MEE KARI GEARBOX, PAIS IKAN PATIN, MASAK LEMAK ANEKA LAUT, BUFET RAMADAN 2019 ANCASA HOTELS & RESORTS TAWAR LEBIH 200 JUADAH KAMPUNG






Sudah merancang bufet Ramadan mana mahu diterjah pada tahun 2019? Jika masih tercari-cari bufet Ramadan yang sedap dan memberi nilai pada wang anda, barangkali anda boleh mengintai AnCasa Hotels & Resorts. Tahun ini, pihak AnCasa Hotels & Resorts meneruskan tradisi bufet Ramadan dengan mengangkat juadah masakan kampung dengan tema Aroma D’ AnCasa. Tiga cawangan Ancasa yang mengambil bahagian dalam promosi bufet Ramadan pada tahun ini adalah AnCasa Residences Port Dickson, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur dan AnCasa Royale Pekan.

Menariknya, menerusi restoran Saffron Brasserie, setiap cawangan membawa kelainan dan kekuatan masing-masing dari segi menu. Walau bagaimanapun, setiap lokasi tetap menyajikan lebih 200 juadah masakan kampung buat pengunjung. Saya pernah menikmati juadah berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur dan saya harus mengakui bahawa kualiti rasa menu yang ditawarkan antara yang terbaik di Lembah Klang. Malah, harga bufet yang ditawarkan jauh lebih murah dan memberi nilai kepada wang anda berbanding bufet Ramadan lain.










Bufet Ramadan 2019 di AnCasa Hotels & Resorts mengetengahkan konsep masakan kampung dengan susun atur warong dengan nama Warong Kak Ana, Pak Helmi Mamu Shah dan banyak lagi mencipta suasana sebenar di kampung. Jika anda berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu Mee Kari Gearbox. Bagi saya ia sesuatu yang unik kerana saya sendiri belum pernah mendengar menu ini dijual dimana-mana. Jika anda menjengah bufet Ramadan di AnCasa Residences Port Dickson, wajib untuk merasai menu Masak Lemak Aneka Laut. Warga Pekan Pahang pula tidak harus melepaskan peluang merasai menu Pais Ikan Patin di AnCasa Royale.

















Juadah pembuka selera menanti pengunjung antaranya ulam-ulaman kampung, Kerabu Taugeh Kerang, Begedil Ayam, Sambal Hijau, Sambal Hitam, Sambal Tempoyak. Menu utama yang tidak boleh dilepaskan seperti Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Daging, Sotong Sumbat Tiga Rasa, Sambal Goreng Jawa, Kambing Golek. Selain itu, anda pasti terpukau dengan keenakkan rasa menu Rendang Itik Minang, Sup Ayam Kampung dengan Roti Benggala.













Masih ada ruang untuk pencuci mulut? Pastikan anda menikmati variasi juadah antaranya Serawa Durian, Kuih Ketayap, Kuih Pena, Lempeng Kelapa dan banyak lagi. AnCasa Hotel sememangnya mewah dengan pilihan kek setiap kali bufet Ramadan. Oh ya! Satu lagi keunikan yang ditampilkan sempena bufet Ramadan 2019 di AnCasa adalah mereka menyediakan minuman Tandoori Chai. Campuran teh dengan rempah istimewa dan penyediaan nya menggunakan cawan tanah dipanas dalam tempayan menjadikan ianya cukup unik!





Harga yang ditawarkan sempena Bufet Ramadan 2019 AnCasa Hotels & Resorts adalah berbeza mengikut lokasi. Malah jika anda membeli baucar berbuka puasa sebelum 30 April 2019, anda akan menerima diskaun istimewa. Hubungi 03-20266060 (sambungan 7703) untuk tempahan sekarang! Layari laman sesawang dan media sosial hotel AnCasa bagi mendapatkan informasi lanjut.



ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR


  • DEWASA: RM70 NET
  • KANAK-KANAK (5-12 TAHUN): RM40 NET
  • EARLY BIRD: RM60 NET (DEWASA)


ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON


  • DEWASA:  RM55 NET
  • KANAK-KANAK (5-12 TAHUN): RM30 NET
  • EARLY BIRD: RM45 NET/SEORANG


ANCASA ROYALE PEKAN


  • DEWASA: RM70 NET
  • KANAK-KANAK (5-12 TAHUN): RM40 NET
  • EARLY BIRD: RM58 NET/SEORANG



LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANCASAHOTELSANDRESORTS #BUFETRAMADAN2019

0 Comments