Sejak kewujudan pusat membeli belah dalam lapangan terbang gateway@klia2, boleh dikatakan macam-macam kedai ada disini. Antara premis yang banyak terdapat dalam KLI2 adalah kedai makan. Saya tidak menafikan di lapangan terbang KLIA2 banyak pilihan tempat makan menarik. Kalau lapar, memang ada macam-macam kafe, restoran boleh kita terjah dengan pelbagai pilihan citarasa mengikut selera anda. Ingat! Perut harus diisi ya sebelum anda menaiki pesawat untuk bercuti ke destinasi. Jangan dibiarkan perut kosong kerana ia boleh menyebabkan anda jatuh sakit dan seterusnya akan merosakkan mood bercuti anda.
Dalam banyak-banyak restoran dan kafe di KLIA2 ini, saya suka untuk berkongsi dengan anda sebuah restoran di KLIA2 yang agak menarik iaitu The Green Market. Apa yang menarik tentang The Green Market ini? Ia merupakan sebuah restoran makanan Jepun dan Korea yang cukup moden dan kasual. Paling penting, restoran ini menyajikan menu yang sihat pada harga yang cukup berpatutan. Terletak di concourse area, Balai Perlepasan KLIA2, restoran The Green Market KLIA2 yang diuruskan oleh Plaza Premium Lounge ini bisa memenuhi selera pelanggan dengan sajian Jepun dan Korea yang sihat dan mengenyangkan perut anda.
Sebagai info, penyediaan menu di The Green Market menggunakan bahan-bahan segar terutamanya sayur-sayuran dimana sayur-sayuran ini dibeli dibeli dari para petani di Cameron Highlands. Ini bagi memastikan agar setiap pelanggan yang datang makan di sini dapat menikmati menu yang benar-benar segar serta berkualiti tinggi.
Saya suka akan konsep dapur terbuka di restoran The Green Market ini. Saya boleh melihat secara langsung cara memasak dan ini secara langsung memberi lebih keyakinan kepada pelanggan untuk makan disini. Ruang restoran juga agak luas dan selesa dengan disediakan soket di satu sudut meja untuk tujuan pengecasan.
Antara menu yang ditawarkan di The Green Market KLIA2 ini adalah beberapa pilihan ramen, udon, bento, donburi dan banyak lagi. Antara menu popular disini adalah Seafood Salad, Niku Udon, Tempura Soba, Tempura Bento, Bibimbap, Ramyeon. Jangan risau jika anda masih mencari masakan Malaysia kerana restoran The Green Market KLIA2 tidak melupakan sajian tempatan seperti Nasi Ayam Hainan, Mee Tantan, Mee Kari dan Koay Teow Goreng.
ICED MATCHA AND PINK GUAVA JUICE |
SALMON BENTO |
KARAGE CHICKEN WITH GARLIC FRIED RICE |
Ulasan saya? Saya berpuashati dengan kualiti rasa menu yang saya pesan dan juga saya selesa dengan ambiance restoran The Green Market KLIA2. Berbaloi dapat kenyang perut dengan menu yang memberi nilai pada wang dan yang paling penting, menu sihat!
LOKASI THE GREEN MARKET KLIA2
S2-3-L38, PUBLIC CONCOURSE,
BALAI PERLEPASAN TERMINAL KLIA2.
(BERTENTANGAN DENGAN RESTORAN DOME)
-
WAKTU OPERASI:
5 PAGI – 1 PAGI (SETIAP HARI)
-
TELEFON: +603 – 8778 7103
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TOURISM MALAYSIA SELALU PENGANJUR HALF DAY TOUR IN KLIA2 MEDIA FAM TRIP.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #GATEWAYKLIA2 #THEGREENMARKET
0 Comments