PENCARIAN BESAR-BESARAN ARMYPEDIA BTS MENDAPAT SENTUHAN UNIK DARI SPOTIFY





Kempen ARMYPEDIA BTS kini telah hampir sampai ke penghujungnya, dan bakal menjadi lebih menarik dengan penyertaan Spotify. Bekerjasama dengan kumpulan terbesar K-Pop masa kini, Spotify menyertai pencarian siri teka-teki oleh peminat bagi melengkapkan ARMYPEDIA dengan sentuhan unik dari Spotify.

Bermula dari 19-24 Mac, Spotify menjemput peminat-peminat dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam mencari siri teka-teki edisi istimewa Spotify x BTS. Para peminat BTS di serata dunia boleh mencari siri teka-teki yang disembunyikan melalui aplikasi Spotify, platform-platform media sosial kami serta lokasi-lokasi berhampiran anda. ARMY harus berganding bahu bagi menyelesaikan kesemua 19 siri teka-teki bagi melengkapkan ARMYPEDIA!

TIDAK PASTI DI MANA SEMUANYA BERMULA? INILAH DIA TEKA-TEKI PERTAMA!





Sekiranya ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang ARMYPEDIA, ia merupakan permainan pencarian harta karun berskala besar di mana beribu-ribu siri teka-teki disembunyikan di seluruh dunia bagi peminat-peminat BTS yang terkenal dengan jolokan ARMY. Para peminat perlu mencari serta mencantumkan siri ini bersama untuk membina arkib BTS yang dipenuhi dengan kenangan-kenangan manis dalam sejarah BTS bersama ARMY. Ianya melibatkan 2,080 hari. Ini bermakna terdapat 2,080 siri teka-teki dalam bentuk kod QR tersembunyi di seluruh dunia!

Sebaik menjumpai siri teka-teki serta mengimbas kod QR, peminat akan diberi kuiz dan mereka perlu menjawabnya. Selesai menjawab soalan kuiz, para peminat boleh memuat naik satu memori BTS di ARMYPEDIA. Bagi edisi ARMYPEDIA istimewa ini, soalan kuiz adalah berdasarkan kumpulan BTS yang berkait rapat dengan Spotify, oleh itu pastikan anda mengikuti senarai lagu yang distrim di Spotify, playlists, carta-carta global dan yang paling penting lagu-lagu BTS di Spotify sebagai petunjuk.

“Spotify amat berbangga untuk bekerjasama dengan BTS dan menyatukan ARMY di seluruh dunia serta merealisasikan perjalanan istimewa ini bersama-sama. Kami sentiasa mencari idea-idea baharu yang belum pernah dilaksanakan bagi mendekatkan peminat bersama artis kegemaran mereka,” kata Chee Meng, Tan, Ketua Pemasaran Artis & Label, Spotify Asia.

Layari tutorial ARMYPEDIA BTS untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pencarian Kod QR, cara menyelesaikan teka-teki serta memuat naik kenangan-kenangan manis anda! Untuk menikmati lebih banyak ganjaran BTS dan K-Pop, pastikan anda mengikuti @SpotifyKDaebak, saluran utama K-Pop Spotify di Twitter. Sebagai ganjaran istimewa kepada peminat-peminat BTS, ‘tweet’ menggunakan #SpotifyxBTS untuk mendapatkan emoji hati istimewa dari kami!

TERIMA KASIH KEPADA SPOTIFY MALAYSIA!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA

1 Comments

  1. ala.. dah uninstall Spotify, kalau tak boleh join army.. hee~

    ReplyDelete