RASAI KOPI DURIAN, KELADI DI KOFI KRAZE² KAFE JENAMA LOKAL BERTARAF ANTARABANGSA DI KLIA2!






Buat pencinta kopi, barangkali anda masih setia menikmati kopi jenama yang sudah menjadi kegemaran sejak sekian lama. Iya, ramai menjadikan kopi sebagai minuman tenaga agar mata kekal segar. Saya juga pencinta kopi dan sudah menjadi satu ketagihan jika tidak menghirup minuman ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

Kunjungan saya ke KLIA2 baru-baru ini menemukan saya kepada sebuah kafe yang pada saya cukup menarik. Dari papan tanda premis hingga ke susun atur ruang kedai seperti sebuah kafe jenama antarabangsa. Namun sangkaan saya meleset sama sekali. Kofi Kraze² adalah sebuah syarikat anak tempatan yang cuba memberi kelainan dalam pasaran kopi. Apa yang lainnya tentang jenama Kofi Kraze² ini?











Kofi Kraze² adalah sebuah jenama yang mengetengahkan proses Premium Brew Cold Brew Coffee. Pasti yang tertanya apakah bezanya dengan Hot Brew Coffee? Premium Cold Brew Coffee kurang asidik dan tinggi anti oksida. Kofi Kraze² cuba memberi kelainan dalam pasaran kopi tempatan dengan menghasilkan kopi yang lebih lembut, aroma dan intense menerusi proses Kofi Kraze² MAXTRACT. Hasilnya, ia boleh menghasilkan variasi kopi tropikal dan antarabangsa. Kofi Kraze² menggunakan sepenuhnya bijih kopi Arabica yang diimport dari Indonesia dan melalui proses penyelidikan dan pembangunan di Malaysia. 

SEMPAT MERASAI KOPI TROPIKA SEPERTI PANDAN, KELADI DAN KELAPA





Buktinya, terhasil pelbagai pilihan kopi dengan rasa tempatan seperti kopi durian, buah keladi, cili, pandan, kelapa dan banyak lagi. Menarik bukan? Saya sendiri terpukau setelah berpeluang mencuba sendiri rasa beberapa jenis minuman kopi disini. Antaranya Kokonut Burst, Taro Taro, Herbal Splash, Spike Up!, Masala, Matcha Joe, Thai Kafe dan banyak lagi. Sesuatu yang unik tetapi masih mengekalkan kualiti rasa kopi. Jika anda bukan penggemar kopi, tidak mengapa! Kofi Kraze² turut menyediakan seleksi minuman berasaskan teh dan coklat. Kafe ini juga turut menyajikan sajian ringkas seperti sandwich dan pastri untuk santapan ringan.








Jika anda berada di KLIA2, jangan lupa untuk singgah dan merasai sendiri rasa kopi di Kofi Kraze² ini. Jaminan saya, anda akan berpuas hati dan jatuh cinta dengan rasanya.


LOKASI KOFI KRAZE² KLIA2 
L3-23, ARAS 3, GATEWAY@KLIA2, 
TERMINAL KLIA2.


WAKTU OPERASI: 
8 PAGI – 10 MALAM 

-

TELEFON: 

03-51664862
012-8517737

-

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



TERIMA KASIH TOURISM MALAYSIA ATAS PENGANJURAN HALF DAY TOUR IN KLIA2 MEDIA FAM TRIP.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #GATEWAYKLIA2 #KOFIKRAZE


0 Comments