Hujung minggu sering diisi dengan aktiviti santai bersama keluarga dan sahabat handai. Waktu ini sahaja masa boleh diluangkan memandangkan dari Isnin hingga Jumaat, masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Apabila dapat bertemu, momen ini digunakan sebaik mungkin dengan berkongsi cerita. Seperti saya, peluang dapat menghimpunkan teman akrab sering digunakan dengan berbual santai sambil bergelak ketawa. Pemilihan lokasi lepak memainkan peranan penting demi keselesaan serta momen privasi antara saya dan rakan-rakan. Kali ini, saya dan teman-teman memilih satu lagi lokasi hotel yang menyediakan set pinggan bertingkat untuk cicipan (minum petang) iaitu Royale Chulan Kuala Lumpur.
Pasti ada dikalangan anda yang sudah mengetahui akan kecintaan saya kepada hotel yang satu ini. Daripada kisah percutian hujung minggu hingga menikmati hidangan makan malam di restoran Malay fine-dining pertama di Malaysia, Royale Chulan Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan saya!
WEEKEND GETAWAY
https://www.thisisreef.com/2019/03/pengalaman-menginap-di-hotel-royale.html
Royale Chulan Kuala Lumpur menerusi The Lanai Lounge juga menyediakan set Afternoon Tea yang tidak kurang hebatnya. Menariknya, mereka menawarkan tema berbeza mengikut bulan. Saya sempat mencuba set Afternoon Tea pada bulan April yang bertemakan Malay Tiffin. Satu kelainan pada saya kerana biasanya hotel menyediakan cicipan ala barat tetapi The Lanai Lounge cuba mengubah tradisi dengan seleksi makanan Melayu. Antara menu yang dihidangkan kepada kami adalah Sate, kuih muih Melayu, Roti Jalan serta pilihan pot teh atau kopi.
Ramai mengakui bahawa Royae Chulan Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan keenakkan rasa makanannya. Dari Warisan Café, Bunga Emas Restaurant hingga The Lanai Lounge, sajian yang ditawarkan memang enak belaka.
MAKAN DI BUNGA EMAS RESTAURANT
https://www.thisisreef.com/2019/03/set-hidangan-citarasa-malaysia-di-bunga.html
Secara peribadi, saya suka dan berpuashati dengan sajian Afternoon Tea di The Lanai Lounge Royale Chulan Kuala Lumpur. Makanan enak terutamanya my personal favourite iaitu Roti Jala, warga kerja yang cukup mesra dan pastinya hospitaliti mengagumkan! I love the ambiance at The Lanai Lounge. Selesa dan berciri mewah! Paling penting, kami punya ruang privasi untuk berbual santai.
Harga yang ditawarkan memang berbaloi iaitu RM55 net untuk satu set (2 orang). Yes, harga itu adalah untuk 2 orang. Murah dan berbaloi bukan? Anda boleh bawa satu famili atau sekumpulan rakan karib lepak di The Lanai Lounge sambil makan dan menikmati momen manis bersama!
LOKASI THE LANAI LOUNGE
GROUND FLOOR,
ROYALE CHULAN HOTEL KUALA LUMPUR,
5, JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR.
-
WAKTU AFTERNOON TEA:
12:00 PM TO 5:00 PM
-
TELEFON: 03 2688 9613
-
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ROYALECHULANKUALALUMPUR #THELANAILOUNGE
0 Comments