seronok dan tidak feel welcoming vibes melancong disana. Kepada rakyat Malaysia pula, janganlah mengambil kesempatan dengan menetap secara HARAM disana. Kasihan kepada yang betul-betul mahu bercuti namun akhirnya terkandas hasrat akibat masalah yang anda cipta.
Kepada anda diluar sana, ini adalah kisah pengalaman dan pendapat peribadi saya sahaja. Janganlah kerana kisah saya, anda tidak mahu teroka bumi Melbourne pula. Mungkin pengalaman percutian anda lebih menarik barangkali. Keep travelling and explore the world!
P/S: Nampaknya Tokyo, Kyoto, Sapporo masih menjadi my personal favourite cities in the world!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REEFTRAVELS #REEFINMELBOURNE
2 Comments
kalau pergi Victoria wajib untuk merasai pengalaman ke Puffing Billy. something yang tak boleh nak dilupakan.. seronok dapat naik ke Lakeside. cantiknyaa di Lakeside. saya hanya ke Emerald sebab train petang.. kalau ada rezeki memang nak ke sana lagi. the best state in Australia saya rasa..
ReplyDeleteayat yang last skali saya setuju..saya pernah ke jepun dan pernah ke australia. Jarak dari KL ke Australia dan Jepun lebih kurang sama cuma kos Jepun mahal lagi la. Secara peribadi jika diberi pilihan antara Australia dan Jepun memang saya pilih Jepun.
ReplyDelete