Kalau anda memang pencinta tegar nasi Ayam, saya suka sekali mencadangkan anda untuk mencuba menu Nasi Ayam ala Cina di kedai makan CRG CHICKEN RICE GUYS yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Tidak sukar untuk menjadi lokasi kedai ini kerana ia berada berhampiran dengan Universiti Selangor (UNISEL).
Kenapa anda wajib makan Nasi Ayam disini? Jawapannya senang sahaja! Nasi Ayam Hainan disini punya rasa yang cukup authentic, bebas MSG dan yang paling utama, ianya HALAL. Selain itu, CRG Chicken Rice Guys menyediakan menu Itik Goreng Berempah dan minuman istimewa Black Lychee. Pasti ramai yang pelik dan pastinya tertanya-tanya samada sedap atau tidak kopi dicampurkan dengan buah laici? Itulah keistimewaan kedai CRG Chicken Rice Guys. Menu yang tidak tefikir dek akal boleh menjadi antara minuman best seller disini.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa nama CHICKEN RICE GUYS? Jika anda datang dan perhatikan pekerja di sini semuanya lelaki. Walau apa pun idea yang cuba ditonjolkan oleh pihak CRG Chicken Rice Guys, ternyata membuahkan hasil. Kedai ini menjadi viral di laman media sosial sehingga kunjungan saya baru-baru ini mendapati kedai ini tidak putus menerima pelanggan dan kedai ini sentiasa full house. Bayangkan ada yang sanggup berdiri tepi menunggu meja kosong semata-mata untuk makan Nasi Ayam disini. Hebat bukan!
Antara set menu yang sempat saya dan rakan-rakan cuba di CRG Chicken Rice Guys adalah NASI AYAM YING YANG, ITIK GORENG BEREMPAH, ITIK PANGGANG, WANTAN GORENG, SAYUR PAK CHOY GORENG, TAUGEH GORENG, CRG TOASTED BUN, CRG TOASTED BREAD, CRG KUEY TEOW GORENG, CRG MEEHON GORENG, BLACK LYCHEE.
NASI AYAM YINYANG

ITIK GORENG BEREMPAH
PERTAMA KALI MENCUBA, SAYA TERUS JATUH CINTA! JARANG KEDAI YANG PANDAI MASAK DAGING ITIK! |
ITIK PANGGANG
JIKA ANDA KATA ANDA TIDAK SUKA DAGING ITIK, FIKIR SEKALI LAGI SELEPAS MENCUBA MENU INI! |
WANTAN GORENG
RANGUP DILUAR DAN LEMBUT DIDALAM! |
SAYUR PAK CHOY GORENG
SAYUR SEGAR DAN CUKUP RASA |
TAUGEH GORENG
SALAH SATU MENU KEGEMARAN SAYA |
CRG TOASTED BUN
BUN LEMBUT, DENGAN SAPUAN KAYA PANDAN DAN MENTEGA |
CRG TOASTED BREAD
KEPINGAN ROTI DIBAKAR DAN DISAPU KAYA PANDAN |
CRG KUEY TEOW GORENG
SEDAP JUGA! |
CRG MEEHON GORENG
MENU INI BOLEH SAYA KATAKAN PUNYA RASA HOMECOOK STYLE |
CHEESE CAKE MANGO, PEANUT BUTTER BANANA, BLUEBERRY, OREO DAN TOBLERONE DARK CHOCOLATE
ANTARA PILIHAN PENCUCI MULUT DISINI! |
Adakah berbaloi makan di CRG Chicken Rice Guys ini? Jawapannya adalah YA! Ramai yang sanggup menunggu untuk mendapatkan meja kosong semata-mata untuk makan Nasi Ayam disini, jadi terbukti CRG Chicken Rice Guys menjanjikan menu Nasi Ayam yang sedap dan rasa asli serta yang paling penting, ianya Halal. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Senang kata mampu milik. Terdapat pilihan menu lain yang boleh dicuba seperti Mee Kari Putih, Mee Udang, Mee Wantan Kicap Special, Nasi Goreng CRG dan banyak lagi.
LOKASI CRG CHICKEN RICE GUYS
40, JALAN ZIRKON 7F/F, SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
WAKTU OPERASI:
8 PAGI – 7 MALAM (SETIAP HARI)
TELEFON: 013-3377072
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CRGCHICKENRICEGUYS
1 Comments
oihhh, sedap sangat nampak niii
ReplyDelete