Kenapa memilih The Lobby Lounge, Ritz-Carlton Kuala Lumpur? Entah! Hahaha. Sebenarnya tidak banyak info dan rebiu tentang set Afternoon Tea disini. Cuma foto-foto di enjin carian Google menarik minat kami untuk mencuba set Afternoon Tea disini. Lagipun saya memang mahu mencuba set Afternoon Tea dengan pinggan bertingkat (bukan bufet) dan pada masa sama, kami ingin membuat surprise birthday celebration buat salah seorang rakan.
Saat tiba di The Lobby Lounge yang berada di aras 1 cukup mengujakan saya. Dekorasi dan hiasan perabot disini cukup mewah dan glamour. Saya seolah berada dalam kediaman orang kenamaan! Oh ya, anda digalakkan untuk membuat tempahan awal terutamanya pada hujung minggu kerana takut tempahan penuh. Iya, memang meja penuh sewaktu kami berkunjung ke sini tempoh hari.
Kami dihidangkan dengan sebuah pot teh (akan sentiasa diisi-semula dengan air panas) setiap seorang dan anda boleh memilih rasa teh kegemaran anda pada senarai menu. Anda akan dihidangkan dengan a set of 3-tier with freshly baked scones, petite gourmet sandwiches, quiches, pies and desserts. Sepanjang tempoh antara jam 3 petang hingga 6 petang, anda akan dihiburkan dengan mainan piano dan gesekan biola secara langsung. I love the ambiance, seriously! Saya sempat berkomplot dengan warga kerja The Lobby Lounge untuk memberi kejutan hari lahir buat teman dan surprisingly, mereka datang bersama kek dan nyanyian lagu hari lahir sambil iringan gesekan biola. Menarik!
Secara peribadi, saya cukup berpuashati dengan servis dan layanan pihak The Lobby Lounge The Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Pilihan menu cicipan (minum petang) juga tidak mengecewakan terutamanya pai dan sandwiches. Senang kata, pengalaman minum petang di The Lobby Lounge Ritz-Carlton Kuala Lumpur sesuatu yang cukup indah! Saya pasti kembali ke sini lagi!
Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu RM 80 net seorang. Jika anda berminat untuk mencuba Afternoon Tea di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur, anda boleh menghubungi talian 03-21428000. Nantikan terjahan Afternoon Tea saya di lokasi hotel yang seterusnya. Stay tune!
LOKASI THE RITZ-CARLTON KUALA LUMPUR
168, JALAN IMBI, BUKIT BINTANG,
55100 KUALA LUMPUR.
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/ritzcarltonkl
LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/ritzcarltonkualalumpur
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RITZCARLTONKL #RCMEMORIES
0 Comments