DURIAN MUSANG KING GORENG, AISKRIM NASI LEMAK, ANTARA TARIKAN BUFET RAMADAN 2019 CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA BERTEMAKAN IFTAR WARISAN RASA






Bulan Ramadan tiba lagi! Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani rukun Islam ketiga ini. Kalau bicara soal puasa, momen yang paling best sekali adalah saat menanti waktu berbuka puasa. Bayangkan setelah seharian menahan lapar dan dahaga, nikmat makan waktu berbuka puasa sukar diungkap dengan kata-kata. Oh ya! Bila tiba bulan puasa, paling meriah adalah tawaran bufet Ramadan disana-sini. Antara bufet Ramadan yang menjadi kegemaran saya adalah restoran Verandah yang terletak di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.








Saban tahun, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa kerana pihak resort tidak pernah menghampakan saya dari segi kualiti rasa dan hospitaliti. Tahun ini, pihak Cyberview Resort & Spa sekali lagi menganjurkan bufet Ramadan bertemakan Iftar Warisan Rasa. Anda akan disajikan dengan 350 variasi selera rasa masakan daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Jepun, Korea, Itali, Thailand. Senang kata, selera juadah antarabangsa. Menariknya lagi, mereka membuka 30 gerai makanan TERMASUK 10 live cooking stalls di restoran Verandah dengan macam-macam pilihan menu. Antara yang mencuri perhatian saya adalah Nasi Ayam dimana ayamnya dimasak menggunakan tempayan tanah, gerai Asam Pedas dan Tempoyak dengan pilihan ikan seperti ikan Salmon, Patin dan ia dimasak secara langsung dihadapan anda! Kelainan yang ditampilkan sempena bufet Ramadan 2019 di sini adalah menu Durian Musang King Goreng, aiskrim perasa Nasi Lemak, Rendang dan Teh Tarik. Wajib cuba!












Selain itu, gerai yang disediakan sempena bufet Ramadan 2019 di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya adalah Siam Pancakes, Dim Sum, Kambing Golek, Hor Chin, Sate, Kambing Golek dan banyak lagi. Selain itu, sudah pasti pihak Cyberview Resort & Spa menawarkan menu utama antaranya Nasi Minyak, Kari Ikan dengan Bendi, Daging Masak Salai Masak Lemak Cili Padi, Ayam Masak Kicap, Sambal Sotong, Udang Masak Nestum. Tak suka makan nasi, jangan risau kerana disediakan juga sudut aneka Mee seperti Laksa Penang, Mee Udang, Kari Laksa, Mee Bandung.





















Pencuci mulut? Ada hampir 75 jenis disajikan kepada pengunjung seperti kuih muih melayu, bubur, ABC, Cendol dan banyak lagi. Untuk kanak-kanak, anda pasti sukakan sudut Chocolate Fountain dan Bertih Jagung!







Dengan harga RM138 net bagi dewasa dan RM68 net bagi kanak-kanak serta 30% diskaun bagi warga emas, bufet Ramadan 2019 di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya menjanjikan kepuasan dan nilai pada wang anda. Saya harus akui bahawa bufet Ramadan di Cyberview Resort & Spa adalah antara yang terbaik pernah saya cuba di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

BERITA BAIK! Anda boleh mendapatkan harga istimewa menerusi pembelian baucar tempahan awal iaitu RM110 net bagi dewasa, RM55 net bagi kanak-kanak. Tawaran ini hanya sah sehingga 6 Mei 2019. Jika anda merancang untuk membawa kumpulan besar berbuka puasa disini, jika anda menempah dalam kumpulan 200 orang, pihak Cyberview Resort & Spa akan memberi peluang menaiki belon panas secara PERCUMA*.


Jangan lupa untuk meletakkan restoran Verandah Cyberview Resort & Spa Cyberjaya dalam senarai bufet Ramadan 2019 anda kerana jaminan kepuasan dari saya adalah pasti! Hubungi 03-83127042/7041 atau anda boleh melayari laman sesawang rasmi atau media sosial Cyberview Resort & Spa bagi mendapatkan informasi lanjut.

*Tertakluk kepada terma & syarat.



LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CYBERVIEWRESORT #CYBERVIEWRESORTANDSPA #BUFETRAMADAN2019

0 Comments