Sebenarnya, ada bermacam cara anda boleh buat di KLIA2 untuk kill time. Ini kerana terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia ini mempunyai sebuah kompleks membeli-belah yang dipanggil gateway @ klia2. Pusat membeli-belah dalam lapangan terbang gateway @ klia2 yang berkeluasan 350 ribu kaki persegi mempunyai ketinggian 8 tingkat serta memiliki 5600 ruang parkir ini mempunyai pelbagai premis dari produk, makanan dan perkhidmatan. Anda boleh mengakses untuk ke KLIA2 dengan mudah menerusi kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan keretapi.
Jadi sebenarnya ada macam-macam anda boleh lakukan di KLIA2 supaya anda tidak bosan menunggu. Saya senaraikan 6 tempat menarik dalam KLIA2 untuk anda teroka dan isi masa terluang sebelum anda terbang ke destinasi pilihan.
MENIKMATI KOPI DURIAN DI KOFI KRAZE²
Sebelum menanti waktu masuk ke pintu perlepasan, legakan tekak dan perut anda dengan menikmati hidangan ringkas di kafe KOFI KRAZE². Anda boleh mencuba seleksi premium cold brew coffee yang cukup unik dan inovasi. Kopi durian, kopi kelapa, kopi pandan, kopi cili, kopi buah keladi adalah antara pilihan kopi yang wajib anda cuba disini. Jangan lupa memesan sandwich disini untuk mengalas perut.
LOKASI:
L3-23, ARAS 3, GATEWAY @ KLIA2,
TERMINAL KLIA2.
WAKTU OPERASI:
8 PAGI – 10 MALAM
MEMBELI-BELAH DI AGROBAZAAR MALAYSIA
Anda tidak sempat membeli makanan segera sebagai bekalan sepanjang bercuti atau ingin membeli produk IKS seperti kerepek dan coklat sebagai buah tangan kepada keluarga? Singgah saja ke premis AgroBazaar Malaysia. Premis yang berkonsepkan Malaysia Cultural Experiences Store ini dibuka sebagai medium promosi produk tempatan kepada pelancong dalam dan luar. Antara produk unik yang dijual disini adalah coklat Durian Musang King, kerepek ubi kayu, serunding halia, jus durian belanda dan banyak lagi.
LOKASI:
LOT S2-3-L11, (SEBELAH BALAI PERLEPASAN DALAM NEGERI),
TERMINAL KLIA2.
WAKTU OPERASI:
6 PAGI – 12 TENGAH MALAM
MENGINAP DI HOTEL AEROTEL KL
Anda tidak perlu risau jika datang awal ke KLIA2 kerana anda boleh menginap seketika di airport transit hotel ini. Anda boleh merehatkan badan, tidur dan mandi sebelum menaiki pesawat dengan menginap di hotel Aerotel KL. Menariknya, anda boleh menempah mengikut jam. Ada 78 buah bilik dengan 5 pilihan jenis bilik bergantung kepada bilangan orang dan keselesaan anda.
LOKASI:
ARAS 2M, GATEWAY @ KLIA2,
TERMINAL KLIA2
WAKTU OPERASI:
24 JAM
MENGINAP & MAKAN DI PLAZA PREMIUM LOUNGE
Satu lagi pilihan penginapan dalam yang menarik iaitu Plaza Premium Lounge yang terletak berhadapan dengan Aerotel KL. Dibawah pengurusan yang sama dengan Aerotel KL, konsep hotel di Plaza Premium Louge lebih santai dan ekonomi untuk anda dan keluarga atau teman kembara untuk mengecas tenaga badan sebelum menaiki pesawat. Waktu minima menginap adalah 5 jam. Malah Plaza Premium Lounge turut menyediakan bufet untuk anda menjamu selera sambil membuat final checklist jadual percutian anda!
LOKASI:
ARAS 2M, GATEWAY @ KLIA2,
TERMINAL KLIA2.
WAKTU OPERASI:
24 JAM
ISTIREHAT DI GINTELL REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE
Jika anda rasa lenguh badan sebelum menaiki pesawat, anda boleh luang masa mengurut di premis ini. Selain dapat menyegarkan badan, anda boleh berehat dan melelapkan mata sambil diurut dengan kerusi urut Gintell berteknologi terkini. Premis GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge ini turut menyediakan perkhidmatan loker penyimpanan bagasi dan stesen pengecasan telefon pintar secara percuma jika anda menggunakan servis urutan disini. Harga yang ditawarkan mengikut jam.
LOKASI:
L 2-24 (ARAS 2), GATEWAY @ KLIA2,
TERMINAL KLIA2
(BERHAMPIRAN KFC)
WAKTU OPERASI:
24 JAM
MAKAN MAKANAN ASIA DI THE GREEN MARKET
Sebelum masuk ke balai perlepasan, isi perut anda samada dengan hidangan makanan Jepun, Korea atau tempatan di The Green Market. Ada Chicken Shogayaki Bento, Tori Terikayi Don atau menu Tempura. Bolehlah nak menyesuaikan diri dengan makanan Jepun atau Korea sebelum tiba di Tokyo atau Seoul nanti.
LOKASI:
S2-3-L38, ARAS 3, BALAI PERLEPASAN,
TERMINAL KLIA2
WAKTU OPERASI:
5 PAGI – 1 PAGI
MENGINAP DI CAPSULE TRANSIT HOTEL
Hotel Capusle Transit adalah satu lagi option anda untuk menginap di terminal KLIA2 ini. Hotel bajet berkonsepkan hotel kontena cukup sesuai bagi backpackers. Terletak di bahagian hub pengangkutan di aras L1, hotel ini menawarkan ruang bilik ekonomi yang cukup selesa. Harga penginapan dikira samada untuk 3 jam, 6 jam atau 12 jam. Jika anda tidak mahu tidur, anda boleh juga menggunakan servis loker untuk bagasi dan bilik mandi pada harga yang cukup berpatutan.
LOKASI:
LOT 1-5, ARAS 1 (CP1), GATEWAY @ KLIA2,
TERMINAL KLIA2.
WAKTU OPERASI:
24 JAM
Jadi tiada alasan lagi untuk anda terlepas penerbangan kerana di KLIA2 ada macam-macam perkara yang anda boleh lakukan sebagai pengisian masa sebelum menaiki pesawat. Selamat bercuti! Anda boleh mendapatkan informasi lanjut mengenai gateway @ klia2 dengan melayari http://gatewayklia2.com.my atau laman media sosial rasmi mereka.
Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia sebagai pengelola Half Day Tour in KLIA2 Media Fam Trip ini.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #GATEWAYKLIA2
4 Comments
Menarik! Tak perlu nak tidur tepi koridor airport lagi! Thanks for the info!
ReplyDeleteBetul! Boleh rehat betul2 mengikut bajet masing-masing. Welcome!
DeleteAgrobazaar tu macam menarik sebab lepas ni kalau beli makanan untuk travel, beli kat sini saja!
ReplyDeleteBetul. Kalau nak beli makanan lokal untuk bawa balik kampung pun boleh!
Delete