Restoran yang saya maksudkan adalah restoran SEOULNAMI KOREAN BBQ yang terletak di aras 1, The Gardens Mall. Kunjungan saya ke sini sebenarnya adalah sempena perjumpaan bersama teman-teman. Memandangkan majoriti teringin makan makanan Korea, jadi tersampailah kami semua ke restoran SeoulNami ini.
Belum melangkah masuk ke ruang kedai sudah mengujakan saya. Nampak dari jauh dekorasi lampu neon, papan luncur pada ruang luar kedai memberi aura seperti mahu bercanda di pantai. Saya diberitahu bahawa SeoulNami Korean BBQ ini baru sahaja beroperasi pada 4 Mac 2019 yang lalu tetapi sambutan hebat dapat dilihat menerusi bilangan pengunjung yang datang menjamu selera disini. Saat masuk ke ruang restoran ini, perasaan teruja berganda! Saya sukakan konsep hiasan dalaman restoran SeoulNami ini yang fun and lively. Terdapat kertas dinding berupa ombak dan permainan warna pastel memberi tarikan istimewa. Sesuai gambar ombak itu dengan nama restoran seolah-olah seperti Tsunami. Hihihi!
Apa yang istimewa SeoulNami Korean BBQ ini berbanding restoran hidangan Korea yang bersepah di Lembah Klang ini? Pertama, restoran ini adalah satu-satunya restoran Korea khusus makanan barbeku dapur arang yang halal di Malaysia. Mereka juga tidak menghidangkan minuman alkohol kepada pengunjung. No worries!
Kedua, restoran SeoulNami menawarkan menu ayam barbeku dimasak diatas dapur arang yang cukup popular di Korea dan yang menariknya, menu ayam ini hanya boleh didapati di Chuncheon, Gangwon Province, Korea Selatan sahaja. Ketiga, anda akan mempelajari dan merasai pengalaman sebenar makan gaya orang Korea. Saya diberitahu (sebab tidak arif bab Korea) bahawa cara orang Korea makan sebenarnya adalah dengan berkongsi makanan di atas meja sambil berbual. Ini bagi mewujudkan rasa seronok menjamu selera sambil mengerat hubungan silaturahim. That’s the right Korean eating style! Keempat, pihak restoran bukan sahaja terbang ke Korea untuk mendalami resepi di sana, mereka turut menerbangkan beberapa chef dari Korea untuk mengemudi bahagian dapur restoran. Jadi anda tidak perlu risau akan kualiti rasa asli makanan di SeoulNami Korean BBQ. Kepuasan terjamin!
Cukup bab pengenalan! Sekarang masanya saya ingin berkongsi makanan apa yang kami sempat jamah di SeoulNami Korean BBQ ini. Anda boleh juga memesan menu disini secara set mengikut bilangan orang seperti 2 pax atau 4 pax. Menu kami pesan adalah SeoulNami Signature Tasting Set khusus untuk 4 orang yang terdiri daripada Famous Chuncheon Chicken (3 jenis perapan ayam iaitu SWEET HONEY BUTTER, SPICY HOT PEPPER, SAVOURY GANJANG) dengan Cheese Lava, Fist Rice (pilihan Seoul Spicy Noodle disediakan), 2 jenis minuman (PILIHAN OUT-OF-THIS-WORLD LEMONADE, BINGGRAE BANANA UYU COLADA, SPARKLING ORANGE CREAM SODA ATAU FIZZY SOUR PLUM COOLER) dan Charcoal Burnt Cheese Cake serta Goguma On Fire sebagai pencuci mulut. Kami turut memesan menu tambahan seperti Beef Platter (BULGOHGI, BEEF RIB FINGERS AND BEEF BELLY), Spicy Octopus, Kimchi Trio (FRESH, SMOKED, FRIED). Sebagai info, anda akan diberikan Steam Egg percuma jika memesan set serta side dishes dan sos pencicah boleh ditambah secara PERCUMA!
FAMOUS CHUNCHEON CHICKEN |
FIST RICE |
OUT-OF-THIS-WORLD LEMONADE, BINGGRAE BANANA UYU COLADA, SPARKLING ORANGE CREAM SODA ATAU FIZZY SOUR PLUM COOLER |
GOGUMA ON FIRE |
CHARCOAL BURNT CHEESECAKE |
STEAMED EGG |
BEEF PLATTER |
SPICY OCTOPUS |
KIMCHI TRIO |
SAYUR-SAYURAN |
PENCICAH |
Satu yang saya cukup tertarik dengan kaedah memanggang ayam dan daging lembu disini adalah ia tidak berkongsi besi pemanggang yang sama. Ini bagi mengelakkan rasa perapan ayam dan daging tidak bercampur ketika sesi memanggang. Bagi Famous Chucheon Chicken, anda disaran untuk memanggang rasa Spicy Hot Pepper paling akhir untuk mengelakkan rasa perapan bercampur dengan ayam lain. Jangan risau, proses memanggang, menukar besi pemanggang dan arang akan dibantu sepenuhnya oleh staff disini.
SESI MELETAKKAN ARANG |
ADA STAFF AKAN BANTU MEMANGGANG |
BEEF PLATTER SEDANG DIMASAK |
SESI MEMBUAT RICE BALL |
DAGING PANGGANG DISALUT DAUN SALAD |
GOGUMA (SWEET POTATOES) AKAN DIMASAK SELAMA 20 MINIT |
TUKAR BESI UNTUK PANGGANG SPICY OCTOPUS |
PANGGANG FAMOUS CHUNCHEON CHICKEN PULA |
AYAM TADI TERUS GULING PADA CHEESE LAVA |
INILAH HASIL CHUNCHEON CHICKEN BERSAMA CHEESE LAVA |
Ulasan peribadi? Sudah pasti positif! Saya belum pernah merasai pengalaman makanan menu barbeku Korea dan ternyata konsep ini menepati selera saya. Walaupun saya pernah berkunjung ke Seoul sebelum ini, saya tidak rasa enjoy makan sepanjang trip itu. Namun, SeoulNami Korean BBQ berkaya menukar persepsi saya. Kimchi yang tak tidak suka terus jatuh cinta apabila mencuba di SeoulNami Korean BBQ. Oh ya, menu Kimchi Trio hanya boleh didapati di SeoulNami sahaja! Selain itu, ia satu pengalaman baru buat saya dapat makan cara Korea sebenar seperti menyalut daging panggang dengan salad dan dimakan bersama sos pilihan serta membuat bebola nasi. Sedap juga Fist Rice yang diperbuat daripada nasi, isi ayam dan rumpai laut. Sememangnya makan disini memberi feel fun dan lively! Kepada anda yang tercari-cari makanan Korea yang pastinya halal dan sedap, SeoulNami Korean BBQ wajib berada dalam senarai anda!
LOKASI RESTORAN SEOULNAMI KOREAN BBQ
F-215 THE GARDENS MALL,
LINGKARAN SYED PUTRA,
MID VALLEY CITY,
59200 KUALA LUMPUR.
-
WAKTU OPERASI:
11 PAGI – 10.30 MALAM (SETIAP HARI)
-
TELEFON: 03-2202 3336
-
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEOULNAMIKOREANBBQ #FAMOUSCHUNCHEONCHICKEN #KOREANCHARCOALBBQ #HALALKOREANFOOD
0 Comments